Aku Aimi, aku nak cerita pasal suami aku yang jadi house husband.
(Untuk yang tak tahu, house husband ni sejenis tidak bekerja dan buat semua kerja-kerja rumah macam masak, mengemas, urus anak-anak dsb).
Aku bersyukur ada suami yang pandi serba serbi, baik dari masak sampai ke kemas rumah. Semua tiptop kalah perempuan, tapi satu je dia tak buat, iaitu BEKERJA.
Suami aku ni dah mid-30an, sebelum pandemik dia bekerja je macam orang biasa, kerja office hour and ada buat side job sikit.
Cuma kerja dia ni takdelah gah mana, sekadar lepas bayar rumah sewa, semua bill dan boleh la berjalan sana sini kadang-kadang.
Masa pandemik laki aku kena buang kerja, which dia dah tak berkerja sepenuh masa.
Dia ada je cuba-cuba cari income lebih, tapi takde rezeki di ibu kota. Sejak tu kitorang pulang ke kampung di utara tanah air untuk mulakan hidup baru.
Rezeki kami murah, kitorang mampu beli rumah second hand yang bagus berbekalkan slip gaji aku.
Aku pun takdelah kerja sampai gaji T20, cuma cukup la menampung semua benda tapi malangnya aku bekerja di ibu kota.
Maka berulang la aku setiap minggu naik bus ke utara tanah air setiap minggu tanpa miss untuk jumpa dia dan anak-anak aku.
Aku nak ceritakan kenapa suami aku sanggup jadi house-husband. Suami aku ni adik beradik ramai, setakat kerja rumah ni hal kecik je bagi dia.
Kemas rumah tiptop, tolong orang sana sini, hatta adik beradik aku pun takde bising apa,
Cuma ada sekali dua ingatkan aku suruh laki aku cari kerja tetap sebab tak sanggup tengok aku penat lelah naik bas setiap minggu.
Mak ayah dia pun concern pasal dia tak kerja, cuma kami pekak kan telinga buat sementara waktu.
Laki aku ada apply kerja merata tempat, cuma berada si utara tanah air membuatkan dia kurang mendapat tawaran dengan pendidikan dia sekadar spm tu.
Kalau di congak semua peerbelanjaaan rumah, hantar anak ke nursery dan tadika sama je ibarat pendapatan laki aku sebulan.
So aku ringkaskan yang kitorang setuju untuk dia duduk rumah jaga anak sementara dapat kerja.
Hal berlarutan sampai 2 tahun dia jadi house-husband di mana tidak menjadi masalah kepada aku dari segi financial dan mental.
Kami ada juga gaduh-gaduh hal kerja, cuma tak panjang, sebab aku percaya rezeki Allah.
Allah cukup kan semua benda cuma takdelah aku mampu holiday sana sini, beli barang mahal-mahal atau pun bebelanja sesuka hati aku.
Aku suami isteri memang takde gaduh pasal dia tak kerja dan aku bekerja. Just dia ambil alih tempat aku, dan aku ambil alih tempat dia.
Kami OKAY, yang tak okay orang sekeliling jenis pandang laki aku tak berguna.
Aku tak back up suami aku, sebab aku yang ada sama-sama dengan dia interview sana sini, malah dapat jadi calon simpanan SPA.
Kami tidak khabarkan kepada orang yang dia susah payah apply sana sini. Kami memilih untuk berdiam sebab kitorang tahu apa yang kitorang buat.
Aku confess dekat sini sebab aku nak tahu sejauh mana keputusan aku laki bini ni betul atau tidak pada pandangan orang.
Tolong la aku, mana tahu aku tak bersyukur atau keputusan aku ni akan makan diri di kemudian hari.
Yang benar,
– Aimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit