Hanya Disebabkan Keturunan

Hai, salam perkenalan. Saya saja nak meluahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati.

Saya dan pasangan dah lama berkawan sejak kami di sekolah menengah lagi. Pada mulanya hanya berkawan tapi saya tahu dia punya perasaan terhadap saya.

Sampai lah saya dah habis belajar dan pasangan saya dah bekerja, akhirnya dia meluahkan rasa hati dia yang ingin kami meneruskan hubungan kami ke arah yang lebih serius.

Kami berbincang hati ke hati, saya terima dia dan kami decide untuk berkahwin.

Dia seorang lelaki yang baik, dia tunggu jawapan dari saya sejak dari sekolah sampai lah sekarang. Setia menunggu.

Masa si dia meluahkan hasrat untuk berkahwin, dia suruh saya tanya kepada keluarga adakah keluarga saya boleh terima dia yang namanya tidak ada “SYED”.

Bila saya tanya, mak kata tunggu dulu, dapatkan kerja dahulu baru bincang semula. Okay fine saya ikut.

Fast forward ke tahun ni, bila saya berbincang hal ini dengan mak, dia langsung tak nak dengar penjelasan dari saya.

Yang mak tahu hanyalah “Kalau nak sangat kahwin dengan orang biasa, tak payah balik rumah ni lagi”, “Kamu anak derhaka, doa mak bukan lagi untuk kamu”. Cukup benci dia.

Keluarga pasangan dah banyak kali bertanya bila mereka boleh hantar rombongan, boleh datang rumah borak-borak. Setiap kali mereka tanya, saya rasa serba salah dengan mereka.

Tahun ni saja 3 kali mereka nak datang tapi mak menolak. Mak kata kalau datang juga jangan terkejut kalau di halau.

Tapi ayah tidak kisah bila saya bercerita dengan dia mengenai hal ini, dia tak kisah dengan sapa saya nak berkahwin.

Cuma dia malas nak dengar mak bising-bising pasal hal ni.

Kami bukanlah yang pertama keluarga tidak bersetuju. Semasa pakcik (adik mak) saya ingin berkahwin juga mengalami hal yang sama.

Atok dengan mak sepenuhnya menghalang mereka, cuma pakcik tekad nak berkahwin dan mereka akhirnya bersetuju.

Jadi, bila makcik dengar kisah kami dia kata pujuk lah sampai dapat dan bertahanlah kerana mereka pernah alami hal ni.

Bukanlah pasangan saya itu datang dari orang yang tak elok, dia ada kerja yang elok, keluarga yang elok.

Cuma hanya di sebabkan nama nya tidak dimulakan dengan Syed, mak pandang dia pon tak nak.

Kami berdua pernah berbincang untuk berpisah, tapi kami decide untuk stay bersama sehingga dah tak boleh buat apa-apa lagi. Saya tak nak di tuduh selfish, sedangkan dia boleh cari orang lain dengan mudah.

Sekarang, saya masih lagi memujuk mak untuk terima pasangan saya. Setiap hari berdoa agar dilembutkan hati dia. Dalam masa sama, kami sedang kumpul duit untuk kahwin.

Kalau bukan dia kahwin dengan saya, dia boleh gunakan duit tersebut dengan orang lain.

Saya bersyukur kerana Allah hadirkan saya pasangan yang sanggup tunggu jawapan walaupun hal ini bukanlah hal yang kecil. Kalau orang lain mungkin dah angkat kaki.

Kepada yang membaca, doakan kami. Terima kasih.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *