We have been officially together for 7 years. 7 tahun ni tanpa zuriat tetapi kita baik2 saja (mungkin) and this letter is for you since you refuse to listen to me. I wrote this.
Sepanjang kita berkahwin, you mungkin perasan I banyak “musuh” with your sibling. That is not my intention masa kita mula2 kahwin, in fact- I am happy to have brother and sister since I am first born I thought it would be nice to have older sister.
Your Along-probably your first love since your parents leave this world. You tahu tak apa yang Along buat? Masa kita kahwin I dibeza-bezakan dengan adik ipar yang lain. Memandangkan I anak ibu tunggal, tiada tanah di kampong.
Along sengaja buka cerita tentang tanah sekangkang kera milik keluarga awak yang tiada makna bagi I, dia khusyuk cerita pada Q (biras) dan bila dia terpandang I, terus dia diam dan alih pandangan. I faham, Along dan Q sama-sama ada tanah kampong, I tak layak mendengar apa2.
Along pernah cakap 2-3 kali selepas kita kahwin. Tidak elok untuk 2 beradik berkahwin tahun sama. Ustaz kata statement itu syirik.
Wallahualam. Tetapi kenapa Along cakap depan I, you yang nak kahwin sangat2. I mintak masa sebab I baru setahun kerja dan akhirnya I yang sakit hati.
Along banyak bezakan I dengan Q. Kalau Q balik kampong, Q tidak perlu buat kerja-kerja dapur. Taktik Q ialah beri duit pada Along secara terang-terangan dan bagitahu dalam wassup family yang dia akan beri bantuan. You tidak pernah bagi I buat macam tu.
Jika I beli apa-apa atau bagi duit melalui you, you kata lebih baik jangan menunjuk. You tahu, selain I dipaksa buat kerja rumah you, Along peluk cium Q depan I tetapi hanya bersalam dengan I.
Kalau family Q datang rumah, baiknya layanan Along pada ibu Q tetapi tiada siapa melayan Ibu I.
I bukan tidak mahu buat kerja rumah you tetapi adil kah I bekerja dan bayar kebanyakan bil2 rumah kita, di kampong I- I buat kerja dan di kampong you, masih I juga buat kerja?
Selain you tidak membantu ringankan pembayaran bil dan keperluan kita, kurang 10 kali you buat kerja rumah kita sampaikan I boleh kira.
You tahu semasa pertunangan Kak DD, I sengaja bagitahu hendak sponsor majlis, begitu sayang Along sampai dipeluk cium I yang tidak pernah dia buat.
Tetapi semasa majlis perkahwinan DD, kita bantu kudrat saja, Along menjerit kepada I sebab hendak suruh buat macam2 dan cepat kerja2 dapur. Nampak tak perbezaan ketara? I betul2 terkejut jeritan dia … macam I maid dia..
Masa you tak kerja beberapa bulan. You berhenti tanpa backup plan. I sorang2 tanggung family sampai I tak mampu nak bayar education loan you.
Malam raya, ingat? Along bising2 sebab collector call setiap hari. You masih ego tak nak bagitahu you resigned an dtakes time untuk bayar semula.
Bertubi2 Along bising sepanjang malam raya. Tanpa tanya kita keadaan kita – sibling macam mana do you have? Heartless?
You ignore this part but it kept in my mind, my memory. You tahu, adik I gadai barang kemas dia sebab nak tolong I bayar bil. Apa sibling you buat untuk tolong kita?
Along-this is for you. Along selalu cakap, isteri jatuh nombor 2 sebab hendakkan duit suami, Along pilih kasih..Along tahu tidak adik Along tu hidup menumpang rezeki siapa? Tahu tidak barang dapur Along siapa punya duit?
Now – Q (my biras). Q jadi part of your family few months before me. Mula2 kenal Q- to be honest I am excited sebab dia cuma tua setahun dengan I dan belajar institusi yang sama.
Turns out, sebab Q sangat sombong dan jenis cakap tidak nak kalah sehinggalah seorang Kak K (kakak ipar yang lain tetapi baik hati) bagitahu Q yang I bekerja di syarikat terkemuka di Malaysia.
Q mula nak bercakap and try to slow down with me but sorry. I have read the pattern and I am unable to respect that.
Q berkahwin dengan adik you yang mana sorry to say, initially have a good looking compared to you but less in education level. I perasan Q selalu cari sebab untuk dekat dan tengok you. Pelik kan?
Sebab lepas berkahwin somehow your brother totally different-makin membesar dan muka tak terurus manakala you makin better.
I jaga you elok, setiap kali I gaji dan bonus I belikan pakaian dan kasut yang smart dengan harapan you hargai I dan you terjaga elok.
Q selalu curi pandang dan sangat obvious semasa family day dia menatap you lama dan I dibelakang Q memerhati. Q terperasan dan cepat2 pergi dari situ. You cakap I cemburu buta, kalua dah tengok lebih 5 minit, I ke yang salah?
Suami Q panggil dan Q refuse untuk pergi ke suami sebab sibuk kononnya menganyam ketupat depan you. Kalau you tuduh I meaning you not allowing to me to feel anything and you are not allowing me to protect my husband.
Masa I belikan baju untuk anak Q, I di depan dan you di belakang I. Q dengan seyuman dia pada you-terima kasih belikan baju anak.
Kenapa mesti dia terhegeh2 nak terima kasih you yang obviously di belakang I? dari tadi I depan dia tak cakap apa pun. She don’t respect me and my feelings. Whore- Itu saja I boleh cakap.
Suami Q- I panggil K. tiada issue sangat kecuali I kecewa sbb K pinjam duit you few times 4-5 ratus. Nafkah pertama I, baru I nak guna masa kita nak balik kampong beraya sebab duit I habis bayar2 bil. You cakap you dah bagi K sebab ingatkan I tak nak guna duit you.
Dah 7 tahun kahwin, duit rumah kita bahagi 2, bil api air cuckoo internet semua I bayar.
You selalu cakap, you dah bayar kereta dan kereta perlu minyak, maintenance semua.. you terbeban. I punya bebanan? Bila you ada duit you senang bagi sibling you and neglect pasal nafkah.
Bila I ungkit , you marah. Dalam 2 tahun ni berapa kali you jerit dekat I sebab I complaint pasal your sibling. You tahu berapa lama I pendam?
Sekarang I seriously tak de rasa hormat lagi dah dengan you. I taktahu nak buat apa and adakah keputusan untuk walk away ni betul.
Last but not least – S (Biras lagi seorang). S dah tua, lebih 40 tahun.
Mula2 I masuk family you S buat statement – kita takde ibu mertua klo ada boleh la bersaing dapatkan perhatian ibu mertua. I mengucap. Demi Allah, I masuk family ni untuk erat dan bina bukan bersaing. S – rajin dan pandai buat kuih.
I respect that but unfortunately the attitude. Setiap kali I jumpa S, dia akan bertanya samada I masih bekerja dan berbelanja guna duit siapa sedangka dia fully housewife.
Kalau I jawab I masih bekerja dia pasti akan jawab – okay lah kerja apa2 boleh guna duit sendiri. I confused- apa dia nak?
Recently masa I beli rumah tanpa usul periksa dia bertanya beli rumah berapa nama. Kita jawab 1 nama dan dia terus cakap.
Okay lah satu nama apa jadi dekat suami, I tak perlu pening nak bayar, I macam? Rumah itu nama I sebab slip gaji I saja yamg lepas masa kita nak beli rumah. Kenapa statement S ni semacam? Kenapa I rasa sibling you after your money?
Sekarang ni selain taka da rasa hormat, feeling tu jauh dah. Sepanjang kita kahwin, I jaga you elok. Bari pakaian elok pada you sedangkan you belikan baju I sekali je sepanjang 7 tahun. Bil kita split tapi kebanyakan I bayar.
Masa kita ke umrah, I merayu you tuntut hutang dengan K tetapi you tak nak. You selalu cakap K tolong you dulu.
Allahu, I? I yang beribu2 habis dengan you macam mana? you siksa zahir batin I. bagi you, susah dengan isteri senang dengan adik beradik.
kita tak direzkikan zuriat tetapi slalu I fikir, macam mana nak jaga zuriat I sorang. You malas buat kerja rumah dan kalau you ada rezeki pun you share with your sibling. Kalau la kita ada anak.. apa nasib anak kita?
Sepanjang kita kahwin, sekali je you bagi I hadiah. Hati I remuk sebab jam tangan you, kasut, baju, dan lain2 yang belikan beratus. Mungkin ujian untuk I tapi ntahlah.. someone I need advice.
– Happy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit