Salam semua. Aku Kiara, seorang isteri berumur 25 tahun. Aku hantar artikel ini bukan untuk meluah tetapi sebagai pengajaran untuk semua.
Aku dibesarkan dalam ‘broken family’. Jadi kisah perselingkuhan, kayu tiga itu aku dah biasa dengar dalam kalangan keluarga aku sahaja.
Kebencian aku terhadap orang yang curang sangat tinggi.
Bila aku dengar cerita orang curang di internet, berbakul makian sumpah seranah aku kepada orang yang aku tak kenal pun.
Aku sangat yakin yang aku tak akan diduga dengan pasangan yang curang atau aku yang curang belakang pasanganku.
Ditakdirkan aku ditemukan dengan suami yang sangat baik cumanya dia bukan lah satu vibe dengan aku.
Aku seorang yang friendly happy go lucky, manakala suami aku seorang yang introvert dan boleh dikatakan nerd.
Mungkin orang yang macam aku faham, kita sebagai orang yang outgoing sangat memerlukan orang yang boleh huha bersama.
Jadi benda ni membuatkan aku sebagai isteri yang masih mengekalkan perangai bujang, senang kata batas sebagai isteri tu tak dijaga sepenuhnya lah.
Tapi apa pun aku masih minta izin suami. Suami pula jenis yang semuanya ok aku nak pergi keluar dengan kawan, boleh. Nak pergi jalan sorang, boleh.
Tapi lama kelamaan aku jadi terlampau selesa, dan dipendekkan cerita aku curang. Tapi bukannya aku ada perasaan sayang atau cinta, cuma aku gunakan lelaki tu sebagai tempat aku hilangkan bosan.
Sampai sekarang aku masih cuba untuk bertaubat seikhlasnya sebab benda tu berlarutan sampai sekarang.
Jadi aku terfikir, adakah ini sebab aku terlampau menghina orang yang pilih untuk curang? Terlampau berlagak ke aku dapat berkahwin dengan lelaki yang baik?
Alhamdulillah aku tak diuji dengan lelaki panas barang, mengongkong tapi aku diuji dengan rasa terlampau selesa.
Allah tak uji aku dengan suami yang curang, tapi Dia uji aku dengan diri aku sendiri yang rasa tidak cukup.
Setakat kisah sekerat ini, aku percaya ada pembaca yang dah menghamun aku dalam hati tapi percaya la aku tak nak buat benda ni. Aku tahu lambat laun, benda ni akan ketahuan.
Cuma buat masa sekarang aku minta tuhan bantu aku untuk rasa bersyukur dengan apa yang ada. Tak ada sebab yang membolehkan perbuatan aku ni.
Aku memang nekad aku takkan tinggalkan suami aku walau apa pun jadi, dan aku nekad untuk tahun baru ni untuk sentiasa bersyukur dan menghargai suami aku apa adanya dia.
Jika ditakdirkan aku dan suami berpisah, aku harap Tuhan tutup aib aku dan bimbing aku ke jalanNya.
Pesanan aku, jika ternampak atau terdengar kisah kecurangan, jangan lah menghukum melulu.
Betul curang tu bukan pilihan atau takdir, tapi ingat lah hati kita tuhan yang pegang, Tuhan juga la yang boleh bolak balikkan hati kita.
Kalau satu hari tuhan kata kau tak sayang orang tu walau dah hidup 10 tahun bersama sekalipun, tetap akan jadi.
Sebaliknya doakan lah pelaku tu supaya cepat sedar yang apa dia buat tu salah dan kembali bertaubat.
Aku harap ada doa dari pembaca yang diangkat supaya aku dikurniakan perkahwinan yang berkat dan bahagia.
Terima kasih..
– Kiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit