Hai semua. Aku Pieqa dan berusia 32 tahun. Aku dah kahwin 9 tahun. Suami umur 36 tahun.
Macam tajuk kat atas, kami belum dikurniakan cahaya mata. Ada sebab tertentu kenapa kami takde zuriat. Dah pasti orang akan bertanya soal zuriat..
Aku tak kisah pun orang tanya. Kita jawab elok jerlah. Tapi bukan apalah, kadang ada yang lebih sudu dari kuah. Kita relax jer takde anak tapi orang luar pulak terlebih risau sebab kami takde anak.
Kami bukan apa, kami bersyukur ada yang prihatin tapi tak perlulah over sangat.
Contoh:
1. Seseorang tanya dah ada “isi”ke. Aku jawab belum. Dan dia balas, “Eh, takkanlah. Dah lama kahwin kot. Takkan belum lagi. “Kami bukan macam awak nak berlumba-lumba siapa yang cepat pregnant.
2. Maaf saya cakap, ada orang kata salah “main”or “main”tak betul. Dengan tak malu depan saudara-mara kau terangkan cara “main”.
Bukan salah tapi beragak ler. Kalau DM ke Whatsapp tue boleh tahan lagi. Ini bangga cerita pulak. Malu siot.. Tak salah bagi tips tapi tengok situasi dan tempat.
3. Desak suruh buat kaedah IVF. Ini sering orang suggest kat aku. Dia cakap buatlah IVF. Sekarang dah senang katanya.
Ye, memang mudah tapi ongkosnya? Kalau beratus takpelah.. Ini, korang pun tahulah kan ecspecially yang pernah buat tue. Dan belum tentu sekali dua buat menjadi.
Permaisuri AGONG pun berapa kali buat. Dato’ Siti Nurhaliza pun berapa kali buat dan pernah gugur sebelum dapat Siti Afiyyah tue.
Golongan T20 mungkin takde masalah. Kami yang B40 nie?
4. Kenalkan produk. Banyak produk-produk katanya boleh dapatkan zuriat dengan cepat. Kadang orang kata minum air rebusan buah zuriat.
Ikhtiar itu bagus. Tapi tak usah beriya jamin mesti dapat cepat. Kadang ada yang lurus, terlebih excited, bila tak menjadi, kemurungan depa.
5. “Nanti lama takde anak, suami cari lain. “Nah, ini paling “jahat”. Dimomokkan kalau lambat ada anak takut suami bosan dan cari lain.
Ini aku pernah terkena. Ini statement dangkal namanya. Suami kita okey jer, orang luar pulak terlebih risau..
6. Anak pembawa rezeki. Betul, tak dinafikanlah. Tapi takde anak rezeki takde? Putus dah ke?
Dapat suami baik, rezeki. Dapat mentua dan ipar baik, rezeki. Makan minum cukup, boleh jalan-jalan tue pun rezeki. Tak nampak ke?Cuma nampak ada anak jer ada rezeki?
7. Boros. Ini pun aku pernah kena. Seseorang cakap aku boros, sebab tue takde anak.
Beli barang keperluan untuk aku madak nak isi perut aku dengan suami kau kata boros? Kau tak pernah beli barang dapur ya? Beli barang dapur dikata boros then kaitkan punca aku takde anak. Kelakar!
8. Badan gemuk. Ye, aku badan gemuk. Sama dengan suami aku pun. Tapi ada orang tue setiap kali jumpa mesti cakap badan gemuk susah nak ada anak.
Ye, aku bukan nafikan cuma sikap kau tue aku tak berkenan, bro.. Pastue bangga cerita dia ada anak ramai.
Ye, rezeki kau. Tapi jangan pukul rata asal orang gemuk jer tak boleh ada anak. Arwah Abam Bocey elok jer ada anak seorang dengan Dayah tue. Padahal dua-dua badan sado jugak.
Itu diantaranya yang pernah aku alami. Setahun dua kahwin, memang beriya. Tapi lama-lama aku dan suami redha.
Takde anak pun takde masalah. Not a big sin. Dosa kalau kita tahu beranak jer, tapi didik anak tak betul. Pokoknya kami okey saja.
Cuma kadang saudara-mara, sahabat handai kadang over. Nak ditegur kadang orang tua. Nanti sentap, mulalah…Tak pepasal. Yelah nanti ibarat order Mee bandung, sampainya Kuehtiow ladna. Faham sendiri lah..
Kadang orang yang ada kencing manis tinggi pun tak digalakkan mengandung sebab ada dua risiko:
1. Keguguran
2. Bayi menjadi cacat
Pokoknya, kita doakan yang baik-baik sahaja. Dan janganlah lebih sudu dari kuah dengan kehidupan orang lain. Bahagia masing-masing.
Orang takde anak tak bahagia?Salah!Orang yang cakap memacam dan menganjing orang takde zuriat tue yang tak bahagia sebenarnya.
Ubahlah stigma dangkal. Tak perlu jadi “Joykiller”dalam hidup orang. Itu saja.. Bersyukur seadanya…
– Pieqa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit