Luahan Hati Orkid

Namaku Orkid, telah berkahwin, mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun, 2 bulan.

Cerita bermula tentang anak mak cik (adik mak) aku. Ya, sepupuku yang bernama Melur, seorang anak tunggal yang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak berumur 2 tahun & 3 bulan. Melur merupakan wanita bekerjaya.

Bulan lepas, mak cik aku dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi.

Sehari selepas keluar wad, pengasuh anak si Melur ni mengambil cuti kecemasan akibat kematian keluarga. Melur tiada pilihan & terpaksa minta mak cik aku yang masih belum sihat untuk mengasuh anak-anaknya.

Sebelum tu, aku nak mengaku yang aku bodoh piang & baik tak bertempat menawarkan diri nak jaga anak melur sedangkan aku pun mempunyai anak kecil.

Hal ini terjadi kerana kasihan pada mak cik aku yang baru sahaja keluar hospital. Mak cik aku satu-satunya adik kesayangan mak aku & mak cik aku banyak tolong keluarga aku. Aku menghulurkan bantuan mengenangkan keadaan mak cik aku.

Pada mulanya, cuma 3 hari sahaja. Tidak lama. Lagipun, anak aku yang berumur 2 bulan asyik tidur. Bagi aku, mudah untuk aku ‘handle’ 3 orang anak aku dan 2 orang anak Melur. Mudah untuk jaga anak Melur yang berusia 3 bulan kerana dia minum susu formula.

Pada awalnya, segalanya baik-baik sahaja. Cuma, anak si Melur yang bayi ni lain macam. Suka melalak macam kena dera sampai aku naik cuak. Mula-mula, aku boleh handle lagi.

Tapi, hari ketiga, aku dah bagitau mood anak dia tak berapa baik hari tu tapi Melur boleh pulak buat OT, balik lewat malam. Bayangkan.

Menderitanya aku malam tu.

Bila bagi susu, bagi puting, berdukung, berbuai semua tak jalan. Aku check perut semua, okay tak kembung. Dekat sejam lebih tak berhenti menangis, sakit ke apa budak ni.

Aku call Melur yang tengah OT untuk minta dia balik awal, sebab OT tu tak wajib pun. Dia boleh pulak ketawakan aku. Biasalah tu. Anak high demand katanya. Dia suruh aku bertenang.

Masuk jam kedua, aku call lagi, dia suruh aku bawa bertenang sahaja. Nanti mengantuk, tidurlah budak tu.

Bayinya menangis melalak sampai tersedu-sedu. Aku pun gagah bertahan walau macam nak menangis sekali. Masuk jam ketiga, aku call lagi minta Melur balik cepat.

Anak dia masih tak henti nangis. Dia hanya jawab suruh aku sabar & biasalah tu. Budak tu bukan sakit pun, saja je nangis macam tu. Eh, sakit pulak hati aku!

Nasib baik Allah permudahkan urusan. Anak-anak aku yang umur 6 & 3 tahun elok je tengok tv & main dengan anak Melur yang berumur 2 tahun. Masing-masing pandai bawa diri.

Anak aku yang umur 2 bulan pun elok je tidur. Lapar je nangis. Bagi susu, tidur balik. Suami aku pun tolong tengokkan mereka malam tu.

Jadi, memang aku fokus nak diamkan anak Melur yang berusia 3 bulan yang tak henti-henti menangis ni.

Aku mula hilang sabar sebab si Melur ni macam acuh tak acuh je dengan anak dia. Boleh pulak dia OT dengan keadaan anak yang masih bayi yang menangis tak henti.

Aku pula yang berlebih-lebih risaukan anaknya. Aku simpan rasa geram itu. Akhirnya, hampir jam 12 malam, anaknya tertidur akibat keletihan & banyak menangis. Melur masih belum pulang. Katanya, singgah makan dengan kawan-kawan kerja.

Dalam hati aku, banyak cantik muka dia. Acah-acah macam single tak berlaki & tak beranak pulak.

Sampai rumah, dia minta aku jagakan lagi sehari sebab pengasuh anaknya lusa baru sampai balik. Aku dah start tawar hati dengan sikap sambil lewanya. Aku jawab tak boleh jaga sebab esok aku nak keluar & kebetulan suami aku cuti. Melur gelak-gelak je.

Oh, lupa nak cakap! Melur memang tidur rumah aku sebab jarak rumah aku agak jauh kalau dia berulang alik nak hantar anak & ke tempat kerja.

Kebetulan, suaminya pula out station. Esoknya, lepas subuh, aku sambung tidur sebab semalam letih berjaga sampai jam 1 pagi jaga anak Melur sementara dia nak balik rumah.

Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan tangisan anak Melur yang kecil. Jam menunjukkan 9 pagi. Apa?? Ya, Melur tetap tinggal anaknya & dia dah selamat berada di tempat kerja. Dia hanya hantar pesanan ringkas minta aku jagakan.

Aku & suami terpaksa batalkan plan kami. Takkan nak jalan2 dengan anak ramai tak terkawal. Dah la kecil-kecil lagi.

Kalau ikut hati, nak je aku hantar anak-anak si Melur ni ke tempat kerja dia. Sungguh dia tak hormat pendirian aku sewaktu aku katakan tak boleh jaga semalam.

Panasnya hati.

Ditambah pula, anaknya yang bayi itu kuat meragam & asyik menangis sampai aku tak sempat masak & urus rumah. Nasib baik suami aku bertolak ansur & tolong masak & uruskan anak-anak lain.

Suami aku pun dah mula merungut sebab sikap Melur yang sewenang-wenangnya tinggal anak & pergi kerja tanpa maklumkan terlebih dahulu.

Emosi aku mula tak stabil. Nak je aku meroyan & dera anaknya yang asyik melalak ini.

Nasib baik iman aku masih kuat walau syaitan sudah berbisik untuk aku biarkan sahaja anaknya melalak dalam bilik sampai dia balik kerja. Astaghfirullahala’zhim.

Aku dah pesan pada Melur untuk balik awal kerana aku tetap nak keluar dengan suami aku lepas Maghrib nanti. Petang tu, Melur balik awal.

Ada 1 benda yang paling aku geram macam nak maki & sakit hati setibanya dia di muka pintu.

Sebelum itu, boleh pulak dia nak ikut aku & suami. Bosan katanya nak balik rumahnya kerana suami masih di luar kawasan.

Suami aku mula tak selesa & pura-pura sakit kepala & tak jadi keluar kerana tak suka melur ikut. Mana nak handle anak yang kuat melalak. Mana nak handle anaknya yang seorang lagi.

Bila je boleh tenang-tenang dengan anak sendiri? Kebetulan, mood aku pun ke laut dalam sejak melur balik. Eloklah dibatalkan sahaja rancangan kami. Baik duduk rumah, tengok tv.

Berbalik kepada hal yang menyakitkan hati. Setibanya Melur di muka pintu pada petang itu, mataku tertumpu pada blaus merah jambu yang dipakainya. Blaus kegemaranku yang baru dua kali pakai.

Blaus yang paling aku sayang sebab suami aku yang hadiahkan. Dan blaus berjenama & paling mahal antara blaus-blaus yang aku miliki. Ya, Melur pakai baju aku ke tempat kerja.

Boleh pulak dia selongkar almari baju aku di bilik belakang. Niat nak pinjam, tapi tak minta izin. Sampai depan pintu lepas balik kerja, TARAAAAAAAAAA… Melur pakai baju akak sebab lawa sangat yang ni!

Perghhhhh! Memang ringan je mulut ni nak maki & halau dia keluar dari rumah kami. Tapi, suami aku tak suka aku maki-maki orang. Makanya, bermulalah perang dingin.

Aku mula bersikap dingin dengan Melur. Silent treatment! Malam itu, aku ajak anak-anak aku masuk tidur awal. Memang terperap dalam bilik dari lepas maghrib.

Keluar je bilik, memang aku buat muka serius, tak banyak cakap & acuh tak acuh je bila Melur berbicara.

Aku mengemas kat dapur pun, aku buat sambil hempas-hempas barang dengan muka ketat. Anak dia menangis masa dia tengah makan pun aku biarkan saja dia yang uruskan. Biar dia berhenti makan. Pujuk anak.

Si kakak nak susu pun aku buat tak tahu dan biar dia yang buatkan sendiri. Malas aku nak melayan sebab bersenang lenang macam aku bibik kat rumah sendiri. Makan pun, aku yang masak. Pinggan pun tinggal je kat sinki lepas makan.

Sebab alasan anak. Habis, aku ni tak ada anak?

Melur dah mula terasa dengan aku. Sebab pinggan yang aku hempas tu pinggan yang dia makan tadi. Bakul yang aku hempas pun bakul baju yang terisi blaus yang dia pakai tadi. Macam mana aku tak hempas, akulah bibik si tukang basuh baju dia.

Suka hati dia je nak tumpang baju-baju dia masa aku membasuh. Akulah tukang sidai baju dia & anak-anak dia jugak nanti. Baju semalam ysng aku biar, busuk sampai hari ini sebab tak sidai. Tak pasal-pasal kena basuh lagi.

Annoying kan?

Esok paginya, aku sediakan sarapan untuk anak & suami aku sahaja. Pandai-pandailah melur masak sendiri kalau nak makan. Selepas reaksi aku yang macam marah dalam diam, pagi tu juga Melur kemas barang-barangnya dan balik ke rumahnya.

Aku tak adaarah dia depan-depan. Cuma, aku kurang bercakap dengannya serta asyik dengan muka ketat dan moody aku. Aku memendam rasa sebab memikirkan mak cik aku. Apalah bala dapat sepupu tak ada common sense lagi muka tak malu macam Melur ni.

Sumpah, inilah kali pertama & terakhir aku nak tolong oranga macam Melur. Aku serik. Hidup sendiri terumbang ambing keletihan dek nak sangat tolong orang yang ambil kesempatan.

Menyesal rasa. Sepatutnya aku tak payah tolong sebab aku pun ada bayi kecil walau bayi aku mudah dijaga tapi dia tetap bayi yang perlukan perhatian. Bukanlah asyik bagi perhatian pada anak orang sampai tak ada masa melayan anak sendiri.

Hubungan aku & Melur diam macam tu je. Tak pernah contact dah. Jumpa pun, aku macam tak mesra sangat. Aku melawat mak cik aku sahaja. Dan aku abaikan si Melur. Malas nak melayan.

Dan, makcik aku ada juga bercerita yang kadang-kadang Melur ada hantar anaknya di rumah makcik akh sebab pengasuhnya kerap cuti.

Ayat mak cik aku, “nak tolak, dah cucu.

Tapi mak dia kalau hantar sini, sampai ke tengah malam hilang.” Mak cik aku merungut juga letih sebab anak Melur yang kuat nangis serta kesihatan makcik aku ysng tidak menentu. Aku?

Pastinya hanya mendengar. Tidak sama sekali nak tawarkan untuk tolong jaga lagi.

Pernah juga aku suarakan untuk Melur cari pengasuh lain. Jawapannya belum jumpa. Bila dicadangkan hantar taska, jawapannya, dia pernah kerja taska & dia tahu apa yang taska akan buat untuk bayi high demand kuat menangis macam anaknya.

Dalam hati aku, dia bagi ubat tidur ke? Atsu dia biar sahaja? Dia pernah buat kat anak orang rupanys. Dan sekarang dia takut dengan bayang-bayang sendiri.

Korang nak tahu apa jadi dengan blaus aku? Aku dah tak ada mood nak pakai sampai ke hari ini sebab setiap kali nak pakai, sakit je hati ini macam disiat-siat hati ini. Memang aku rasa tak kan pakai sampai bila-bila.

Suami aku pun faham sejenis aku yang ‘merajuk’ & unexplainable tindakan reflex akibat sesuatu kejadian itu. Dan yang paling best, suami aku belikan blaus baru nak pujuk aku yang tak habis-habis ungkit pasal blaus tu. Hahahahaha.

Pengajarannya, kalau nak buat baik, biar bertempat. Jangan baik sangat sampai orang pijak kepala atau ambil kesempatan. Dan, kalau nak buat baik, jangan sampai jadi bodoh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Sekian.

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *