Nama aku Ika (bukan nama sebenar). Aku sangat bencikan zaman persekolahan aku semasa sekolah rendah.
Cikgu aku semasa sekolah rendah selalu pilih rupa, kuat judge dan hanya layan budak kelas depan secara istimewa.
Setiap darjah di sekolah aku ada dua kelas. Arif dan Bestari.
Semasa aku darjah 1 aku dapat kelas bestari tapi sebab nak sama dengan kawan aku, aku masuk saja ke kelas arif sambil buat muka tak tahu malu. Hehehe budak lagi kan.. cikgu pun banyak kali cakap tapi aku buat tak tahu.
Sampai lah ada periksa dan dia cakap kalau gagal kena duduk kelas bestari. Dan ye aku gagal sebab aku tak reti eja zirafah. Masuklah aku ke kelas 1 bestari.
Aku ialah budak yang hyper, bising dan tersangat jujur. Mulut aku berani cakap benda yang betul.
Aku dikira budak baru di kelas bestari jadi wajarlah kena tak ada kawan. Tidak banyak memori yang aku ingat time ni.
Cuma aku sering dipulau oleh kelas. Itupun sebab Jihah yang konon puteri dekat kelas tu. Aku ingat yang kami selalu gaduh tarik tudung and rambut. Saling cakar, pukul dan sebagainya.
Aku tiada kawan tetap sampailah aku darjah 4. Ye hidup aku sama sahaja. Aku berkawan dengan Jihah.
Rumah kami dekat jadi tiap petang aku selalu kerumahnya untuk bermain nyorok-nyorok, tuju selipar dan macam-macam.
Tapi kami juga banyak bergaduh kalau gaduh mula la jihah akan suruh satu kelas untuk tak kawan dengan aku.
Benda ni normal untuk kelas tu. Aku tak pernah merasa dapat hadiah,pelukan atau beramah mesra. Hakikatnya aku tiada kawan baik. Hanya kawan sekadar kawan.
Pernah semasa darjah 4, kami bergaduh sampai kena panggil dengan cikgu disiplin masuk kelas senior darjah 5. Berdirilah kami dekat belakang kelas dengan tudung senget benget menahan malu dan nangis.
Semasa disekolah petang kami akan bermain bersama dengan kawan yang lain.
Ada satu hari kami bermain kejar mengejar dalam kelas dan aku tak sengaja pecahkan botol plastik seorang budak lelaki nama dia Hanif (bukan nama sebenar) dalam itu ada air yasin.
Menangis Hanif semasa ni. Aku budak lagi aku pun tak tahu nak buat apa. Si Jihah ni menjadi batu api dan cakap aku salah dan jahat.
Kemudian menyuruh aku ganti balik. Aku malu jadi aku campak beg sekolah aku dan suruh nah jual beg aku ni sambil teriak nangis.
Jujur aku benci berkawan dengan dia tapi pada masa yang sama aku pun tak ada kawan. Semua rasa aku pelik dan busy body.
Menginjak je aku ke darjah 5, murid dari kelas arif turun kelaa sebab result tak nice rasanya.
Lepas kenal dia hidup aku berubah sedikit, sebab ada orang yang tak bodoh nak ikut je kepala si Jihah, dia tak lah bising tapi dia cool. So aku banyak lepak dengan dia.
Dia duduk rumah kedai. Aku panggil dia Sofiya (bukan nama sebenar) aku akan kerumahnya sebelum ke sekolah agama rakyat dan kami akan jalan kaki pergi sekolah yang memang dekat.
Selain Sofiya ada lagi kawan aku yang aku dah kenal lama sebab aku dengan dia anak cikgu sekolah menengah.
Nama dia Nadia (bukan nama sebenar). Ada lagi kawan yang lain. Tapi kitaorang selalu bertiga.
Aku ingat lagi aku hasut dorang untuk minat winxs dan coboy junior. Time ni kpop tidak popular sangat. Hehehe. Memori yang best time sekolah adalah ini. Inilah pertama kali aku rasa manis mempunyai persahabatan.
Tapi aku tetap nakal jugak tahun ni. Aku masih berkawan dengan jihah. Ada satu hari aku dengan Jihah conteng dinding tangga. Menulis nama kakak aku dan pakwe nya hihihi.
Aku tulis Leha emoji love Kamrul (bukan nama sebenar ) si Jihah ni pulak tulis nama aku dengan crush aku yang sama darjah dengan kakak aku.
Aku dengan kakak aku beza satu tahun. Malangnya nasib, semasa kami syok conteng cikgu disiplin nampak dari atas. Terus kami berdua dipanggil.
Kebetulan betul dekat kelas kakak aku!! Dia terus panggil kakak aku. Tanya betul ke kakak aku dengan kamarul. Kakak aku tercengang tak tahu nak kata apa.
Aku dengan si Jihah ni dah macam batu. Cikgu tak marah sangat cuma dia suruh kami hilangkan kesan contengan ni sebelum balik.
Dah lama kami conteng guna pen marker permanent warna biru. Jadi masa yang kami berpeluang padam kami padam guna sabun yang aku bawa dari rumah.
Sabun ni dia siap buih bila picit tu. Kecoh hal ni kat sekolah sebab tempat kami conteng tu memang tempat terbuka. Pelajar yang guna tangga akan lihat contengan tu. Dapat la jugak padam. Nasib baik mood cikgu tu baik haritu.
Ditahun yang sama aku ada couple dengan budak darjah 3 semasa aku darjah 5 mari panggil dia Danial. Abang dia sebaya aku.
Aku nak putus dengan dia jadi aku suruh kawan aku hantar surat. Tapi Danial ni boleh pulak nak jumpa kawan aku yang bagi surat dari kelas sebelah tu masa kawan aku tu ada kelas.
Cikgu kelas masa tu marah la sebab kacau time dia. Kebetulan pulak dia guru kelas aku HAHAHA.
Jadi aku, kawan aku, Danial dan abang Danial kena panggil ke bilik disiplin. Cikgu yang sama tangkap aku conteng tu jugak la handle kes kami.
Bagi aku kes ni kecil tapi cikgu aku yang besarkan. Aku hanya bagi surat. Apa yang salahnya?! Cikgu disiplin baca surat putus aku tu depan kami berempat.
Aku malu gila bila teringat balik pasal ni. Cikgu memang suka malukan pelajar eh? Mentang2 aku budak lagi…
Aku memang nakal tapi aku tak jahat.
Walaupun aku nakal. Aku selalu dapat tempat 1 dalam peperiksaan. Tapi aku pelik sebab tak sekali pun tak naik kelas. Bagi aku ni tak adil.
Syukur bila aku masuk sekolah menengah aku jadi bersinar. Bukan sebagai orang dari kelas belakang.
Banyak lagi kenangan buruk semasa aku sekolah rendah tapi tangan aku dah kebas menaip. Hehehe kalau ada rezeki untum bercerita aku akan bercerita lagi.
– Ika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit