Assalammualaikum semua. Kecoh medsos hari ni bila SY dah confess IK dah jadi 2nd wife dia. Dan PS pun ibarat dipersalahkan kerana mempertontonkan masalah rumah tangga di medsos.
Maka, ramailah suami gantung kuali sorok pisau takut-takut isteri trauma padahal bukan kisah dia. Banyak sangat tengok drama.
Kita sebagai netizen, cukuplah doakan yang baik-baik. Takut tak sempat nak minta maaf kalau terlebih kata, lalu jadi fitnah.
Tertarik dengan kisah ini, maka ramailah yang membenci poligami.
Kenapa Allah izinkan poligami, mesti ada sebabnya. Janganlah kita haramkan poligami kerana sikap tidak adil pelakunya sedangkan poligami itu halal.
Ya, POLIGAMI TIDAK SALAH! Lihat sahaja Asyraf Muslim, bagaimana sebagai seorang suami, beliau mendidik isteri-isterinya. Rahim Sepahtu juga berpoligami, dan poligami itu halal.
Yang haram adalah apabila pelaku-pelakunya (suami dan isteri-isteri), tidak menggunakan cara yang betul, dan tidak diberi ilmu berkenaan poligami.
Silap pelakunya ialah tidak dapat berlaku adil, tidak mampu dari segi zahir atau batin mahupun kedua-duanya sekali. Tetapi bagi yang mampu, apa salahnya? yang salah, adalah cara.
Maka, ada baiknya ilmu poligami ini juga diajar dalam kursus-kursus perkahwinan dan janganlah jadikan poligami bahan jenaka ustaz bahkan ugutan si suami,
“Kalau awak tak mampu beri saya zuriat.. atau tak dengar cakap saya.. saya kahwin seorang lagi..”
Dah-dahlah jadikan poligami satu ugutan atau permainan.
Poligami diharuskan untuk menjaga martabat wanita.
Contoh situasi:
1. Isteri pertama tidak dapat beri zuriat atau suami ingin zuriat yang ramai kerana mampu, maka suami beristeri dua/ tiga/ empat, diharuskan, yang penting syarat-syarat poligami perlulah dipatuhi. Semua isteri mempunyai hak yang sama.
2. Suami mempunyai kehendak batin yang melampau, maka apabila isteri sedang haid, tidak mampu mengawal nafsu, maka dibolehkan berpoligami dengan syaratnya, segala syarat poligami dipatuhi.
Apa syarat poligami?
firman Allah SWT dalam Quran Surah An – Nisa ayat 3 yang berbunyi:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa/4 : 3]
Ini bukan hadis dhaif, malahan firman Allah. Janganlah kerana marahkan SY dan suami sendiri, maka kita menidakkan hukum Allah.
Ini bukan cerita drama waktu maghrib. Ini adalah realiti hidup, maka janganlah kita terbawa-bawa emosi. Sabar…
Yang patut dimarahi adalah pelakunya yang tidak berbuat adil dan berbuat aniaya kepada isteri-isterinya.
Berapa banyak kes isteri-isteri tinggal, yang dianiaya suami, tidak dijaga kebajikannya, yang sedang bertarung di kamar mahkamah syariah menuntut haknya.
Berapa ramai isteri-isteri tinggal ini pernikahannya tidak didaftarkan dan anak-anak menjadi mangsa. Dengan selamba, netizen berkata, “padan muka!” tanpa memberi apa-apa solusi.
Maka, ada juga isteri orang ini bercinta dengan suami orang, dan membuka aib pasangan sendiri sedangkan keburukan sendiri tidak dipandang.
Ada juga isteri ini yang selesa bercerita di media sosial.. ada yang menyerang, dan memburuk-burukkan pasangan.
Ada juga sang suami dengan mudah melepaskan amarah dengan pelbagai cara. Sudahlah, banyak sangat drama kat mahkamah syariah sampai pegawai kat situ pun dah boleb baca ending macam mana.
Ingat! Suami/Isteri bukan hak, tapi satu amanah. Tidak ada istilah, “suami aku” atau “isteri aku” kerana semua Allah punya. Anak sendiri pun bukan hak kita, tapi milik Allah. bila-bila Allah boleh ambil balik suami/ isteri/ anak kita.
So, apa patut buat bila tahu?
1. Stay cool, bila marah.. duduk diam..
2. Lepas tu, solatlah, mengadu pada Allah. mengadu di medsos pun tak berguna. Tak selesai masalah.
3. Dalam fasa menangis itu, pergilah kaunseling atau rujuklah imam/wali.
4. Rujuk peguam, buat hitam putih berkenaan hak sebagai isteri contohnya nafkah, giliran malam, pembahagian harta.. make sure ada HITAM PUTIH. (kalau tak mampu, google biro bantuan guaman, mohon khidmat nasihat di sana).
5. Banyakkan berserah pada Allah. Hati milik Allah, Allah akan tunjuk jalan.
Kalau memang tak mampu juga nak bermadu, mohon pada Allah beri petunjuk. Jangan buat keputusan dalam keadaan marah. Dan netizen ni, tak perlulah tambah lagi kemarahan orang. Kita duduk tepi makan popcorn sudah..
Tepuk dada, tanya iman.
– Chenta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit