Apa Niatmu?

Cerita nya bermula bila aku join satu portal cari jodoh. Berkenalan dengan lelaki bernama Ali.

Berkawan dari 2018 sehingga kini. Tapi 2022 baru mula rapat, sering keluar bersama dan banyak luahkan masalah masing2. Aku mungkin bodoh sebab dah selesa dan suka dengan Ali.

Aku pun dah ada niat untuk berkawin dengan Ali. Rupanya aku cuma bertepuk sebelah tangan.

Ali seorang yang bermulut manis. Dia pandai bermain kata. Mungkin sebab tu aku mula jatuh cinta dengannya. Tapi Ali tak pernah bicara mengenai hal kawin dengan aku.

Hatiku cuma berkata mungkin belum masa untuk kita bicara mengenai perkahwinan.

Bodoh sungguh sebab aku ingat dia juga mempunyai perasaan padaku melalui cara dia melayanku dan juga ayat2 yang dia lontarkan pada aku. Rupanya itu hanya ayat2 buaya.

1 Dec, kami berwhatsapp sangat lama dari biasa, hanya berbual kosong tapi cukup buat aku bahagia. Seperti biasa penuh dengan ayat manis nya dan hanya perbualan kosong.

2 Dec, aku ajak dia lepak tapi dia palau.

3 Dec, aku whatsapp dia pagi, “kene palau je, emoji sedih”. Petang baru dia reply ” banyak hal perlu selesaikan”. Aku seperti biasa konon memahami dan tak mahu kacau dia. Aku hanya reply “ok take ur time”.

5 Dec, Dia ajak keluar. Tapi aku busy. Aku tunda esoknya.

6 Dec, Aku tanya dia “Jadi ke nak keluar?”. Dia reply jadi dan malam tu kami berjumpa makan sama2 dan berbual panjang seperti biasa.

Hampir jam 1 pagi baru kami pulang.

24 Dec, dia datang tempat keje aku, makan, berbual dan balik. Aku tak dapat borak panjang dengan dia sebab tengah keje.

Kemudian malam aku whatsapp dia tanya sesuatu, dia reply sepatah je. Padahal tadi kat datang muka happy je. Haisshh mungkin perasaan aku je.

Kemudian bermula lah drama dia acuh tidak acuh melayan whatsapp aku. Pelbagai andaian bermain di fikiran. Katanya dia busy.

Aku seperti biasa cuba memahami dan bagi dia ruang. Tapi ada hari yang dia akan chat aku berbual panjang seperti selalu.

11 Jan, aku saja buka fb dan stalk fb dia. Da lama tidak update apa2. Terjumpa fb adik beradik dia, saja lah stalk bakal ipar. Hahaha.

Kemudian jumpa fb ibunya dan tiada apa yang menarik untuk ditengok. Tiba2 terdetik nak tengok bahagian gambar, ada mak cik Ali upload gambar mereka bercuti di Indonesia.

Disebabkan rindu lama tak jumpa Ali, aku stalk lah fb mak cik Ali, sekadar untuk tengok gambar bercuti di Indonesia.

Setiap satu gambar aku belek untuk tengok muka Ali. Kemudian saja scroll jauh sikit untuk tengok gambar2 lain. Tup tup..

Mungkin Allah nak tunjuk kan kasihnya pada aku. Allah buka mata aku untuk tunjuk kan kebenaran. Rupanya pada 3 Dec, Ali selamat bernikah.

Mak cik Ali upload gambar Ali bernikah. Punah nya hati masa tu. Sakit dia rasa macam kene tikam. Rupanya dah sebulan lebih berkahwin. Sikit pun dia tak pernah nak jujur dengan aku.

Selepas 10 min tahu kebenaran hasil stalk fb mak cik Ali. Aku terus whatsapp Ali “Taniah dan selamat pengantin baru, semoga berkekalan bahagia sampai ke jannah. Amin”

Kemudian terus tekan bahagian block no Ali dan masuk kan ke achieved ( sayang nak buang chat dia jadi sorok kan dia achieved ). Sobs sobs

Malam tu keluar tanpa hala tuju, menangis semahunya dalam kereta sampai bengkak mata. Pastu balik rumah tido bagai tiada apa yang berlaku.

Esok nya bangun pagi acah2 kuat da lupa kan semua. Padahal masih tak habis pikir kenapalah aku bodoh sangat. Ishhh

Sehingga kini, otak aku tak habis lagi pikir persoalan ni:

1. Pada 1 Dec kami berbual seperti biasa malah lebih lama dari selalu. Takde pula dia cakap akan berkahwin 2 hari lagi?

2. Pada 5 dec dia dah ajak aku keluar. Padahal baru 3 hari berkahwin? Motif dia? Masih fasa honeymoon lagi tu. Kemudian keluar dengan aku balik 1 pagi, isteri dia tak marah atau cari ke?

3. Kalau dia cuma anggap aku sebagai kawan, kenapa tak jujur saja dia akan berkahwin? Stop lah cari aku bila kau da ada bakal isteri.

Kenapa selepas kawin pun masih cari aku? Kenapa masih layan aku baik, ambil berat kat aku?

4. Kalau dia ada perasaan kat aku, kenapa tak jujur saja? Eh tapi dia da ada bakal isteri kan. Kenapa perlu layan perempuan lain?

Kesimpulannya mungkin aku cuma bertepuk sebelah tangan. Lelaki akan kekal sebagai lelaki. Ayat manis dan kata2 dia hanya buat aku salah faham.

Kepada Ali, aku harap kau jaga isteri kau baik2. Jaga juga perasaan dia. Aku akan doakan kebahagiaan kamu berdua. Aku tak sanggup rosakkan kebahagiaan wanita lain.

Syukur Allah masih sayangkan aku. Sesungguhnya aku berserah segalanya pada Allah. Mungkin jodoh aku masih sesat atau pun sedang menanti di syurga.

– Snz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *