Aku Ingin Keluar Dari Perk4hwinan Ini

Hi, namaku Didi, umur awal 30-an, anak seorang. Berkahwin masuk tahun kelima. Sekarang suri rumah dah hampir 2 tahun, sambil tolong bisnes suami, dan baru berjinak dengan dunia dropship.

Maaf andai jalan ceritaku agak berterabur, tapi aku perlukan bantuan idea dan saranan dari para pembaca sekalian. Aku mahu keluar dari perkahwinan ini.

Ya, ini apa yang aku rasakan sekarang selepas dapat tahu suamiku mengambil dadah. Kita namakan suamiku as J ya.

Sebenarnya dah hampir setahun aku tahu, tapi tahu dalam ketidakpastian. Bermula detik aku mengetahui kawan J ditangkap polis atas sebab dadah, positif urine.

Dan setiap kali ada kawan-kawan J yang ditangkap atas kes urine, pasti J akan dihubungi sama ada untuk urusan ikat jamin ataupun ‘settle tepi’.

Masa tu aku mula terfikir, kenapa suamiku dikelilingi manusia² yang bergelumang dadah, sedangkan dia tak terlibat.

Aku pernah laa sambil sembang kosong tanyakan dia hal ni, dan buat² innocent tanya betul ke J tak pernah terlibat, dan dia memang tak mengaku.

Makin lama aku tengok kelakuan J dan kawan² dia semakin aku pelik, atau sebenarnya aku makin celik. Pelik di mana, akan sentiasa ada kawan² baru yang join geng diorang and suka berkumpul malam, sampai tengah malam.

J run bisnes sendiri, dan diorang biasanya akan lepak kat ofis J sampai lewat malam or pagi.

Macam mana aku tau, sebab aku pun selalu tolong handle bisnes tu, and biasanya lepas balik dari kerja hakiki aku, aku akan singgah ke ofis J pulak sampai malam baru balik umah.

Biasa aku balik pukul 9, 10 mlm macamtu and masa tu biasanya geng² J baru start datang. Bila ditanya, katanya lepak biasa² je kaum lelaki.

Situ dah macam pelik, bukannya lepak main game, bukan jugak lepak kedai mamak sembang huha huha, bukan jugak lepak tengok game bola sepak ke apa, so aku dah fikir lain.

Since that, aku rasa macam ada something wrong somewhere, tapi aku tak tau apa.

Take note ya readers, J memang biasa dah bermalam kat ofis dengan geng lepak dia, biasanya lepas subuh baru balik umah memasing then teruskan aktiviti seharian macam biasa, kerja, etc.

Aku as a wife, normal la kan selalu check hp suami, almaklum la kan selalu tidur opis, ntah² pegi check in mana² dengan betina kan, Nauzubillah. Biasanya aku check chat klien dia, atau no/nama yang aku rasa lain macam je.

Tapi instinct seorang isteri tu memang tak pernah salah.

Suatu hari, tergerak hati untuk aku buka chat J dengan BFF dia, dan ada few chat yang seolah² tengah sembunyikan barang, mintak jagakan barang sebab nak balik kampung, nak barang, dah lama tak pekena, dan words 1g, 2mg etc.

Kat situ aku dah mula ketar lutut. Then aku scrol² lagi, aku jumpa hint lain pulak, ada kaitan dengan kawan sekampung diorang.

Aku bukak chat kawan sekampung yang dimaksudkan, and damnn aku jumpa direct chat J mintak ‘batu’ kat kawan dia, siap bagitau time bila dia akan ke sana, nak jumpa and suruh hantar sekali batu (kawan sekampung kerja di selatan, dan J selalu turun sana atas urusan bisnes).

Masa ni aku dah menitik nitik air mata tapi sempat aku ambik gambar conversation diorang.

So bila dah tau ni, aku nak lebih kepastian aku Gugel berkaitan dengan dadah ‘ice’ atau batu ni. Memang ada ciri-ciri seorang penagih si J ni. Antaranya yang aku baru tahu dan perasan selama ni memang ada:

1. Mulut/lidah dia kadang² seolah² tengah kunyah/gigit something padahal tak ada pape pun dalam mulut.

2. Dia boleh selamba tak tidur 3,4 hari siang malam buat keje, tapi lepas tu akan tidur 2 hari terus. bangun untuk makan sahaja. Solat jangan ditanya, memang out.

3. Hubungan intim boleh tahan lebih lama. Bab ni, lepas aku tau memang aku terus rasa jijik nak bersama J, especially bila time dia lepas ambik *barang.

4. Emosi tak stabil bila lama tak dapat *barang. yang latest aku teringat masa otw balik dari kampung aku. Masa tu balik kampung aku agak lama, dalam seminggu juga.

Otw balik, baru masuk highway anak aku mintak susu botol. Since aku tak bawak termos air panas haritu, aku suruh J berhenti kt RnR yang terdekat.

Tu dah kena marah, tiba kat hentian sebelah je, situ memang tempat kecik, air panas takde. Terus dia mengamuk sampai anak aku yang mintak susu pun kena marah. Menitik air mata aku masa tu, sebab hal kecik je pun nak marah dah kenapa.

Aku memang tak spare termos sebab jarang sangat anak aku mintak susu siang hari. Lepas mengamuk memasing diam, lepas tu dia tiba² jadi happy seronok siap nyanyi bukak cerita itu ini dalam kereta. Ko ghaseee….

So ni antara tanda² hasil aku gugel, baca sharing pengalaman orang yang dah insaf, etc. Kalau ada silap readers boleh tolong betulkan ya.

Aku terfikir nak confront depan² J, tapi dah boleh agak J tak akan mengaku celah mana sekalipun.

Dia yang aku kenal, akan pusing cerita selagi boleh, sampai tahap aku dah tak boleh jawab, aku diam and dia consider dia menang, tapi biasanya sebab aku dah malas nak dengar dia ‘mengencing’ aku lagi.

Sebelum ni pun kalau gaduh hal apa², memang ending dia aku akan diam je sebab malas nak layan.

Sejenis aku yang tak suka nak panjang²kan gaduh mulut, malas nak bertekak. Lama aku pendam, aku tak tahu nak refer kat siapa pasal ni, and tak tau nak buat macam mana.

Nak cerita kat adik beradik J, aku rasa diorang tahu kot pasal ni. Rasa helpless sangat, tak boleh nak cerita kat orang sebab ini aib rumah tangga, tapi aku tak ada solution dia.

Cuma sekarang ni, tiap kali aku cek hp J, jika ada jumpa bukti baru aku akan snap gambar chat tersebut. So now aku dah tau *barang tu dia ambik kat sapa.

Biasanya chat dengan mamat supplier tu dia akan delete chat, tinggal chat kosong je under nama supplier tu.

Aku pun dah pernah jumpa orangnya, dia selalu jugak dtg opis J. Gambar dia pun aku ada ambik, curi-curi snap ^in case polis nak tau ke apa kan hahaa^

Aku terfikir untuk report polis, tapi aku tak percayakan polis area sini.

Yang handle kes dadah area sini boleh dikatakan semua kawan J, and J kadang² jadi informer pihak polis untuk kes dadah. Pelik kan macam mana polis sendiri tak boleh trace J ni pun ambik *barang.

Aku jugak tak boleh call AADK sebab bukan setiap masa J ambil *barang. Ada masa kadang dia seminggu dua tak ambil, masa ni memang dia takde lepak balik lewat malam ape sume tu.

Buatnya AADK rush time dia clean, kantoi la nanti kan orang tau dia disyaki dadah. Haa entahla pelik² kan pemikiran aku ni.

Aku cuma harap setiap hari, kalau betul memang dia ambik *barang, moga J ditangkap dan aku akan jumpa J di balai polis, lepas tu memang aku akan terus failkan cerai.

Dia dah tak ada alasan untuk tak ceraikan aku. J memang tahu dari sebelum kami kahwin lagi, aku memang anti dengan geng² dadah ni tak kira apa jenis dadah sekalipun.

Sekarang ni, aku memang tak plan untuk ke mahkamah syariah lagi atas sebab² berikut. Aku nak kumpul duit dulu sikit so that nanti lepas bercerai aku tak terkapai-kapai tanpa hala tuju.

Duit simpanan aku dan J semua dah habis digunakan masa bisnes J down 2 tahun lepas. Ni baru nak start naik balik.

Aku nak J settlekan dulu hutang kereta and PL aku yang tertunggak few months masa sesak haritu. Memang tanggungjawab dia untuk bayar sebab dia yang tak bagi aku kerja dah. Aku nak J settlekan emas aku yang dia pajak masa kami tengah sempit haritu.

tapi yang tu kalau tak sempat pun takpe. yang aku bagi dia gadai tu barang kemas yang hadiah kahwin dengan tunang je. Yang aku beli sendiri masih selamat dengan aku.

At the same time, aku baru 3 bulan buat dropship, doakan bisnes aku makin maju dan mampu menampung hidup aku dan anak aku lepas ni.

Aku harap semoga dipermudahkan urusan aku dengan anak aku, dan boleh bercerai cepat².

Aku tak tahu apa aturan Allah untuk aku, tapi aku selalu doa kalau memang jodoh kami masih kuat, semoga J diberi keinsafan dan ditutup pintu² kemungkaran dalam hati dia.

Aku dapat rasa J memang tak akan mudah² lepaskan aku, sebab dia memang sayangkan aku and anak kami, tapi dia lupa diri bila ambil *barang tu.

Sebab tu aku harap dia ditangkap polis, memang dah sah² kena tangkap J dah tak boleh nak nafikan apa² lagi dah. Proses perceraian pun akan jadi lebih mudah.

Family aku pun tak ada yang tahu pasal ni. Kalau tahu, memang parents aku akan galakkan aku mintak cerai on the spot. Aku tak nak bebankan parents aku untuk sara aku walaupun untuk sementara.

Aku tau parents aku mampu untuk sara aku dengan anak aku, tapi tetap aku rasa bersalah dan segan dengan diorang.

Aku cuma harapkan support diorang je lepas ni. Mungkin lepas cerai aku akan balik duduk kampung dengan diorang kalau bisnes online aku ok.

Kalau tak ok, aku terpaksa cari kerja dan stay dengan anak je kat kotaraya ni.

Mohon para readers doakan aku jugak, doakan yang terbaik untuk kehidupan aku dengan anak aku. Aku taknak selamanya hidup dengan penagih dadah, aku taknak anak aku tau bapak dia penagih dadah.

Kalau readers sekalian ada idea atau nak komen apa-apa, silakan aku memang sangat perlukan idea bernas korang. Btw aku tak ada FB, nanti aku baca komen korang guna FB J. Thank you.

Yang tengah serabut,

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *