Sebenarnya dah lama nak luahkan tentang sejarah hitam yang berlaku dekat keluarga aku tapi itu lah, taktau nak luahkan dekat siapa sebabnya satu, takut mereka mengata belakang aku. Dua, sebabkan AIB orang. Dekat sini boleh lah aku luahkan sebab orang tak kenal.
Ibuku adalah seorang ibu tunggal dan seorang cikgu di sekolah menengah. Murid-murid semua suka dia sebab dia baik hati, peramah dan pemurah. Masa itu aku darjah 5. Abangku pula tingkatan 2. Abang aku bersekolah di sekolah yang ibuku mengajar.
Abangku dapat tahu yang ibuku ada hubungan sulit dengan kawan rapat dia yang sebaya dengan abangku. Bayangkan ibuku seorang CIKGU yang berumur 40an ada hubungan dengan BUDAK SEKOLAH.
Bila aku fikir balik sekarang, ibuku boleh je masuk penjara sebab perbuatan jijik dia. Abangku dan aku sangat terkejut macam tak boleh nak percaya. Dia dapat tahu dari mesej ibuku rasanya, ibuku selalu bagi duit dekat kawan abang aku.
Kawan dia selalu mintak duit dekat ibuku sebab dia main game online. Jadi nak topap la. Aku taktahu lah kenapa ibuku buat benda jijik macamtu. Kami berasa terhina dan sedih atas perbuatan dia. Selepas kami dapat tahu, kecut perut lah kawan dia.
Ibuku pula aku rasa dia menangis sebab kawan abang aku itu mintak putus kot. Lepas itu aku tak ingat apa yang jadi. Ada je lagi dia ada hubungan dengan pelajar dia sendiri sampai bawak masuk rumah tapi aku malas nak cerita.
Selang beberapa tahun, aku tingkatan 1. Aku perasan ibuku ini dia seorang yang gatal. Dia asyik nakkan lelaki dengan dia.
Pada masa ini dia ada hubungan dengan seorang lelaki muda dan dia seorang PENANGIH DADAH. Tak tahulah kenal dari mana. Kami beradik berasa marah, sedih macam-macamlah.
Ibuku ini gila ke apa. Dia seorang cikgu, mestilah dia tahu mana betul mana salah. Kami rasa hidup kami terancam sebab lelaki itu selalu mintak duit dekat ibuku. Kalau tak bagi ibuku kene ugut dan pukul.
Ada sekali itu aku dapat tahu dia tumbuk ibuku dalam kereta sebab ibuku tak bagi dia duit. Ada masatu juga dia ditahan masuk penjara.
Lelaki itu bagilah nombor telefon ibuku dekat polis untuk menjamin dia keluar. Aku pernah lah ikut ibuku pergi jamin dia, polis pun macam dah sepakat dah dengan lelaki itu.
Sejak haritu aku naik benci polis dekat Malaysia ni. Banyak kali dah ibuku jamin dia. Sampaikan ibuku tiada duit, ibuku sanggup pajak laptop milik keluarga untuk menjamin lelaki itu. Tapi tak jadi nak pajak taktau sebab apa.
Lepas dia tak dapat nak jamin, keluarga lelaki itu datang ke rumah kami, mintak tolong, merayu suruh bayar jaminan lelaki itu. Aku dan abangku tengok perbualan mereka dari tangga.
Selepas beberapa bulan lelaki itu dah keluar penjara. Masa itu ibuku tiada di rumah. Aku dan abangku je.
Ding dong…. aku terdengar bunyi loceng rumah. Tengok dari tingkap tingkat atas, lelaki itu datang dengan motornya.
Dia menjerit “SAYANG! ABANG DAH BALIK NI!” sambil gegar-gegarkan pagar rumah. Aku berasa jijik, geli, mual, marah dan takut. Banyak kali dia gegarkan pagar dan menekan loceng rumah.
Ulang ayat yang sama. Agak-agaknya dia nak bagi jiran kami dengar lah tu. Lepas 10 minit dia berhenti. Dia dah nak beredar. Masa dia nak pergi itu, dia menunjukkan jari tengah pada rumah kami. Selang beberapa hari dia datang lagi.
Aku tak ingat kalau ibuku ada ke tidak di rumah. Lelaki itu dah masuk ke dalam kawasan rumah kami sebab pagar tak kunci. Kali ini aku dan abangku mengintai tengok tingkap di tingkat bawah. Dia nampak kami mengintai dan dia ejek-ejekkan kami.
Lepas itu dia ingat kami nak bukak pintu tapi tak, jadi dia pun mengamuk lah. Apa yang terjadi lepas itu perkara yang aku tak boleh lupakan langsung. Dia keluar dari pagar rumah. Kami ingatkan dia dah nak pergi, rupanya dia pergi BERAK DEPAN PAGAR RUMAH KAMI!
Allah, hinanya perasaan aku masa itu. Sanggup dia buat begitu. Selepas itu aku bagitahu ibuku yang dia buat sebegitu, ibuku tak kisah pun. Dia buat taktahu je. Aku taktahu kenapa ibuku ini. Ibuku tak terasa hina ke? Ada satu masa ini, aku taktau lah betul ke tidak.
Memori aku macam ingat benda tu tapi tak pasti ia terjadi ke tidak. Ibuku nak keluar berseorangan. Aku tak kasi ibuku keluar sebab aku tahu dia nak keluar jumpa lelaki itu. Aku tahan badan aku dekat pintu.
Lepas itu ibuku mula menjadi seakan-akan GILA. Marah aku, tendang aku sambil menjerit “TEPILAH!”. Lepastu mula la naik hantu gila-gila, aku pun takut.
Bila aku ketepi tiba-tiba dia tersenyum gembira dan dia pun keluar. Aku pula menangis sebab aku sedih dengan perbuatan ibuku. Lepas itu dia balik malam. Aku tengok muka dia pelik. Mukanya yang penat sambil dia tersenyum.
Aku bertanya “Mama pergi mana?” dia diam dan dia terus pergi ke biliknya. Aku kalau dia dah tidur aku selalu tengok mesej dia dari henfon dia. Banyak jugalah mesej yang buat aku geli.
Tapi kali ini terdetik hati aku nak pergi tengok gallery henfon dia, aku terkedu. Aku nampak video bogel ibuku. Bukan ibuku yang rekod tetapi lelaki itu. Sampai sekarang aku taktahu benda itu terjadi atau tak.
Mungkin aku terkejut sangat sampaikan otak aku pun taknak ingat benda itu. Aku tak ingat sampai bila ibuku dengan si penangih dadah itu tapi akhir dia putus hubungan jugak. Kami pindah rumah jauh dari tempat itu.
Kali ini aku tingkatan 4, aku dah masuk kolej. Masa ini juga aku dapat tahu ibuku ada hubungan dengan orang politik. Kenal pun di group Whatsapp politik. Dah kenal berbulan. Tahu-tahu ibuku dah berkawin dengan dia.
Tanpa restu dari anak-anak dan dari ibu bapa ibuku sendiri. Kami beradik dah tegur ibuku, kesemua lelaki yang dia kenal itu jahat-jahat. Berdarah air mata pun ibuku tak nak dengar.
Lepas itu aku dah tak ambil tahu pasal ibuku sangat sebabnya aku dah sambung belajar. Suami baru dia itu ada isteri pertama tak silap. Jadi ibuku ini isteri kedua.
Aku rasa tak selesa semasa dia masuk ke rumah kami. Masa itu aku je yang tinggal dekat rumah, kesemua adik beradikku duduk asrama sambung belajar.
Suami dia kadang-kadang datang rumah kami jumpa dengan ibuku. Aku tahu la apa mereka buat. Boleh je dengar. Aku ada jugak rasa marah tapi nak buat macamana benda dah berlaku.
Lepas setahun dua macam tu tahu-tahu dah bercerai? Taktau sebab apa. Tapi rasanya sebab isteri pertama dia.
Seterusnya aku dah berumur 17 tahun. Ibuku dah bersara. Kali ini ibuku kenal seorang lelaki politik juga di group Whatsapp. Ini adalah lelaki paling jahat yang aku pernah jumpa.
Aku dengan orang politik umno ni dah naik racist dah. Benci sangat-sangat. Tolonglah jangan sesekali nak kenal dengan orang politik-politik ni. Ibuku selalu ambil aku balik dari kolej.
Tapi pada masa itu aku ternampak ada lelaki politik ini ada dekat seat kereta kat depan. Aku macam “Aduh mama jangan la buat hal lagi”.
Aku masuk kereta. Ibuku memperkenalkan lelaki tersebut. Cakap “Ini kawan mama.”. Lelaki itu pun berkata “Pakcik kawan mama kamu, Pakcik ada hal nak berbicang sikit.”. Aku dalam hati terus tak percaya. Aura dia pun aku dapat tahu lelaki ini jenis macamana.
Aku pun cakap macam malas nak layan. Mana-mana lelaki yang ibu aku jumpa dan kenal mesti aku tak suka terus. Tak kisah lah kawan ke business partner ke.
Aku tak expect ibuku ada hubungan dengan lelaki politik tu sebab taktau la. Nak cakap ada rupa takda, harta takda, nak cakap macam kene bomoh pun ada. Dia orang KELANTAN.
Ada masa itu ibuku taknak jumpa dengan lelaki itu. Huish lelaki ini punya la psycho dia datang ke rumah kami dengan adik lelaki dia sekali. Tekan loceng rumah banyak kali. Tunggu dekat depan pagar berjam-jam! Sambil itu dia call ibuku banyak kali.
Aku macam rasa de javu. Aku penat dengan ada perasaan takut ini. Selang beberapa bulan tu ibuku selalu balik lewat malam. Adik beradikku cuti sem. Aku ada lah peneman.
Semasa kami tengah makan abangku ada dapat satu call ini, dia angkat lah. Lelaki politik itu rupanya yang call! Aku hanya ingat dia cakap ini je “Pakcik dah terlanjur dengan ibu kamu”.
Abangku dengan aku terkedu. Taktau nak explain perasaan itu macamana. Orang nampak dia sebagai orang yang baik, alim yang berkopiah. Yelah orang besar politik kan.
Lepas tu abangku ada cakap tapi aku tak ingat apa. Tapi aku ingat dia marah gila dekat lelaki tu. Lepas habis call abang aku menitiskan air mata dia. Jarang sangat dia nak menangis. Aku pun menangis sekali. Kami sangat kecewa dengan ibu kami.
Beberapa minggu selepas itu abangku dah sambung belajar balik. Tinggal kakakku dengan aku je. Tapi kakakku selalu tidur rumah kawan dia.
Aku nampak lelaki politik itu tunggu di depan rumah kami dalam kereta dia. Ibuku keluarlah berjumpa dengan dia. Aku pula mengintai dari tingkap.
Petang itu aku tengah lepak dalam bilik. Tiba-tiba ibuku masuklah dalam bilik, kemungkinan dia nak berehat juga.
Aku dengan terkejutnya nampak mata, pipi ibuku lebam teruk berwarna ungu. Mata kanan dia dah macam tak boleh nampak dah disebabkan lebam. Aku terkejut sangat-sangat.
Aku tanya lah siapa yang buat. Lelaki politik itu yang buat. Allah, sanggup lelaki tumbuk perempuan seteruk ini. Yang dia tumbuk itu tinggalkan luka yang kekal dekat muka ibuku.
Aku tangkaplah gambar untuk bahan bukti untuk buat report polis. Yang buat aku lagi geram bila dah tengah nak buat report, polis boleh cakap “Berbincanglah dengan suami puan dulu ya”.
Aku macam mashallah kau tak boleh nampak ke muka ibu aku ni?!! Ibuku pun kecewa dengan tindakan polis itu.
Last-last balik camtu je tanpa report apa. Aku memang tak puas hati betul dengan polis Malaysia ni. Masa balik rumah itu aku ada ternampak dekat leher ibuku ada “lovebite”.
Masalahnya teruk sangat lovebite dia, warna ungu habis. Ada 10 kesan gigit dekat leher ibuku! Rakus betul lelaki politik itu! Tapi aku buat bodoh je.
Aku dah macam biasa nampak benda-benda macam itu dekat ibu aku. Nak tegur pun dah malas. Lepas beberapa minggu. Ibuku jumpa dengan dia lagi, otw pegi masuk kereta lelaki itu.
Aku mengintai macam biasa. Tapi kali ini aku nampak ibuku macam dipaksa masuk dalam kereta. Macam kene culik. Kereta dia laju betul dia pecut. Lepastu aku tunggu lah ibuku balik. Tunggu-tunggu, last-last 3 hari tak balik.
Aku sorang-sorang dekat rumah. Kakakku lari rumah pergi ke rumah kawan dia sebab dia kecewa dengan ibuku. Aku dengan 3 hari tiada makanan, duit pun tiada. Selepas 3 hari ibuku balik. Dia buat macam tiada apa-apa yang berlaku.
Aku dengan cuaknya tanya “MAMA PERGI MANA?!!!” dia jawab “Mama dipaksa pergi ke Thailand”. Dalam hati aku kalau pergi Thailand satu benda je, untuk berkawin. Hati aku hancur. Dia mengaku dia sudahpun berkawin dengan lelaki bodoh itu.
Atas alasan dipaksa. Padahal dia relakan diri je. Ada gambar dia masa kawin tu. Senyum gembira je. Sedih aku hanya tuhan je yang tahu. Lepas kawin ape lagi lelaki bodoh itu boleh la masuk dekat rumah kami.
Pergi dekat rumah kami hanya nak melepaskan nafsu kuda dia dekat ibuku. Dia juga ada isteri pertama, dan isteri kedua tapi dah bercerai. Jadi ibuku isteri ketiga lah. Dia juga lelaki paling rakus yang aku pernah jumpa.
Leher ibuku penuh dengan lovebite dia buat. Lebih teruk daripada sebelum ini. Ibuku pulak “suka” dengan apa yang dia buat. Aku lupa, ibuku pun sama gatal juga dengan dia. Dua-dua psycho.
Selepas beberapa bulan ada la lelaki bodoh itu buat hal. Taktahu sebab apa tapi dia buruk-burukkan nama ibuku dengan kami semua melalui Facebook. Gambar keluarga semua dia letak.
Semua sejarah hitam ibuku dia post di Facebook. Suami jenis apa yang buruk-burukkan dan menghina isteri dia sendiri? Oh, suami yang dayus. Sampai sekarang aku takkan maafkan dia.
Taktau lah ibuku masih sah ada ikatan ke tidak dengan lelaki bodoh itu. Sejak dia kawin langsung satu sen tak bagi duit dekat ibuku. Kalau nak cerai kena pergi ke Thailand dulu.
Sudah 3 tahun lebih rasanya kami lari dari si bodoh tu. Kepada lelaki sengal bodoh tu, kalau kau lelaki yang aku ceritakan ni, aku harap kau dihumbankan ke neraka jahanam.
Kami dapat tahu ibuku sebenarnya ada masalah mental iaitu Bipolar, OKU. Ibuku juga dah tak buat dah perkara jijik lagi. Sekarang ni Alhamdullilah dia dah dekat dengan Allah.
Side effect dia aku pun ada masalah mental anxiety/depression melampau dari kecil. Ada je cerita lagi tapi aku bagitahu yang memori paling pahit sekali.
Sekian..
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit