Duit Penentu Kebahagiaan

Assalamualaikum semua.. Saya Ana (bukan nama sebenar). Berumur 25 tahun, bekerja di sebuah syarikat milik keluarga mertua.

Suami saya anak sulung dan sememangnya memegang tanggungjawab yang besar dalam keluarga mahupun syarikat.

Keluarga suami saya seperti keluarga dalam drama TV3, penuh dengan drama dan konflik. Suami hanya 3 beradik dan masing² perempuan.

Saya berasal dari keluarga yang bukan orang senang dan target saya kahwin pun untuk kesenangan keluarga.

Saya sudah berkahwin 6 tahun dan masih tidak mempunyai zuriat dan bukan itu isunya.

Mama (ibu mertua) sangat baik manakala Dad (bapa mertua) seorang pemarah dan suka memaki hamun staff dan keluarga.

Saya dan suami serta adik²nya menguruskan perniagaan anak-anak syarikat yang di arahkan oleh Dad.

Pada luaran, keluarga kami sangat harmoni dan aman, tetapi itu hanya luaran sahaja.

Setiap hari saya akan menangis seorang diri memikirkan kata² kesat dari Dad dan suami. Cara pemakaian, cara pertuturan, cara makan semua dititikberatkan.

Dad juga selalu menyindir mengenai keluarga saya yang katanya tidak setaraf dengan dia sedangkan sebelum berkahwin, Dad dan Mama yang kenalkan saya pada suami.

Saya adalah student Mama. Mama seorang professor di sebuah ipta. Kami hanya kenal 6 bulan dan terus berkahwin.

Dad juga selalu tekankan yang keluarga saya sekarang senang asbab dari dia. Boleh bayangkan bagaimana perasaan saya masa tu?

Sedangkan saya yang bekerja menguruskan perniagaan dia, yang selalu backup bila anak² dia buat silap, yang selalu senyap bila dimaki hamun,

Saya bekerja dibayar gaji, dan duit gaji saya adalah hak saya nak bagi pada keluarga sekalipun.

Dad juga selalu mengungkit tentang kereta yang dia bagi pada saya.

Suami seperti biasa tiada function, hanya bercakap mengenai business dan hanya dengan dunia dia sahaja. Saya hanya seorang isteri di atas kertas sahaja.

Sepanjang 6 tahun berkahwin, saya masih dara. Saya harus berdiam diri, katanya seorang isteri tiada hak untuk meminta. Cukup duit yang boleh gantikan kesedihan saya.

Mama yang selalu bagi kata² semangat dan motivasi untuk hidup.

Saya tiada kawan untuk berkongsi cerita dan tidak mahu keluarga tahu mengenai hal ini.

Kadang² saya pun tak tahu Dad suka saya atau tak. Dalam telefon dia, dia save nombor telefon saya ‘menantu kesayangan’ dan ada masa mood dia okay, dia hadiahkan emas, duit dan sebagainya.

Adakalanya saya seperti hidup bujang kerana suami saya kerap tiada di rumah.

Dan saya tahu suami mempunyai perempuan lain diluar. Silih ganti perempuan. Tetapi untuk kepentingan diri saya, saya terpaksa diamkan.

Selagi suami bagi nafkah zahir sudah mencukupi. Dan sebetulnya saya sudah tiada hati dengan suami, jika nak kahwin satu lagipun silakan.

Setiap hari rutin harian saya hanya sama, tiada aktiviti, tiada jalan², shopping pun online sahaja. Bercakap pun dengan kucing. Ada hari rasa macam nak gila pun ada.

Setiap hari kena kawal emosi, buat² ceria depan staff² yang lain. Ada duit tapi tak bahagia.

Tapi saya perlukan duit untuk senangkan keluarga saya. Saya perlukan duit untuk bertahan hidup. Bahagia tidak menjaminkan duit.

Doakan saya boleh bertahan sehingga akhir hayat. Takdir dan jalan ini yang saya pilih. Saya nak hidup senang. Bahagia yang kedua.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *