Sebab Awak Kan Bujang?

Assalamualaikum, saya adalah L berumur lewat 20an..

Sekadar menulis untuk meluahkan dan saya berharap dapat membaca feedback dari pembaca bagi mengubati hati dan menenangkan mental saya yang dah mula rasa tertekan.

Begini, saya berkerja sebagai seorang guru hampir 5 tahun, ya masih mentah dan dalam fasa untuk belajar segala skills dan menimba pengalaman.

Saya faham dan saya bersedia untuk semua ujian serta cabaran.

Dari dahulu lagi saya selalu dipilih menjadi AJK Utama untuk program sekolah, sama ada ketua atau penolong ketua program, dan yang paling selalu adalah setiausaha program, tak kira program kecil mahupun besar.

Saya ni memang ada perangai bersemangat bila buat kerja, rasa puas bila kerja tu teratur dan kemas, saya buat tanpa banyak bunyi, saya happy,

Kalau tengok file saya memang cantik dan kemas, sampai lah dua tiga bulan ni saya dah mula burnout.

Burnout kerana pemimpin atasan saya adalah orang yang agresif dan memaksa, apa apa pun berlaku dalam dunia ni kalau dia kata A maka A, tak boleh diubah dan tak akan dengar cakap orang bawahan.

Awalnya saya ikut, lama kelamaan saya mula argue dan melawan, tapi ditegur pula dengan orang lain kerana saya nampak kurang adabnya jika kerap melawan.

Sedih sangat hati saya ni, dan yang lagi sedih setiap kali saya luahkan, semua orang akan jawab ‘awak kan bujang?’.

Pernah dalam seminggu ada 3 program besar, Program pertama saya ketua, program kedua dan ketiga saya setiausaha, setiap hari saya balik malam seorang diri.

Dan bila saya nampak sibuk dan letih, Guru besar sendiri cakap “nasib baik bujang, tak ada anak nak bagi makan lepas sekolah”.

Tolonglah saya tak larat hidup macam ni, setiap hari mental saya semakin sakit.

Saya selalu menjawab dan berani untuk cakap TIDAK for certain things, tapi selalunya saya “kalah” dengan work culture,

Guru senior akan cakap “kitorang lagi berbelas tahun hadap benda ni okay je”,

Engkau memang lah okay dah semua program sekadar jadi AJK pendaftaran je sekadar tick nama orang yang datang, kelas tak masuk sebab busy potluck di bilik guru! Lepastu beriya sembang itu ini.

Belum lagi yang datang minta saya jangan melawan sebab tugas saya memang banyak deal dengan pentadbiran, sedih saya..

Habistu saya kena kerja je ke dalam keadaan dipaksa, diketawakan, disuruh suruh, sedangkan saya juga manusia

MashaAllah saya sekadar menulis kerana saya dah mula burnout, saya dah mula menangis seorang diri sebab stress sangat, bayangkan saya solat saya sebut nama penuh Bos Bos saya supaya lembut hatinya sampai begitu sekali.

Tolong advice kan saya what should I do untuk selesaikan konflik dengan Bos agresif ni, saya betul betul dah tak mampu.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *