Assalamualaikum semua. Saje je aku nak tulis confession ni sekadar nak share macam mane aku jumpa suami aku ni. Nama aku Mrs. Right, umur 30an dan bekerja.
Kami dah berkahwin 4 tahun dan alhamdulillah sudah dikurniakan sepasang cahaya mata, baru je habis pantang ni. Time free tengah cuti berpantang ni, boleh la menulis sikit, nanti dah masuk kerja, tak sempat dah nak menulis bagai.
Btw terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Aku saje je nak share macam mane aku jumpa dengan suami aku ni. Sebenarnye aku saje ingat balik macam mane aku jumpa suami aku ni sebab rindu kat suami ni.
Tengah cuti pantang ni, so berpjj la sekejap, aku balik pantang kat kampung, suami dok kat bandar, kerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga.
Aku jumpa suami aku ni kat salah satu laman web cari jodoh B***** M*****. Masa tu saje je join laman web ni sebab bosan, bosan tu sebab aku mc dekat sebulan lebih sebab kaki patah main netball.
Sambil2 tu memang nak cari jodoh jugak sebah umur pun dah meningkat. Time tu aku letak gambar aku yang paling hodoh la bagi aku, saje nak test asa tak lelaki yang akan tegur aku nanti.
Pastu ada la 2 3 orang lelaki yang tegur termasuklah suami aku ni. Bermessage dalam laman web tu, tapi yang kekal hanya suami aku saje.
Yang lain tu tak kekal maybe sebab tengok gambar aku pun biasa2 je.
Dari laman web tu, kitaorang bertukar nama ig dan fb. So kitaorang berhubung melalui dm ig mostly. Yang laman web tu dah tak aktif dah sebab kene bayar kalau nak sambung bermessage.
Dalam ig tu aku ada tanya la beberapa soalan untuk suami aku ni.
Soalan mostly pasal perkahwinan, apa tujuan kahwin, kenapa nak kahwin dan sebagainya.
Jawapan dia tu ok la, sebab takde betul dan salah, pendapat masing2 kan. Yang penting jawapan tu aku boleh terima sebab dari situ aku tahu dia ni macam mana.
Pastu aku mintak nak dengar dia mengaji, nak dengar bacaan dia dan tajwid dia ok ke tak. Yang ni pun aku nak dengar sebab yela, nanti nak jadi imam kan, kene pastikan bacaan tu betul dulu. Sebenarnye aku cuma nak tahu dia ni boleh mengaji ke tak.
Pastu suami aku ni bagi no. fon dia untuk aku whassap, dia nak mintak no. fon aku, dia segan, so dia bagi no dia untuk aku whassap dulu untuk dapat bagi voice note dia mengaji tu.
So start dari situ ktorang berhubung melalui whassap pulak. Sepanjang berhubung melalui dm ig tu, gaya penulisan suami aku ni, aku rasa dia ni saje je tulis macam tu, macam budak skema.
Bila berwhassap pun sama jugak, dia tulis pun macam budak skema gitu, lembut je dari segi gaya penulisan tu, time tu aku rasa dia saje je tulis macam ni nak bagi nampak bagus dan nampak budak nerd gitu, yela, saje nak pikat aku kan, nak suruh aku suka kat dia.
Time tu jugak aku memang takde perasaan pun kat suami. Bila kenal dalam 2 bulan lebih macam tu, kitorng plan nak jumpa. Nak kenal depan2.
So aku pun setuju, kita orang jumpa kat pantai, time tu majlis tunang adik dia, so dia ada bawak makanan la untuk bagi kat aku.
Time tu aku pakai baju tshirt muslimah labuh tu je dengan shawl, dia kemain dengan kemeja lagi, yela sebab majlis tunang adik kan, mesti pakai elok sikit.
Aku ni pakai biasa2 je, dengan muka takde makeup ke ape. Kita orang jumpa, borak kejap depan kete aku, dia bagi makanan then aku pun balik.
Tu je la. Haha. Takde nak minum2 air ke ape ke, betapa aku ni rasa macam nak kenal gitu2 je.
Time mula2 jumpa tu aku takde rasa berdebar ke ape, yela sebab kita takde perasaan kat orang tu, so rasa biasa je la kan. Kalau ada perasaan tu mesti akam berdebar dan rasa serba tak kena.
Balik rumah tu dia cakap dia ok tak, dan dia tak sangka aku pakai macam tu sebab dengan pekerjaan aku ni mesti akan pakai smart gitu, tapi dia tengok aku sempoi je pakai tshirt muslimah dengan seluar track jumpa calon suami.
Aku cakap kat dia yang aku memang macam ni, simple sahaja kecuali kalau pegi kerja, kene pakai cantik2 la sikit kan. Aku cakap kalau dia boleh terima aku macam ni, boleh teruskan, kalau tak, kita stop je la.
Then dia cakap dia suka aku pakai macam tu. Dalam hati aku cakap, yela tu, mesti menyesal kenal dengan aku sebab aku ni tak cantik, haha.
Fast forward, aku cakap kat dia kalau betul2 serius, jumpa mak ayah aku.
Then dia cakap ok, tapi dia perlukan masa sebab time tu dia sambung belajar jugak, kene tunggu dia free baru la dia boleh datang rumah aku. Jarak rumah aku dari rumah dia tu lebih kurang 4 atau 5 jam perjalanan.
So nak dijadikan cerita, terawal pulak dia dapat datang rumah aku, kelas dia cancel hujung minggu tu, so dia boleh la datang. Kalau tak, memang lambat lagi boleh datang rumah aku.
Sebenarnye masa mula2 kenal lagi, aku selalu doa, kalau betul dia jodoh aku, mudahkan urusan kami Ya Allah. Dan salah satunya adalah dia dapat jumpa mak ayah aku dalam masa terdekat.
Aku ok je la sebab saje nak kenal2 kan, cuba2 dulu kot2 ada jodoh sungguh ke.
Masa dia datang rumah aku tu, aku layan macam acuh tak acuh je sebab aku memang takde perasaan lagi time tu dengan dia.
Bila teringat balik kesian pulak rasanya bila aku layan dia macam tu, huhu. Dah jadi suami pun, tapi tak mintak maaf lagi dengan dia ni sebab layan gitu2 je hari tu. Haha.
Pastu masa ada sekali tu dia nak masuk tandas, aku tengok dia baca doa masuk tandas. Aku cakap dalam hati, eh kemain lagi tunjuk baik padahal takde orang nampak pun.
Satu lagi cara dia berkumur tu lembut je, bukan kasar yang biasa kita buat kalau berkumur tu. Aku pulak berkumur lagi tak sopan. Haha.
Pastu bila dia balik rumah, aku cakap kat dia jangan contact aku dalam masa 2 minggu.
Aku buat macam tu sebab aku rasa aku tak boleh nak teruskan, kalau teruskan takot lagi kesian kat dia sebab aku rasa aku takde perasaan langsung kat dia. Dia pulak yang beria2 dengan hubungan ni.
Bila aku whassap suruh stop dulu contact aku dalam masa 2 minggu ni, aku dapat rasa dia sedih sangat2 berdasarkan kepada apa yang dia tulis kot whassap tu.
Aku cakap kat dia bagi aku masa. Sebenarnye aku takde perasaan tu sebab dia ni tak hensem. Muka biasa2 je, kelebihan dia tinggi dengan badan ala2 fattah amin. Kurus sikit dari fattah amin, tu je la.
Aku ni sebenarnye susah nak suka kat lelaki, saje je letak high standard tu sebab aku nak hati aku ni hanya suka kat suami sahaja, bukan lelaki lain selain dari suami.
So bila jadi macam ni, susah jugak la bila takde perasaan ni, dok fikir macam mana kahwin nanti, kalau takde perasaan.
Sambung balik tadi, dia pun setuju untuk tak contact aku dalam masa 2 minggu tu.
Tapi hari tu sebelum cukup 2 minggu tiba2 dia whassap aku cakap mak ayah dia nak jumpa aku. Aku pun cakap la awak ni dah langgar peraturan, tak boleh whassap saya kecuali hal penting saje.
Dia cakap ni penting sebab mak dia yang mintak whassap untuk jumpa. So aku boleh la terima alasan dia dan setuju untuk jumpa mak ayah dia.
Aku setuju tu sebab cuba untuk kali terakhir, kot2 la ada perasaan sikit ke nanti bila jumpa mak ayah dia.
Time jumpa mak ayah dia tu, kita orang pegi makan kat kedai. Aku pegi sorang je time tu, takde bawak kawan ke ape.
Saje nak tunjuk berani biar mak ayah dia fikir aku ni perempuan tak malu sebab pegi jumpa dorang dengan seorang diri sahaja, takde bawak kawan ke ape.
Time suami aku datang rumah aku kali pertama tu pun dia bawak kawan dia untuk teman, takot katenye. Time makan tu ada la rasa takot2 jugak, tipu la tak takot, jumpa mak ayah kot, rasa segan la jugak kan.
Pastu bila dah balik tu, aku tanya la dia, mak ayah dia ok ke dengan aku. Dia cakap ok, dorang suka. Aku ni dalam hati ahh sudahh. Tersilap langkah la pulak pegi jumpa mak ayah dia ni.
Nak bagi tak suka, jadi bagi tersuka pulak. So dari situ aku pun cakap, takpelah, go on je with the flow sambil berdoa kalau betul jodoh aku, permudahkan dan tunjukkan jugak petanda2 dia.
Fast forward kita orang pun merisik dan bertunang la. Majlis ni buat asing2 tau, walaupun keluarga dia dok jauh, aku berkeras nak buat asing2 sebab sekali seumur hidup katenye.
Padahal aku saje je nak tengok boleh bertolak ansur atau tidak. Surprisingly dorang ok dan buat majlis asing2. Maksudnye dorang datang 2x walaupun jauh. Sampai sekarang aku rasa bersalah kat family mertua sebab dah menyusahkan dorang. Huhu.
Sepanjang kita orang bertunang, takde masalah ke ape, gaduh pun tak. Aku cakap kat dia yang aku tak nak kapel even dah bertunang. Call pun taknak kecuali ada hal penting yang nak bincang. Dia pun ok dan terima syarat aku tu.
So sepanjang kita orang bertunang, hanya beberapa kalu sahaja kita orang call, itu pun sekejap sahaja dan hanya bincang pasal nak kahwin, takde video call ke ape ke. Aku buat macam tu sebab nak jaga ikhtilat, biar la semua tu buat lepas kahwin nanti.
Alhamdulillah jugak, urusan perkahwinan kita orang pun smooth je. Ada satu masalah je iaitu nak pilih baju pengantin. Aku ni main amik je baju pengantin sebab bz, takde masa nak survey darinsatu bridal ke bridal lain.
Tapi bila adik ipar tengok baju yang kita orang try tu, dia rasa tak ok, nampak suram je, aku cakap la yang aku memang takde masa nak try baju tu semua dari satu bridal ke bridal lain.
Last2 adik ipar aku sanggup pegi setiap bridal untuk try baju dan hantar gambar baju tu kat aku.
Bila aku ok dengan baju tu, baru pergi kedai bridal tu untuk fitting baju tu. Dia cakap biar la pakai baju cantik, ni sanding sekali untuk seumur hidup.
Bila fikir2 balik, betul jugak tu, dan sekarang bila aku tengok gambar kahwin, aku syukur sangat2 sebab adik ipar aku tolong kita orang cari baju pengantin yang cantik sangat, at least dalam gambar tu cantik la kan.
Btw satu lagi, family mertua aku ni baik, dengan adik ipar pun baik jugak. Adik ipar yang tolong carikan baju tu, dia pun sebenarnye kahwin sebulan sebelum majlis ktorang, tapi still lagi ada masa untuk tolong kita orang pergi try baju semua.
Kalau aku sendiri, memang takde masa la, lantak la majlis kau kan, haha. Sampai sekarang adik2 ipar aku memang baik, alhamdulillah.
Bila tiba majlis kahwin aku, semua berjalan lancar je, takde masalah ke ape. Memang betul la, jodoh aku ni dengan suami aku dan Allah permudahkan urusan kami dari kenal sampai la saat akad nikah.
Bila dah akad nikah tu, automatik aku rasa suami aku ni hensem sangat2, dengan pakai baju putih, bersamping bagai. Sebelum ni rasa tak hensem pun, haha. Time tunang pn takde perasaan lagi.
Ada la beberapa petunjuk yang menunjukkan yang suami aku ni memang betul2 jodoh aku. Salah satunya adalah dipermudahkan urusan kami, banyak persamaan antara kami dan dia banyak mengalah bila aku macam tak boleh terima pendapat dia.
Sebenarnye aku takot jugak awal2 kenal dengan suami aku ni sebab kenal melalui laman web, tak tahu nak rujuk sape2 nak tanya pasal dia.
Aku betul2 tawakal kepada Allah sambil mohon petunjuk dari Dia. Yela, orang kata, sebelum kahwin dan selepas kahwin tu berbeza kan. Tapi suami aku ni, sama je, malah lebih baik dari itu.
Sebelum kahwin cara whassap tu lembut je, lepas kahwin ni lagi lembut tambah dengan panggilan manja2 sikit.. Hehe.
Pastu cara cakap suami aku ni memang lembut sebelum kahwin, selepas kahwin pun sama je, ada anak pun sama je, aku pulak yang macam singa lagi2 dengan anak 2 ni. Anak sulung aku lagi suka dengan abi dia sebab abi dia lembut, aku ni garang. Haha.
Pastu masuk bilik air pun memang suami aku akan baca doa sebelum dan selepas masuk bilik air.
Aku pulak yang belajar dengan dia, malu pulak rasanya, mesti dia ingat aku ni muslimah sangat sebab pakai tshirt muslimah, tapi doa masuk keluar tandas pun tak tahu, haha.
Banyak lagi la yang aku jumpa pasal suami aku ni yang buat aku makin sayang dam bersyukur ada suami macam dia. Nasib baik la dia contact semula aku untuk jumpa mak ayah dia, kalau tak, melepas la aku dapat lelaki sebaik dia.. Hehe.
Tapi seriusly, lepaa kahwin je, aku nampak suami aku ni hensem sangat2. Suami aku ni pakai spek, tapi kat rumah dia tak pakai sebab power tak tinggi sangat pun, time dia tak pakai spek tu aku rasa melting je, sebab nampak hensem.
Sebelum ni tak nampak hensem pun, lepas kahwin je terus nampak hensem.
Ok, itu je la yang aku nak share pasal macam mane aku jumpa suami aku. Maaf la terpanjang pulak, saje nak mengimbau balik kenangan2 sebelum kahwin dan jugak sebab rindu kat suami. Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis.
Maaf kalau tulisan terabur sikit, aku ni tak pandai sangat mengarang cerita.. Hehe. Btw, aku tulis tajuk tu macam tu sebab suami aku ni betul2 my mr right untuk aku dan alhamdulillah, finally i found the one.
Sebenarnye banyak lagi nak tulis tapi dan panjang sangat dah, lain kalinje la ye. Doakan semoga jodoh kami sampai syurga ya korang.
Sekian..
– Mrs. Right (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit