Asalammualaikum semua. Saya Jane. Dan sekarang saya dalam dilema setelah hampir 2 bulan bernikah dengan suami kaki judi yang teramatlah teruk sangat.
Hubungan rumahtangga kami hanya bahagia selama 1 minggu sahaja. Maybe sebab saya hanya mengenalinya selama 3 bulan dan terus bernikah dengan dia.
Sebelum kami bernikah dia masih berkerja, tapi dekat hari kami ingin menikah dia berhenti kerja dengan alasan abangnya suruh dia berhenti kerja,
Sebab kerja tu tidak sesuai tuk seorang lelaki yang ingin berumahtangga dan dia ada memberitahu saya yang dia sedang menunggu panggilan kerja baru.
Saya dengan perasaan gembira dan percaya pada suami yang dia akan mulakan kerja baru tidak lama lagi tidak merasa ragu-ragu dengan kenyataannya.
Setelah 2 minggu perkahwinan kami, suami sudah start minta duit, kalau sekali sehari tak apalah. Ni dah balik-balik minta duit dalam sehari kita pun naik angin dengannya.
Kami tinggal sendiri tapi di kelilingi dengan rumah adik-beradiknya yang cukup baik dengan saya.
Pernah sekali waktu tu hari jumaat, dia tak pergi sembahyang jumaat sebab dia leka dengan judi cyber dia.
Dia minta saya duit. Saya cakap tak ade duit. Dia marah dan teriak-teriak sampai tahap dia nak pukul saya dan abang-abang dia datang rumah kami sebab dengar dia teriak marah.
Family saya pun datang and saya explain to my family what happen.
My family orang yang beradab kami tak marah suka-suka saja. Then my dad and mom bagi nasihat dekat dia dan bawa dia jumpa ustaz for his own good.
For the 1st week dia jadi seorang yang baik tidak main judi rajin pergi sembahyang dan bercakap pun bersopan santun sembahyang kat rumah dengan saya.
Selalunya saya solat sendiri saja. Then after 31st december tu perangai hantu dia datang balik. And it’s become more worse.
Dia punya judi semakin teruk and dia dah berani habiskan duit saya semua sampai tahap dia berani check bank account and ambil duit saya. Lesap habis duit saya dalam bank.
Segala-gala saya tanggung. Perkahwinan yang baru nak masuk 2 bulan ni rasanya macam dah bertahun kami kahwin.
Bernikah dengan kaki judi ni memang tidak akan membawa kebahagian pun, kesengsaraan saja yang ada.
Saya memang bodoh, kawan dah bagi nasihat yang dia tidak akan pernah berubah.
Namun saya tak percaya dan percaya setiap insan pasti akan berubah.
Dan saya silap menilai insan yang bergelar suamiku, yang ku sangka berubah menjadi seoarang insan yang baik ternyata semua itu hanyalah angan-angan kosong ku…
Saya ingin menamatkan perkahwinan ini.
Selama hampir 2 bulan perkahwinan kami tidak ada kebahagian yang ku rasa. Hanya keperitaan menjadi seorang isteri kaki judi.
Pada yang ingin berkahwin tu selidiklah sedalam yang mungkin siapa bakal suami kamu itu. Berhati-hati dalam memilih pasangan hidup…
– Jane (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit