Sorry takde intro sangat pasal aku, cuma aku ni seorang graduasi universiti dan sekarang tengah sambung master dan InshaAllah bakal ambil PhD tak lama lagi, doakan!
Sekarang ni tengah trending kan pasal narsistik disorder (narcisstic personality disorder). Cuma aku rasa kelakar sebab baca confession, kat radio, semua cerita yang diorang pernah mengenali atau mempunyai kawan-kawan yang narsistik.
Maknanya hampir 80% manusia kat dunia ni narsistik ke macam mana? Itu sebab aku rasa nak tergelak. Btw, korang ada buat research tak sepenuhnya pasal narsistik ni?
Okay aku tolong tuliskan dan senaraikan ciri-ciri narsistik disorder ni ialah:
1. Dia memiliki Self esteem yang terlalu tinggi. Dan asbab self esteem yang tinggi itulah berubah menjadi narcisstic personality disorder!
2. Suka menjadi pusat pemerhatian di merata tempat, di tempat kerja, di rumah, di kampung dan semuanya dia nak orang nampak kewujudan dia.
3. Sentiasa rasa diri superior berbanding orang lain. Dari pelbagai aspek, dari kebijaksanaan, kecantikan, kerajinan, harta, anak, pasangan, semuanya dia rasa dia layak dipuji untuk keseluruhan yang dia dapat dan miliki.
4. Suka dipuji setiap masa. Bahkan dari seluruh manusia dari mana-mana planet pun jika jumpa dia mesti wajib puji dia. Jika tak, dia akan rasa tak tentu arah.
5. Berani buat apa saja untuk menjadi pusat pemerhatian. Asalkan orang sentiasa nampak dia, ingat dia, puji dia, apa saja dia sanggup buat walaupun perkara itu memalukan dia.
6. Jika dihina atau dikritik oleh sesiapa saja, dia mudah marah, melenting, malah boleh membenci orang yang mengkritiknya walaupun kritikan itu diberikan secara penuh hikmah dan lemah lembut.
(Orang yang masih boleh terima teguran dengan cara hikmah dan lemah lembut tidak termasuk ciri-ciri narsistik ya).
7. Dia akan lebih mementingkan penampilan dia, body image yang cantik, kecantikan wajah, baju yang dipakai, warna yang agak attractive.
Mostly perempuan yang ada narsistik ni dia sejak lahir dijadikan cantik dan sampai ke tua pun akan pastikan dirinya dipandang cantik dan menawan oleh semua orang.
8. Jika dia seorang lelaki dia lebih cenderung kepada kebijaksanaan, kewangan, penampilan dan kedudukan.
9. Orang narsistik tidak ada empati langsung terhadap orang di sekeliling dia.
Contohnya, jika dia menyakiti hati perasaan kawan dia, dia takkan minta maaf sebab dia yakin dia betul dan kawan dia salah. Jadi tengok la kawan korang yang mampu untuk meminta maaf jika terbuat salah tu InshaAllah dia bukan narsistik.
10. Mereka yang narsistik tidak akan menunjukkan kekurangan mereka pada sesiapa pun hatta pada pasangannya. Mereka mostly seorang yang perfectionist , sukar untuk dipuaskan hati nurani mereka termasuklah urusan remeh dalam hal rumahtangga.
Kebiasaannya nak tengok orang tu narsistik atau tak jika kesemua ciri-ciri yang tersenarai di atas tu ada pada dia dan semua orang yang mengenali dirinya akan nampak ciri-ciri tu pada dia.
Jika hanya pasangan dia saja yang melihat semua perkara di atas tu ada pada pasangan dia, tapi ahli keluarga, sedara mara tak nampak pun ciri-ciri tu ada pada orang tu jadi benda ni sukar untuk ditentukan,
Sebab orang narsistik ni akan menjadi seperti di atas terhadap semua orang di kelilingnya bukan hanya pada orang tertentu saja.
Jadi jangan pukul rata cakap pasangan korang narsistik jika ada beberapa simptom yang korang nampak ada pada mereka. Pasangan kita lain, lebih-lebih lagi isteri kita.
Kadang dia nak bermanja dengan kita je dia macam tu tapi dengan orang lain dia tak camtu, so dia InshaAllah bukanlah narsistik.
Takkanlah setakat ada beberapa simptom terus kau cop dia camtu, mesti korang pun sedih bila orang cop kau ada bipolar ke, autistik ke, sebab ada sikit simptom tu kat kau terus orang kata kau Asperger, bipolar. Mesti kau kecewa kan?
Berbalik nak cop cop orang ada masalah mental disorder ni better pergi jumpa pakar, diagnos terus dan pakar yang akan tentukan sama ada korang ada penyakit tu ataupun tidak.
Asbab sakit narsistik ni banyak, korang boleh google je, tapi cari sumber yang sahih lah InshaAllah.
Cuma aku nak pesan, jangan mudah melabel orang itu ini, sebab korang pun belum tentu sihat walafiat, entah entah korang pun ada termasuk orang yang terkena mental health issues jugak. Haha…
Sebab zaman teknologi ni mostly manusia akan terkena sakit mental dalam pelbagai bentuk. sebab sakit mental ni banyak tau disorder dia.
Korang google je, tak mustahil korang pun boleh tersenarai jugak dalam salah satu disorder lain. Kikiki… (Rilek jangan mudah melatah dan marah.)
Jadi, muhasabah diri dulu. Banyak ingat mati, perbaiki diri sebelum nak judge orang lain. Dan orang yang ada masalah mental ni bukan bermaksud dia gila dan jahat.
Kadang tu asbab trauma yang mereka alami sejak kecil, faktor genetik, faktor suasana dan persekitaran pun mengambil peranan juga.
Jika pasangan korang mungkin ada simptom camtu, bawak la dia pergi jumpa pakar untuk pakar diagnos kan, bukan korang yang label dia pastu palau dia. Dia pun mungkin tak mintak dilahirkan macamtu.
Setiap dari kita ada kekurangan kan, jadi cuba lah perbaiki diri masing-masing. InshaAllah…
Yang benar,
– IZO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit