Assalammualaikum semua, terima kasih admin sebab sudi approve artikel ini.
Semalam, aku baru ke kamar Mahkamah Tinggi Syariah… menghadiri sebutan kes hadhanah… dan aku ingin kongsikan ini buat isteri-isteri yang ada plan untuk memfailkan fasakh dan hadhanah.
Namaku Melur, berusia 35 tahun, bekerja tetap, anak perempuan dua orang. Anak pertama, ayah lain. Anak kedua, ayah lain.
Dipendekkan cerita, dalam perkahwinan kedua ini, aku menjadi isteri kedua. Isteri kedua yang telah disahkan di Malaysia, ada surat nikah Malaysia.
Bukan nikah gantung atau nikah senyap-senyap. Hubungan dengan madu, tidak ada tetapi kewujudan aku dan anak, diketahui dan diambil maklum.
Aku teruskan hidup, dan madu dengan kehidupannya. Tidak mengganggu dan bertelagah.
Awal berkahwin memang manis, suami sedaya upaya berlaku adil tetapi tidak sampai setahun.
Setelah disahkan mengandung, aku ibarat wujud tak wujud dalam hidup dia. Tapi aku bertahan sebab sedar diri, pinjam laki orang.
Cuma bila dah hak aku terlalu banyak dinafikan, aku nekad menuntut fasakh setelah berbincang dengan keluarga, menjalani sesi kaunseling..
Dan aku mohon pada suami, melepaskan aku supaya aku boleh teruskan hidup. Memandangkan aku pun telah pulang ke rumah keluargaku di negeri lain.
Tetapi, dia ingin mengambil anak yang dia tak pernah jaga dariku. Suami beri syarat, “kalau nak cerai, bagi anak kat abang.”
Dah 4 tahun aku jaga anak seorang diri dengan bantuan keluarga, rasanya aku akan beri tak?
Aku tanya pendapat ramai orang termasuk peguam dan kaunselor, ramai yang kata.. “fight hak Puan.”
Maka aku fight dan failkan fasakh.
Beberapa kali juga suami mesej dan mohon aku menarik balik permohonan fasakh, tetapi aku enggan.
Sehinggalah dia menyatakan akan mengambil anak daripada aku melalui mahkamah. So, aku dengan bodohnya merasakan, “lepas cerai, baru aku mohon hadhanah.”
Tak sampai sebulan, aku terima surat lawyer menyatakan suami membuat tuntutan hadhanah sedangkan kes fasakh masih belum selesai.
(beberapa kali ditangguhkan oleh pihak suami dengan alasan kerja, sekarang dah setahun lebih, fasakh tak settle lagi.).
Terduduk aku berfikir, “Macam mana boleh failkan hadhanah sedangkan kes fasakh belum selesai?”… rupanya memang boleh tetapi aku yang bodoh.
Maka, kes fasakh aku dibicarakan di mahkamah negeri lain, kes hadhanah di negeri lain.
Sesi perbincangan kami hanya sebelah pihak kerana suami hanya nak ambil anak daripadaku. Dan aku tahu, sekiranya berbincang pun, tiada jalan penyelesaian.
Maka, ke perbicaraan lah kami. Hakim menasihatkan supaya berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Tetapi bagiku, biarlah hakim yang lihat sendiri.
Aku pula menyusun langkah dan strategi, tetapi selagi kes fasakh belum selesai.. aku hanya mampu bertahan.
Nasihat bagi yang ingin memohon fasakh, failkan sekali dengan tuntutan hadhanah supaya kes berjalan seiring. Jangan bergerak sendiri tanpa:
1. Pergi sesi kaunseling.
2. Dapatkan khidmaf nasihat biro guaman.
3. Teliti tentang dokumen dan cara pembuktian di mahkamah.
In shaa Allah, selesai semua kes ini.. Aku akan share cara-cara mohon fasakh serta hadhanah tanpa peguam. Tapi dengan syarat, sendiri mesti kental. Dapatkan support system yang kuat.
Hujung bulan ni, kes fasakh bagi perbicaraan kedua pula. Doakan urusan aku dipermudahkan.
Terima kasih semua.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit