Untold Story That Slowly K1ll Me

Assalamualaikum dear readers.. aku Z, of course bukan nama sebenar and almost 30s.

Harini aku nak kongsikan sebahagian kisah hitam hidup aku yang sampai sekarang menghantui aku.

Maaf andai susunan ayat agak berterabur, menaip dalam emosi. Semoga dapat dijadikan tauladan.

Past 20 years back, masa aku balik kampung aku pernah kena boikot dengan cousins tanpa aku tahu salah aku.

Biasalah budak-budak, takde kerja lain selain main dengan sepupu sepapat seusia, tiba-tiba semua taknak kawan dengan aku. Sedih jugak lah masa itu. Haha.

Sampai la 10 tahun selepas peristiwa itu berlaku baru lah aku tahu punca sebenar aku kena boikot. Sedih, terkilan, kecewa.

Rupa-rupanya aku anak seorang penc*bul. Semua kisah ni terbongkar selepas 10 tahun or maybe lebih lama aku tak pasti. Macam mana boleh kantoi ?

Masa tu bapak aku pergi outstation tiba-tiba pakcik dan makcik aku datang rumah dan masatu aku nampak mama aku sedikit beremosi.

Lepas semua balik, mama aku buka cerita tujuan makcik dan pakcik aku datang. Menangis kami berdua.

Kat sini ada something aku nak highlight. Aku nak bagitahu betapa pentingnya peranan keluarga dalam kehidupan kita.

Even perkara tu pahit untuk ditelan tapi kalau itu yang terbaik, kita kena berterus-terang tentang perkara sebenar.

Bukan merahsiakan kebenaran dan akhirnya banyak pihak yang terluka.

Sebagai anak saudara kepada makcik pakcik aku.. aku terkilan sebab sebenarnya dorang dah hebohkan kegiatan bapak aku pada satu family besar aku..

Dah lama tapi non of them bagitau benda tak elok yang bapak aku buat toward cousin aku kat mama aku.

Mungkin kalau dorang cerita dari awal akan lebih ramai saudara mara aku yang takkan jadi mangsa bapak aku.

Until now aku masih berdendam dengan bapak aku sebab buat macam tu.

Betapa terkilannya aku bila tau sebenarnya semua keluarga besar mama aku berjaga-jaga bila tau kitorang satu family nak balik kampung.

Dekat depan baik je semua layan kami, rupanya belakang kami ada cerita duka yang mereka rahsiakan. Duka buat kedua-dua pihak.. pada cousin aku dan mama aku sendiri.

Mesti orang cakap.. kau anak penc*bul bukan kau yang kena cabul, asal kau yang nak buat confession, macam kau insan yang tersakiti.. hahaha. Actually aku pernah juga tersakiti. Nanti aku cerita.

Nenek aku iaitu ibu kandung mama aku pon boleh rahsiakan benda besar ni dari mama aku. Siap ada kod rahsia lagi nak minta cucu-cucu dia berhati-hati kalau bapak aku ada.

Bagi aku apa la salahnya nenek aku selamatkan anak dia sendiri dari suami macam bapak aku tu.

Apa la salahnya bagitau mama aku supaya mama aku boleh take action toward bapak aku. Dorang ingat kalau dorang tak bagitau benda boleh ada solution ke.

After all damaged has been done, after ramai yang jadi mangsa bapak aku, baru semua pakat nak cerita kat mama aku. Nasi pon dah selamat jadi bubur.

Contoh dia macam ni, kau tau aku salah tapi kau tak bagitau yang aku salah tapi kau cerita dekat semua orang kecuali aku yang aku salah. Susah nak explain sebab aku complicated sikit.

The worst part is maybe doa mangsa-mangsa bapak aku atau mungkin karma, aku pon pernah kena raba. Dua kali tapi aku diamkan sebab aku rasa ni taboo.

Sampai sekarang takde siapa yang tahu. Aku faham macam mana perasan cousins aku, sebab aku pon pernah lalui seperti yang dorang rasa.

Benci, marah, sakit hati tapi kita tak mampu nak lawan, tiba-tiba tangan penc*bul dah ada dekat private part kita.. tergamam.

First kena dengan cousin aku sendiri and sekali dengan tailor Bangladesh yang ambil ukuran baju aku.

Sometimes bila terbaca news suspek r*gol mangsa, nanti ada netizen doakan keturunan suspek rasa sama macam apa yang mangsa kena.

Bagi aku yang salah tu bapak dia tau so tak boleh nak libatkan keturunan dia untuk jadi mangsa r*gol balik.

Sama la macam kes aku, bapak aku yang salah aku yang kena palau plus siap dapat karma kena c*bul juga tapi dengan suspek lain.

Damage boleh berkurangan bila parent budak yang kena c*bul ni bagitau awal-awal perangai bapak aku.

Surely mama aku boleh berjaga-jaga dengan perangai bapak aku or mungkin tak bagi bapak aku ikut balik kampung or joined family event.

Bukannya kau pergi cerita dekat semua perangai bapak aku tapi isteri dia sendiri taktau yang suami dia buat perangai.

Sampai sekarang aku malu sebab ada bapak macam tu (sekarang dah dapat hukuman dunia)

Aku ralat sebab tak tahu cerita awal-awal. Aku rasa bersalah sangat-sangat dengan semua mangsa-mangsa bapak aku. On behalf of my father sincerely do apologize us.

Maaf sebab bapak aku pernah c*bul korang dan maaf sebab aku dan mak aku tak tahu cerita dari awal yang mana kalau kami tahu dari awal, kami surely akan take action toward bapak aku.

Aku harap luahan ni dapat dijadikan panduan pada dua2 pihak.. mangsa c*bul dan isteri penc*bul.

Isteri pe*cabul pon tak tahu suami dia penc*bul kalau takde siapa yang bagitau. Please let them know.

Kisah ini mungkin ditokok tambah bagi mengelakkan kebocoran identiti.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *