Namu aku Dina, umur mid 30 an. Professional, kerja dah hampir 10 tahun. Kerjaya bagus, gaji bagus, mak ayah adik beradik semua yang baik baik.
Isu cerita aku ni, aku masih simpan perasaan cinta, rindu, dendam, pada bekas kekasih. Memang bodoh dan mensia siakan hidup, aku akui.
Tapi itulah dari usia aku umur 15 sehingga sekarang perasaan tu masih mekar subur dalam hati ni dan kepala ku yang sendiri kononnya tak boleh nak fikir betapa bodoh nya la hai..
Aku kenal M sejak masing2 sekolah asrama penuh, tingkatan 3 awalnya jeling menjeling, lama2 melekat, siap declare lagi bf/gf, sampai M tu ukirla meja kayu tu letak nama aku dengan dia.
Fast forward habis spm sambung degree, M ke IIUM Matriks saya buat A level persediaan ke overseas. Cinta kami? Oh masih utuh, sampaila dia sambung degree saya terbang ke negara lain.
Habis study, M habis dulu dah terus dapat kerja, saya sebab ada carry paper, lambat setahun jadinya. Hubungan kami masih lovey dovey lagi.
Saya pulang dapat kerja dan kami mula bincang untuk kahwin, 2 bulan pertama masih ok, masuk bulan ke 3, M nampak senggang sikit, lambat balas sms, jarang nak jumpa.
Saya confront, apa masalah nya, masa tu kami dalam kereta, tiba2 M menangis sambil peluk kaki saya, bayangkan dalam kereta dengan dia badan tinggi menangis beria minta maaf.
Rupanya sebelum saya balik habis belajar, dia dah ada kekasih. Kerani executive tempat kerja dan pengakuan M dia terlalu sayang kan wanita tersebut.
Saya? Sah2 la muka telinga merah hati retak seribu dan rasa nak tibai dan tempeleng M. Tapi saya kekal sabar dan maklumkan saya undur diri lah.
Saya naik kereta M, saya keluar dengan badan dan kaki separa lembik call kawan untuk ambil. Setitis air mata tak keluar.
Kawan tanya, saya jawab yang perlu, parents juga tanya sebab tiba2 urusan nak kahwin macam senyap saya cuma jawab tak jadi, tak ada jodoh itu 10 tahun yang lepas.
Masalah nya saya ni masih la lagi teringat terasa akan rasa cinta orang yang tak sudi dengan saya tu. Sepanjang 10 tahun saya masih follow dia di fb ikuti perkembangan, diri nya yang masih segak, isteri dan anak2 yang cantik comel.
Saya tahu amat sia sia dan sangat neyeksakan diri tapi ianya salah satu cara saya ‘lepaskan’ perasaan rindu itu pada M, mungkin pelik, saya bahagia orang yang amat amat saya sayang dan cinta sangat baik kehidupannya.
Tak ada sesiapa yang tahu apa saya buat setiap hari sebab kerja saya amatlah sibuk di ofis dan di site.. tapi itula ada saja masa senggang itu yang saya buat.
Ada saja yang cuba nak risik melalui keluarga atau cuba mengorat di ofis atau ketika acara keramaian tapi hati saya macam batu tak berkenan sampai saya anggap kalau saya terima saya curang pada M.
Saya tak pasti kenapa teruk sangat trauma saya ditinggalkan oleh M sampai jadi macam gini. Hidup penuh kepura puraan hakikatnya jadi stalker ex bf.
Sepanjang selepas M tinggalkan saya sehingga kini dah 10 tahun itula yang saya buat hari2. Browse FB M, M pulak setting FB public.
Selain itu saya tak melangkau privacy M, call dia atau mesej dia atau like pun segala posting, video yang di post pun saya tak tengok.. takut M dapat kesan siapa yang view video dia.. Saja2 suka browse dan tengok.
10 tahun saya begini.. Cinta yang ada pada orang yang tak sudi masih lagi ada pada tempat paling dalam di hati saya.
Saya bukan introvert, rajin berborak dengan parents adik beradik, hiking travel dalam luar negara dengan kawan2.. Tapi itula.. sisi gelap hidup saya yang semua orang tak tahu..
Setiap akhir doa wajib dan sunat saya bersungguh doa hilangkan lah apa saja rasa yang masih ada pada M, tapi itulah belum sampai masa, Allah swt suruh usaha dan doa lagi.
Doakan ya pembaca semua…
– Dina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit