Hi semua. Saya Amani (bukan nama sebenar) bekerja dalam sektor profesional, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Berkahwin atas dasar cinta itu buta dan kini hampir 12 tahun perkahwinan itu berlalu.
Mulanya kami bahagia, tapi setelah beberapa lama mula berlaku pergolakan. Benarlah seperti yang dikata, kawan itu cerminan diri.
Suami mula berubah apabila kawan2 dan jjuga jiran cuba mempengaruhi beliau untuk bermain badminton, memancing, melepak tanpa mengira masa.
Jika aku balik kerja jam 9 malam, jam 10 beliau akan keluar lepak dan tinggalkan aku bersama anak2.
Aku tiada masa lagi bersama beliau walaupun berbagai2 cara telah aku cuba untuk mengambil hati.
Di saat aku menulis, terasa diri ini asing, sedih dan kecewa. Jika orang lain ada me time suami isteri, aku tiada lagi masa itu. Aku harus “buy time” dari kawan-kawannya.
Sangat terdesak aku rasakan untuk mendapat perhatiannya.
Sikit sikit lama lama jadi bukit, aku makin terasa terabai, slow talk tapi tak jalan.
Malah rumah tangga kami juga bergolak apabila sidia tidak dapat sambung kontrak beliau, akulah yang membayar hal hal rumah, tanggungan dan sebagainya.
Meskipun aku menghadiahkan kepada suamiku kereta kegemaran beliau, dan cuba memenuhi segala keinginan beliau agar beliau akan memilih “aku” berbanding kawannya.
Semua itu hanyalah sia sia.
Jika dalam sebuah perkahwinan itu diterajui oleh sang suami yang bertanya tentang kelengkapan rumah, dah makan ke belum, tapi itu menjadi rutin aku.
Lama kelamaan, aku mulai perasan bahawa beliau sudah acuh tidak acuh tentang diriku.
Adakah aku yang bersalah kerana terlalu try hard untuk memenangi hati beliau sehinggakan hati aku sendiri yang terkorban?
Pada suatu hari aku baru saja sembuh dari sakit panjang, dan telah menghilangkan kunci kereta beliau.
Beliau sangat marah kepada aku, dan mula menutur kata-kata yang melukakan hati aku.
Sebenarnya pada hari aku dimarahi, aku telah merancang untuk membuat suprise kepada beliau kerana dapat kerja baru.
Aku membayar penginapan hotel sehingga 2 ribu sebagai hadiah percutian keluarga.
Akibat terlalu sedih, dan baru sahaja sembuh dari sakit berpanjangan, aku membuat keputusan untuk teruskan saja perancangan aku.
Si dia hanya diam dan melepaskan aku pergi. Runtun hati kerana anak2 terpaksa melihat kami bergaduh.
Kini, aku dalam dilema samada untuk kembali pada beliau atau mulakan hidup baru bersama anak-anak sekembalinya dari percutian ini.
Moga Tuhan berikan aku kekuatan.
Kepada kaum suami, tidak salah untuk mempunyai hobi selepas berkahwin. Tapi, bijaklah bahagikan masa antara kawan dan keluarga..
Jika isteri membantu dalam tanggungan keluarga, cubalah sehabis baik untuk berterima kasih atas kerjasama yang diberikan isteri.
Tiada apa yang diharapkan sang isteri, hanyalah perhatian dan kasih sayang suami.
Jika wanita itu berubah, bukan kerana orang lain.. itu kerana suaminya sendiri.
Assalamualaikum..
– Amani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit