Kenapa Sentuh Kalau Sayangkan Saya?

Assalamualaikum and hai, terima kasih admin sudi siarkan confession saya kali ini.

Saya Nor, dan saya nak baca pendapat kalian tentang cerita hidup saya berkaitan jodoh. Maaf jika penulisan saya ini berterabur, tapi Insyaallah korang faham je.

Saya tahun ni sudah menjangkau usia 29. Dan dalam umur ni confirm la kan jodoh dah lambat bak kata orang tua.

Tapi sape je tak nak kahwin kan, jodoh belum sampai nak buat macam mana.

Saya ada partner yang saya namakan sebagai Ahmad. Kami dah berkenalan 2 tahun lebih. Ahmad dah 30 tahun ni, tapi bila bangkitkan isu kahwin, Ahmad jawab belum bersedia.

Bila dengar jawapan macam tu saya dah bersusaha untuk tinggalkan dia untuk beberapa kali, tapi dia tetap cari bila saya senyap, hati perempuan mestilah lembut kan tambah dengan orang kita sayang.

Dipendekkan cerita, saya takde nampak langsung Red Flag tentang Ahmad ni. Dia memang datang dari family baik-baik, saya pernah jumpa dengan family dia.

Tak merokok, solat, hormat orang tua, dengan family tu memang anak yang baik. Tapi memang sepanjang saya kenal Ahmad semua baik-baik.

Malangnya, selepas beberapa kali pertemuan, kami terlanjur beberapa kali, tapi tidak sampai masukkan …….

Betul-betul saya tidak sangka benda ini akan berlaku sebab saya tak pernah buat benda ni.

Tapi ni cerita lama, sekarang saya saya lama tak jumpa dengan Ahmad ni untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Jika Ahmad nak jumpa pon saya akan mengelak dan suruh berjanji tidak akan mengulangi perkara yang saya.

Tapi dia cakap dia tak boleh janji, dan saya mengambil keputusan untuk tak berjumpa terus.

Saya ada lakukan solat taubat agar diampunkan dosa yang lalu. Saya juga betul-betul menyesal sebab berani melakukan perkara terkutuk ni.

Betul lah kalau kita keluar berdua akan ada orang ketiga menghasut.

Dalam solat saya pon sentiasa memohon agar diampunkan dosa yang lalu dan berharap agar Ahmad dibukakan pintu hati untuk berkahwin dengan saya.

Saya hampir setiap malam melakukan solat istikharah tentang jodoh, tapi sampai sekarang saya masih berkawan dengan Ahmad dan tiada calon lain yang datang.

Usia saya pon dah 29 sepatutnya boleh fikir mana baik dan mana buruk.

Saya betul-betul nak kahwin dengan Ahmad sebab dia pon pernah sentuh saya. Tapi dia masih tak mahu kahwin.

Apa perlu saya buat? Hinakah kalau saya jumpa orang lain dan dia tahu saya pernah disentuh lelaki lain?

Atau patutkah saya tunggu Ahmad walau tahu dia tak akan kahwin dengan saya dalam masa terdekat?

– Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *