Patutkah Aku Dihukum

Bismillahirahmanirahim. Takut untuk saya mulakan. Di sini saya nak ceritakan pengalaman yang paling saya tak jangkakan akan berlaku pon dalam hidup saya. Saya rasa ramai yang terkena seperti kes saya ni tapi tak ramai yang tahu.

Lebih kurang tahun 2020 rasanya saya tak pasti dan waktu tu saya tengah sambung diploma.. Saya bukan anak orang yang senang. Jadi selepas habis spm memang saya terus cari kerja cari duit sendiri.

Pada mulanya jadi pengasuh di satu pusat jagaan kanak2, selepas tu jaga kedai baju raya di tesco,

Disebabkan saya dah nak sambung diploma jadi saya berhenti kerja di situ dan cari tempat kerja berdekatan kawasan rumah dan sekolah saya lah untuk saya buat part time iaitu kedai makan.

Jadi setiap hari selpas balik sekolah pukul 3 macam tu terus saya pergi kerja sampailah pukul 12.30 malam. Pada satu hari, ada seorang lelaki di instagram chat saya dan menanyakan saya ‘nak kerja tak ?’ Jadi saya pon terus reply ‘kerja apa tu?’

Saya kalau orang tanya pasal kerja memang saya excited.. Sebab memang saya jenis duit tak harapkan dari mak ayah saya.. Ayah pon kerja sendiri ja.. Kalau yuran diploma semua saya decide untuk bayar sendiri je kalau boleh.. Segan nak mintak dekat ayah.

Ok sambung lepas tu laki tu reply.. dia cakap ‘jadi dropship iphone’ jadi saya teruskan bertanya bagaimana nak kerja dengan dia macam mana semua tu.

Selepas tu dia bagi tahu yang dia buka kedai di indonesia dan ada customer dari malaysia nak beli iphone dari dia tapi tak tahu cara bank in duit ke luar negara.

Jadi saya pon memberi tahu kepadanya bahawa saya pon tak pernah buat macam tu tambahan lagi saya ni orang agak di kawasan pedalaman jadi kurang ada pengetahuan tentang tu.

Kemudian dia pon bagi tahu di kedai-kedai telefon selalunya boleh transfer duit ke luar negara semua.

Pastu dia cakap lagi, ‘kalau awak ingin jadi dropship kami awak tak perlu pon promote iphone tak perlu chat dengan customer.. Awak just tolong bank in duit customer yang nak beli iphone tu ja.. Dan kami akan urus postage semua hantar iphone mereka ke malaysia’..

Jadi saya pon excited lah kerja pon mudah mestilah nak kan. Tapi tulah bodoh lagi tak ambil pengetahuan luar. Saya sedih sebenarnya nak cerita ni sebab saya rasa sangat trauma dengan hidup saya.

Jadi lama kelamaan saya bekerja sebagai dropship dengannya, tiba2 akaun bank saya tak dapat digunakan.. Saya pelik dan hairan kenapa jadi macam tu? Sedangkan kad bank saya ada pada saya, saya yang uruskan duit keluar masuk.

Bila saya pergi ke bank tanyakan tentang masalah akaun bank saya tu, pihak bank ada tanyakan saya awak ada kerja apa2 tak? Saya cakap saya masih lagi belajar saya jugak tengah buat part time di kedai makan dan ada jugak jadi dropship.

Selepas saya cerita tu dia syak akaun bank saya kena report dengan seseorang. Jadi saya tertanya-tanya kenapa di report apa saya buat. Balik pada bank tu saya jadi tak tenang fikir kenapa2.

Jadi saya pon search dekat google dan tiktok semua pasal acc bank kena report ni. Lepastu saya jumpa akaun tiktok sorang abang ni dia explain tentang akaun bank problem sebab scammer. Jadi saya cuba pm dia ceritakan apa yang berlaku.

Abang tu pon cakap mungkin saya dah kena scam. Dia jadikan saya keldai akaun. Apa tu keldai akuan? Haa saya pon first time dengar time tu.

Keldai akaun ni orang gunakan kita untuk jadi orang tengah untuk dia scam orang. Saya langsung tak tahu selama ni saya bekerja dengan scammer..

Jadi orang ii malaysia akan terpedaya dengan membeli iphone dia jual dengan harga yang murah tu. Jadi orang akan bank in duit mereka melalui akaun saya.. Dan saya keluarkan transfer kepada mereka.

Jadi bila jadi kes teraniaya macam ni orang akan report akaun bank mana yang mereka bank in.. Jadi akaun bank saya yang kena.

Selepas tu saya pergi buat report di balai polis yang saya pon teraniaya kena scam jugak. Waktu buat report tu abang polis tu ada cakap nanti ada kena naik turun mahkamah rasanya. Saya dah mula takut waktu tu? Kenapa perlu macam tu?

Selepas saya habis ja diploma saya kerja la pulak dekat kilang tapi gaji saya tak dapat nak ambil sebab takda akaun bank.. Nak buka baru pon tak boleh. Jadi saya buat permohonan keluarkan cash.

Selepas 3 bulan kerja di situ saya dapat pula tawaran sambung belajar di universiti. Saya pon apa lagi gembira bagai nak rak lah.

Tapi dalam kegembiraan saya jugak terfikir macam mna nk smbung belajar kalau acc bank tak boleh guna, macam mana aku nak pinjam ptptn, nak harapkan duit mak abah aku mereka memang tak mampu.

Jadi saya call mak ayah saya tanya macam mana.. Dan saya sedih bila mak ayah saya bergaduh sebab cakap pasal nak jual tanah sebab nak bagi saya smbung belajar..

Tapi abah saya sayang tanah tu, mak saya pulak cakap memang dah tak ada cara lain. Jadi saya pon cakap lah tak yah la sambung.. Sampai diploma pon dah okey.

tapi masing ii tak terkata apa ii.. sebab ayah saya dari dulu harapkan saya masuk U.. dan rasa macam rugi kalau tak terima tawaran sebab ada yang pandai dari aku tapi dia tak dapat. dalam dilema tentang hal tu, tiba2 ada polis call saya.. dia cakap nak jumpa saya.

Hah saya dah mula takut sebab tak pernah an ada kes melibatkan polis ii ni. Lepas tu dia cakap nak bincang macam mana boleh jadi dan semestinyalah mereka nak tolong settle kan kes ni kan.

Jadi saya bagi tau saya ada di mana sekian ii dan mereka pon datang waktu tu dah la saya baru habis kerja shift malam jadinya tak tido lagi lah. Bila saya pergi pada polis tu dia cakap nak bawa saya pergi ke terengganu.

Saya macam terkejut sebentar. Dan saya tanya macam mana family saya tahu tak? Saya dah ketar katir kenapa perlu bawa ke sana. Dan polis tu pon bagitau yang orang yang report acc bank saya tu orang terengganu jadi perlu settle dekat sana.

Selepas tu mereka pon inform kepada ayah saya.. Waktu tu ayah saya di kebun lagi.. Dan ayah pon jawab dengan suara macam nak menangis ya Allah sebak sangat waktu tu sebab dah buat ayah saya risau. Selepas semua dah tau satu family saya risau sangat2.

Selepas sampai di satu balai tu mereka mengarahkan naik van polis tu pulak ya Allah.. Yang paling aku takut ada orang yang kena gari tangan dalam van tu.

Aku dah terfikir aku ni penjenayah ka sampai masuk satu van sekali mereka ni semua laki kot dalam tu aku sorang ja perempuan. Tapi nasiblah aku tak digari.

Yang paling aku tak sangka kan. Sampai ja di sana tiba2 saya di arahkan untuk tukar baju. Aku macam bingung baju apa aku tak bawa baju langsung.

Lepastu tu dia bagi aku baju purple yang orang duduk dalam lokap tu. Saya cam biar betul aku akan pakai baju ni. Dengan seluar singkat tangan singkat. Saya pon tukar tanpa bertanyakan apa2.

Selepas pada tu saya tak expect yang saya akan tido dalam lokap malam tu. Memang menakutkan rasa macam diri ni dah sia-sia sangat sangat tak berguna.. Aku pon terainiaya tapi kenapa aku perlu macam ni.

Fon saya dipegang oleh merekalah. So saya tak dapat contact langsung family saya. Saya cuba nk rahsiakan yang saya tido di lokap malam tu sebab tak mahu family saya risau tapi keesokan harinya saya perlu ke mahkamah.

Jadi untuk ke mahkamah saya perlu digari tangan. Dengan naik lori polis tu. Kenapa la hidup saya diuji macam ni ya Allah.

Esoknya family saya datang jumpa saya di mahkamah. Part paling sedih mak saya menangis teresak esak sampai sampai sukar bernafas tngok saya dalam keadaan digari, ya Allah saya dah hancurkan hati mak ayah saya.

Dan benda first mak tanya bila jumpa saya.. Awak dah makan? Dia risau takut saya tak makan. Saya pura2 kuat time tu cakap, ‘mak orang oke ja benda ni bukan ada apa pon’..

Padahal aku sendiri takut tengok diri aku. Dah la kena bohong dengan orang, kena pulak hukuman cuai ya Allah sumpah saya rasa time tu dunia ni sangat tak adil.. kenapa saya perlu dipersalahkan saya pon teraniaya bukan saya sengaja nak buat.

Jadi selepas family bincang dengan sorang tuan tu dia jugak yang akan umum bahawa saya perlu didenda atau tidak dalam mahkamah tu. Alhamdulillah berkat doa satu family. Saya dibebaskanlah tanpa denda.

Ikutkan saya akan didenda atas kecuaian kerana jadi dropship tu berapa ribu tah. Kalau tak dapat bayar kena dipenjarakan..

Pelik kan dunia ni? Saya pon kurang faham dengan perundangan ni. Tapi saya sangat percaya dengan rancangan Allah. Ini dah tertulis jalan hidup saya.

Dan alhamdulillah saya telah pon sambung degree sekarang dan sedekahkan al-fatihah untuk arwah mak saya yang baru sahaja meninggal dunia selepas beberapa hari saya mendaftar degree.

Saya turut bangga kerana arwah mak saya sempat menghantar anaknya melangkah ke menara gading. So untuk pengajaran semua tolong jangan mudah terpedaya dengan dunia yang penuh scammer.

Balik2 bukan scammer yang kena kita jugak yang kena tanggung derita. Btw acc bank saya sampai sekarang tak boleh guna lagi..

Doakan semoga urusan saya seterusnya dipermudahkan.

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *