Suri Hati Seorang Su4mi

Assalamualaikum buat semua para surirumah di mana saja mereka berada.

Dah selalu sangat baca surirumah yang rasa sayu bila di downgrade, di pandang low class oleh sesetengah golongan yang bekerja ni.

Bukan semua ya, ramai je yang baik-baik & tak memandang rendah pada surirumah.

Dalam ramai-ramai yang memandang sebelah mata, masih ramai je sebenarnya yang mendoakan dan memberi sokongan pada suri-suri.

Suri-suri zaman now pun ramai je yang berbakat & mula ada bisnes sendiri, tak kisah la bisnes online ke atau offline. Bisnes pakaian, makanan dan yang sewaktu dengan nya.

Suri-suri ni sangat kreatif sebenarnya cuma mungkin masih belum terserlah saja bakatnya tu akan belum sampai seru!

Nama je surirumah tapi ramai je yang hidup lebih mewah dari yang bekerja. Pakai cantik2 & ikut trend.

Ada masa vacation dalam Malaysia atau luar negara, sekali sekala makan sedap2 kat luar dengan family. Mampu je beli banyak bag tangan berjenama dan penuh je emas di badan.

Walaupun suri2 tak bekerja makan gaji tiap2 bulan, yang peliknya adik beradik yang bekerja tetap ni pulak bila susah mintak tolong & pinjam dari adik beradik yang surirumah ni.

Bukan pinjam ciput2 tau, pinjam ribu riban. Tak tau la nak cakap apa…

Padahal selalu je dok dengar diorang yang bekerja ni citer naik pangkat la, naik gaji la… bla.. bla, sampai kita yang dengar ni jadi terkesima.

Lagi heran yang menghina dan pandang rendah ni kaum sejenis, sesama perempuan. Tak kira la adik beradik sendiri ke, ipar duai ke, mak mertua ke, wa’ima mak sendiri pun kekadang beza2 kan anak2.

Yang bekerjaya di pandang tinggi, yang suri2 ni dijadikan babuci… sok2 dia sakit yang babuci jugak la yang jaga dia.

Padahal mak sendiri atau mertua tu pun surirumah juga. Yang memandang rendah tu pun bukan ada-ada sangat pun, setakat suam-suam kuku je.

Yang bekerjaya ni memang la bagus, menyumbang kepada ekonomi keluarga… tapi tak payah la acah2 sangat.

Suri-suri pula memang rezeki dapat jaga anak2 sendiri, masak sendiri dapat buat amal ibadah dengan tenang.

Ini semua rezeki tau, sama ada sedar atau tak. Bekerja atau tak, sama-sama kena pandai bahagikan masa dan bijak uruskan masa.

Bukan ke kita sesama wanita sepatutnya saling memahami hati dan perasaan sesama wanita, kan hati wanita tu lembut dan mudah tersentuh.

Syukurlah suri2 yang dapat suami penyayang, rajin bekerja demi menyara keluarga tercinta.

Kita sebagai suri2 hati encik suami sebaik-baiknya selalu mendokan agar suami-suami kita diluaskan rezeki, dipermudahkan urusan mereka dan diberikan kesihatan yang baik.

Mudah-mudahan berkat ihsan suami kita menjadi asbab mereka dapat masuk ke Syurga.

Sebagai suri, kita banyak-banyakkanlah beristighfar dan berselawat dengan harapan supaya dipermudahkan segala urusan hidup kita dan dimewahkan rezeki.

Ada lagi amalan lain seperti solat dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap malam agar terselamat dari kemiskinan.

Mudah2an dibukakan jalan- jalan dan pintu-pintu rezeki untuk suri2 dimana saja berada. Ini pengalaman saya sendiri yang juga seorang suri sejak kelahiran anak kedua.

Pilihan ditangan suri-suri sendiri, nak rasa bahagia atau tidak.

Saya percaya ramai je suri-suri yang bijak diluar sana, bijak mencari cara, bijak mengurus keluarga dan bijak mengurus kewangan, walaupun bab kewangan ni memang payah.

Mudah2an suri-suri diluar sana bahagia hendaknya di samping keluarga tercinta dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin..

– Zaza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *