Perlukah Aku Bertahan?

Assalamualaikum Semua. Nama aku Julia. Tinggal di Lembah Klang dan bekerja. Aku dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, perempuan dan lelaki yang bongsu.

Tahun ni telah memasuki tahun keempat berkahwinan kami. Sejak awal perkahwinan suami dah tunjukkan sikapnya yang sebenar. Memang aku tahu, yang kehidupan sebelum kawin dia memang agak teruk.

Terlibat dalam penjualan dan mengambil dadah juga. Tapi bila diketahui oleh aku, aku cakap tak apa itu masa lalu dan aku berharap dia berubah.

Dia juga terlibat dalam judi online. Awal perkahwinan kami, sampaikan online banking dia pon boleh log in tanpa pengetahuan saya. Saya sedar, saya buka nak check account bank saya dan dah kosong dah duit dalam tu.

Bergaduh besar juga kami, sebabkan perangai dia. Dia mohon maaf dan saya maafkan. Suami saya juga pada awalnya sangat tidak disiplin sampaikan kena buang kerja masa anak sulung saya yang masih kecil.

Dengan saya yang tak kerja, tapi saya meniaga kecil kecilan untuk tampung keluarga kecil saya. Dan dia masih dengan kehidupan dia, tak kerja, suka keluar lewat malam, pagi baru balik ke rumah.

Ditinggalkan saya dengan anak. Sehingga saya mengandung anak kedua saya, sering ditinggalkan pada waktu malam, pagi buta baru balik ke rumah. Bila ditanya, pergi rumah kawan.

Saya pon diam dan tapi saya dh syak perbuatan dia. Saya diam dan cuma selongkar telefon dia tapi saya belum dapatkan bukti yang dia masih terlibat dengan dadah.

Kalau waktu siang pula, suami akan habiskan masa dengan tidur, sampai lah saya mengamuk bising suruh bangun, baru dia akan bangun, itu pun dalam keadaan yang marah sebab saya kejutkan dia.

Mesti tertanya macam mana saya boleh teruskan hidup dengan suami yang tak kerja?

Dia gunakan duit keuntungan judi dia untuk dia terus hidup, saya dan anak pula dapat kan belas ehsan daripada mak mertua dan keluarga saya sendiri. Kadang pampers pon terpaksa mengadu dah habis. Terdesak sangat waktu tu.

Sehingga lah saya dah sarat mengandung anak kedua, suami diterima kerja. Syukur. Lagi 2 minggu saya nak bersalin, suami lapor diri.

Kehidupan kami pon diteruskan, saya masih diamkan diri saya, sabar mengenangkan anak-anak saya.

Tibalah gaji dia yang pertama, saya dapat tahu yang kad bank yang masuk gaji bulan-bulan dia dah serahkan pada ahlong. Dia buat pinjaman ahlong tanpa pengetahuan saya.

Yang saya jadi tahu, ahlong tu cari saya tanya mana suami saya?

Saya tanya suami, kenapa sampai macamni? Sebab dia buat pinjaman pon saya tak tahu dia buat apa dengan duit tu. Barang anak, barang saya, barang rumah saya uruskan sendiri. Belikan hadiah untuk saya? Jauh sekali.

Oh ya, lepas saya bersalin dan lepas pantang, saya dapat kerja dan dengan duit itulah saya teruskan hidup saya. Suami pon minta duit saya yang tak besar mana, dengan alasan nak pinjam. Padahal duit gaji dia memang tak bagi pada saya dan anak- anak.

Saya masih diam. Ada bergaduh juga dan sejak itu dia bagi juga, tapi on-off. Kejap bagi, kejap tak. Dengan alasan tak cukup. Banyak komitmen nak bayar.

Saya pun pelik. Gaji dia lagi besar dari saya, sebab ada OT. Komitmen dia cuma bayar rumah dan barangan anak sahaja. Saya? Upah anak, kereta, bill utiliti, bill telefon saya jelaskan sendiri.

Masih lagi bersabar. Bila saya bawa kes ke mahkamah. Nak tuntut cerai. Dia pujuk dengan kasihan kan anak-anak. Nanti tak berbapa katanya. Tapi hati saya dah lama remuk.

Dia pun semenjak saya bawa kes ke mahkamah dia dah tunjukkan yang dia nak berubah. Saya pon anggap dia betul-betul dah berubah. Komitmen pun dia dah start bayar.

Tapi baru-baru ini, saya dapat selongkar dari dia yang dia buat tambahan pinjaman pada ahlong tersebut yang patut nya dah habis dan dah boleh ambil semula kad bank dia.

Dia extand dan tambah hutang. Duit hutang tu saya tak tahu dia buat apa. Masih cari jawapan sampai sekarang. Dan suami juga menyatakan dia bermain judi online semula selepas desakan saya untuk mengaku kemana duit gaji nya semua.

Sehingga kan saya mendesak suami ambil barang sekali? Dan dia mengganguk, luluh hati saya, saya ingatkan dia betul-betul dah tinggalkan tapi saya yang lebih berharap yang dia boleh berubah tapi tak.

Sehingga kami bergaduh dia menangis konon menyesal dengan perbuatan nya, katanya sebab terpengaruh rakan sekerja. Memang dah lama tinggalkan tapi terpengaruh.

Hingga dia bertaklik, kalau saya dapat tahu lagi yang dia masih dengan perbuatan dia kita berpisah. Saya setuju.

Dan saya buat hitam putih sebagai bukti taklik tersebut sekiranya saya dapat tahu saya bawa perkara ni terus ke mahkamah.

Persoalannya, hati saya dah tawar. Remuk. Dengan dia saya dah tak rasa apa. Apa yang patut saya buat? Saya buntu.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *