Aku Tak Tahu Nak Pilih Pasangan

Salam semua pembaca IIUM Confession dan terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Nama aku Amirah, umur 30 tahun ni.

Cerita dia macam ni, aku tengah mengenali hati budi seorang lelaki ni. Nampak simple kan? Masalahnya, dia bukan orang sini. Dia orang Indonesia.

Sepanjang aku hidup ni kat dating apps jer pernah kena ngorat dengan lelaki melayu. Aku ada jugak crush kat seseorang dekat tempat kerja tapi orang tu macam bagi peluang dekat kawan dia untuk kenal dengan aku.

Masalahnya, kawan dia tu laki orang. Sememangnya bukan kriteria aku. Jadi aku menjauhkan diri dengan keduanya. Sampai sekarang aku masih tak jumpa lelaki melayu.

Ohh lelaki yang dekat dating apps? Mostly gatal dan nak ajak keluar. Aku tak nak laa baru kenal dah nak keluar. Kalau boleh nak kenal lama sikit dalam 6 bulan dulu ke…

Aku memang kalau boleh nak taaruf the right way dan Aku memang jenis yang jaga ikhtilat. Tapi kebanyakan tak sanggup nak tunggu. Aku ni tak der laa buruk pun. Ada laa sikit rupa macam kajol. Hahaha aku anak campuran. Ada darah melayu, India dan Pakistan.

Pakwe pertama aku, aku kenal dekat tempat kerja, orang Nepal. Itu cuma cinta monyet laa. Masa tuu umur pun baru 20 tahun. Kenal masa buat part time. Kejap jer lepas tuu dia balik negara dia dan menghilang. Aku okay jer laa walaupun dia cakap nak kawin. Hurmm hampeh.

Pakwe kedua orang Sabah. Dia muda dua tahun dari aku. Dia okay dan baik. Dia ni budak tahfiz. Dia pun cakap nak kawin. Dia dekat Sabah aku dekat Melaka. LDR laa kitorang. Kawan punya kawan baik-baik sahaja. Tapi dia ni aku tak nampak usaha dia.

Aku dah kerja, dia pulak kerja part time jer jadi setiap kali nak call dia suruh aku yang topup. Mula-mula aku ok jer tapi lama-lama aku suruh laa dia pulak topup. Dia cakap gaji dia kecil tak cukup. Aku cuba faham sebab adik beradik dia ramai.

Tapi dia ni ada lagi satu problem setiap hari ada jer surah dia nak aku baca. Aku faham laa budak tahfiz aku ok jer tapi aku rasa dia ni sebenarnya pandang rendah kat aku sebab muka aku yang nampak kacukan macam mamak ni.

Astaghfirullah… Mesti laa aku tahu mengaji aku Islam bukan atas sijil lahir jer. Sedih aku…

Lama-lama aku terus terang aku tak boleh teruskan hubungan dengan dia sebab dia nak perempuan yang sempurna untuk jadi isteri dia.

Kalau boleh dia nak aku ni berpurdah. Baik tuu baik tapi tolonglah jadi calon suami yang baik dulu. Macam mana aku kenal dia? Dia yang approach aku dekat WhatsApp dulu sebab dia berkenan masa nampak gambar aku dekat Facebook sepupu dia.

Aku dengan sepupu lelaki dia kawan kolej. Habis dari putus beberapa bulan kemudian dia bernikah. Yes, bini dia pakai purdah yer. Hehe

Alhamdulillah tercapai hajat dia. Aku happy untuk dia…

Aku lepas tuu bercinta dengan seorang mamat Indonesia ni. Kitorang berkenalan dekat Facebook masa 2017, couple 3 bulan. Dia serious nak jadikan aku isteri dia.

Masa ni dia masih dekat Indonesia. Aku pun tanya laa mak aku boleh tak aku nak kawin dengan this guy. Mak aku tak setuju.

Mak aku cakap, “nanti apa pulak orang cakap. Mak kawin dengan Pakistan, anak kawin dengan Indonesia. Lagi pun mak tak berkenan. Cari laa orang sini. Tuu kawan kau si Adam tuu nak ko tak nak pulak.” Aku terdiam. Aku pun putuskan hubungan dengan mamat Indonesia ni.

Nama dia Faiz. Aku anak sulung dan aku dah niat nak kawin dengan restu orang tua. Aku nangis masa putus tuu sebab Aku ingat ini hubungan yang akan menjadi dan aku yakin dengan Faiz.

Oleh kerana mak beriya sangat nak bermenantukan Adam, aku pun jadi perigi cari timba. Aku WhatsApp Adam bagitahu yang aku nak kawin dengan dia.

Adam terkejut. Dia cakap “betul ke? Apa alasan kau nak kawin dengan aku? Sebelum ni kau macam tak suka aku jer?”

Aku jawab “betul aku nak kawin dengan kau.” Aku dah niat nak terima Adam setelah aku move on dari Faiz. Adam pun setuju nakkan aku walaupun kadang dia selalu ungkit yang dia confuse.

Aku hari-hari usaha nak selamatkan hubungan ni sampai ke pelaminan. Fast forward rupanya Adam ni lain sangat watak dia bila aku dah jadi makwe dia versus masa aku kawan dia.

Baru keluar perangai sebenar dia. Dia ni sifat dia sangat narcissistic. Takkan minta maaf bila dia sakitkan hati aku. Baru lima bulan dengan dia, banyak kali aku nangis sebab hurtful chat dari dia. Pernah dia tanya nak duit hantaran berapa.

Aku cakap laa RM10K. Dia reply “uishh saya ingat 5k jer sebab kan tengah covid ni. Tahu tak duit tuu untuk apa jer?” I was too stunned to reply. But I reply “iyer laa tapi awakkan tak nak nikah dalam masa terdekat.

Kita memang plan nak buat kecil-kecilan baki duit nanti boleh buat bayar deposit rumah dan barang rumah.” Dia balas “saya ingatkan dalam 5k jer. Kalau share boleh?” Terkejut aku… Aku pun tanya laa kawan yang dah kawin, kalau duit hantaran share tuu macam mana?.

Kawan aku cakap boleh share tapi lebih dekat lelaki. Yang perempuan tambah laa mana tak cukup. Aku pun reply dekat Adam “ok, boleh share.” Tapi lepas tuu dia macam hambar macam berat jer aku minta RM10K tuu. Macam tak ikhlas pun ada.

Adam anak bongsu. Duduk dengan abang dia, mak ayah dah meninggal dan aku tahu duit dia sebenarnya cukup. Dia tak ada komitmen lain kecuali bill telefon. So the moment dia hesitated tuu aku nangis lagi.

Sedih sangat. Macam aku seorang nak kawin. Adam belajar sampai spm dan aku sampai diploma. Ni info tambahan yer… Hahahaha

Lagi perangai Adam yang Aku tak suka dia suka kawal hidup aku.

Beli makanan kat food panda dia cakap aku malas masak, tidur lambat dia marah, reply chat lambat kena marah, lambat bangun masa weekend kena bebel, kalau dia tanya aku dah mandi ke belom dan jawapan aku belom dia label aku malas jugak dan etc.

Tapi kalau dia, semua boleh. Sakit jiwa aku ada pakwe yang acah perfect ni. Last-last aku yang mintak putus sebab aku sedar aku tak pernah bahagia dengan Adam.

Mak aku? Dia laa yang terpaling heart broken. Tapi lepas aku explain mak aku okay dah. Kadang-kadang jer ungkit pasal menantu tak jadi dia tuu.

Adam dan aku jadi kawan balik like nothing happen tapi kadang ada jugak dia post lagu jiwang. Sorry Adam nasi dah jadi bubur. Saya dah bagi awak peluang tapi awak selalu buat saya nangis. Aku sedih jugak tapi aku tak sanggup tiap hari ada jer benda tak kena dan kena marah.

Serik nak nangis untuk pasangan yang tak tahu menghargai…

Sekarang? Aku tengah kenal budi dengan lelaki Indonesia yang sama 6 tahun lepas tadi tuu, Faiz. Dia dah datang Malaysia sekarang.

Kitorang lama lost contact. Tiba-tiba dia chat aku balik dekat Facebook. Dia cakap dia betul-betul nak jadikan aku isteri. Jadi aku pun bercakap hati ke hati dengan mak aku. Aku cuba pujuk mak aku.

Mak aku lembut hati dan bolehkan aku bercinta dengan Faiz. Kitorang masih LDR. Dia kerja dekat KL dan aku dekat Melaka. Kitorang plan bulan 6 ni nak jumpa face to face untuk kali pertamanya, tunang dan nikah tahun depan.

Doakan laa yer. Aku sebenarnya kadang masih ragu, masih takut. Bulan puasa nanti aku nak buat solat istikharah. Mak aku, adakalanya bila nampak aku tengah cakap dalam telefon, mukanya masam. Aku tahu dia masih berat hati.

Mak, Amirah janji Amirah buat yang terbaik dan Amirah serahkan pada Allah di jawapan istikharah Amirah kelak. Korang tolonglah doakan saya.

Kalau bukan Faiz, doakan laa saya dapat jodoh orang Malaysia.

Sejujurnya saya pun takut. Takut nak ikut suami balik duduk negara dia. Saya tak pernah berjauhan dengan mak. Doakan saya untuk dapat jodoh yang tepat yer.

Terima kasih…

– Amirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *