Mencintai Secara Diam-Diam

Assalamualaikum…nama saya Izzue (nama samaran), umur sudah masuk 29 tahun. Saya bekerja di sebuah kilang di Johor sebagai Production Specialist. Saya sudah bekerja selama 1 tahun lebih di sini.

Niat saya merantau di negeri orang adalah semata-mata untuk mencari rezeki.

Tidak pernah terdetik sedikit pun di hati saya untuk mengenal seseorang mahupun bercinta kerana sebelum ni saya pernah gagal dalam bercinta yang membuatkan saya jadi takut untuk memulai sesuatu perhubungan.

Disebabkan itu saya lebih suka berkawan dengan sesiapa pun tanpa ada sebarang perasaan. Selama saya bekerja 1 tahun pertama, saya tidak pernah mempunyai perasaan dekat mana-mana rakan-rakan sekerja.

Masuk sahaja bulan seterusnya saya ada ternampak beberapa kali seorang perempuan ni namanya Anis (bukan nama sebenar) sering kali balik kerja sedikit lambat kerana dia menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

Dalam hati saya, bagus perempuan ni.

Pada keesokkan harinya saat saya masuk kerja, saya mendapati Anis bekerja dekat dengan tempat saya bekerja cuma Supervisor kami yang berbeza.

Sejak dari hari itu saya selalu memerhatikan Anis dari jauh kerana saya seorang yang pemalu lebih-lebih lagi untuk menegur bukan berkaitan kerja.

Jarang untuk saya mengambil tahu tentang seseorang sejak mula-mula masuk bekerja di sini.

Banyak perkara yang membuatkan saya makin tertarik dengan Anis seperti dia seorang pendiam, selalu pakai seluar yang longgar, baju yang besar, pandai menjaga dirinya saat lelaki-lelaki lain cuba dekat-dekat dengan dia, pasti dia jarakkan diri & kurang bercakap dengan lelaki.

Pada suatu hari, saya mendapati ada seorang rakan perempuan saya mengetahui yang saya suka kan Anis.

Dia menasihati saya untuk menegur Anis sekali sekala tetapi saya menolak kerana melihat dia seorang yang pendiam. Bagi saya, ada jodoh, ada lah walaupun kita kena juga berusaha, huhu.

Tanpa saya sedari rakan saya telah memberitahu Anis yang saya meminati dia. Saya apa lagi, terus mengelabah & berpeluh sepanjang hari walaupun bekerja dalam penghawa dingin. Rakan saya memberitahu saya yang Anis sudah tahu.

Semasa dia memberitahu Anis tentang saya suka kan dia, Anis hanya tersenyum & dia pernah ternampak saya, cuma dia tak tahu nama saya.

Dalam hati saya, “habis lah… mati laa…”. Rasa nak tukar department pun ada kerana malu kalau-kalau terserempak dengan dia lagi.

Sejak dari hari itu, saya sering kali terserempak dengan Anis, tetapi dia tidak pernah mengelak dari saya. Saya pula yang selalu larikan diri.

Lucu bila ingat balik. Tapi apa yang peliknya, saya merasakan lebih kerap saya terserempak dengan Anis saat menaiki tangga, saat pergi ke Cafe, saat beratur, saat mencuci tangan di sinki, terlalu banyak.

Saya merasakan Anis seperti sengaja mendekati saya supaya saya menegur dia. Maklumlah sama-sama malu…huhu.

Pernah satu kali semasa beratur, Anis betul-betul dibelakang saya. Semasa dia berborak dengan rakan dia, saya seperti cam dengan suara itu.

Apabila saya menoleh, saya melihat Anis ada dibelakang saya, nasib baik pada saat itu dia tengah fokus bercakap dengan kawan dia.

Pada hari-hari seterusnya saya merasakan sedikit bersemangat untuk menegur Anis. Dalam hati saya, “kalau jumpa Anis, aku mesti sapa dia, mesti”.

Sebelum masuk kerja, rakan perempuan saya yang tahu saya sukakan Anis datang memberitahu saya yang Anis sebenarnya sudah bertunang.

Sudah lama bertunang tetapi tunang dia sedikit bermasalah kerana kerap kali ditangkap curang “whatsapp” dengan bekas teman wanita.

Walaubagaimanapun, mereka masih bertunang. Disebabkan ini, saya mulai menjauh dari Anis. Kalau terjumpa dia, saya akan tundukkan kepala kerana saya menghormati dia sudah menjadi hak milik orang lain.

Mungkin kerana sudah lama saya tidak terserempak dengan dia.

Tiba-tiba suatu hari Anis datang di belakang tempat saya bekerja untuk mengambil barang. Selalunya orang lain yang datang ambil, tapi kali ini Anis sendiri yang datang.

Bayangkan dalam 15 orang dekat kawasan tu Anis datang dekat saya tanya dimana dia boleh dapatkan barang ini sambil tunjukkan maklumat barang yang dia mahu. Terkejut saya sampai berpeluh tiba-tiba.

Saya lihat Anis tengok je muka saya lama-lama, lagi bertambah kekok saya. Selepas dia beredar, kawan saya datang cakap yang macam mana saya boleh bercakap dengan Anis.

Saya sendiri tidak tahu & tidak “expect” benda macam ni boleh berlaku. Saya tetap dengan pendirian saya yang dia adalah tunang orang, selagi status tunang masih ada walaupun ada masalah, saya tiada hak untuk mengganggu.

Nak dijadikan cerita, suatu hari syarikat saya mengumumkan yang syarikat kedua mereka memerlukan beberapa orang lama untuk bekerja di situ & nama saya termasuk sekali untuk ditukar ke tempat baru. Agak sedih kerana sudah kenal ramai rakan-rakan.

Ramai yang tahu saya akan dipindahkan begitu juga Anis. Pada hari terakhir saya bekerja, seharian saya tidak terserempak dengan Anis. Dalam hati, ada juga keinginan untuk mengucap selamat tinggal, tapi apa kan daya, itu hak orang.

Semasa keluar, saat saya menuju ke locker saya, saya mendapati Anis berada betul-betul depan locker saya. Semasa saya mendekati dia, dia ucapkan “Haii” saya pun “Haii Anis”. Dia tanya saya sama ada saya jadi pergi ke tidak ke tempat baru tu.

Saya cakap saya jadi pergi, & saya tambah sedikit ayat kat belakang “nanti tak boleh jumpa dah awak” dengan nada bergurau.

Dia tunduk macam sedih tapi saya tak pasti sebab pakai mask. Dia ucap selamat jalan & jaga diri baik-baik. Saya pun “awak pun sama lah”. Dia pun terus pergi locker dia & saya terus kemas-kemas barang balik.

Sekarang saya bekerja di tempat baru, sudah 2 bulan tiada khabar berita tentang Anis. Saya beranggapan tiada jodoh.

Saya sentiasa berfikiran positif, kalau Allah dah tetapkan dia jodoh saya, ada lah tu. Doakan yang baik-baik & semoga saya dipertemukan dengan orang yang baik-baik… aamiin… :)

– Izzue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *