Sahabat Yang Telah Melupakanku

Assalammualaikum Reader semua. Harap kalian dalam keadaan sihat berada dalam keadaan yang kalian suka dan bersama dengan orang-orang yang kalian suka.

Sedikit pengenalan diriku. Nama Samaran ku Lily. Perempuan, belum berkahwin. Bekerja sektor awam. Perwatakan simple dan seorang yang introvet.

Sahabat yang melupakanku.

Seperti tajuk yang inginku cerita berkenaan sahabatku yang semakin melupakanku. Aku namakan Sahahatku ini Lisa, juga bukan nama sebenar.

Sejujurnya aku seorang yang susah nak berkawan rapat dengan mana-mana orang. Aku seorang yang ramah tapi kawan-kawanku hanya terbatas hal kerja je.

Entah. Feel nak ada bff tu dah lama terkubur selepas ditinggalkan dan dikhianat bff zaman sekolah dulu hahaha.

Kawan-kawan sepejabatku setiap kali masa lunch atau lepas waktu kerja selalu mengajakku food hunting, shopping atau lepak..

Tapi aku lebih selesa memilih balik rumah waktu rehat atau memberi alasan sebab takde rasa nak bersosial.

Ada masanya aku terima ajakan mereka sebab dah selalu bagi alasan kena jugak jaga hati kawan-kawan betul tak?

Tapi berlainan dengan sahabat ku Lisa. Aku kenal Lisa ni kebetulan dalam train dia duduk disebelahku sementara menunggu sampai station masing-masing.

Kami berbual dan sempat bertukar no hp. Kami mula berhubung.

Kebetulan Lisa bekerja satu bangunan denganku cuma tingkat dan jabatan yang berbeza.

Kami mula rapat dan selalu keluar meluang masa bersama hampir setiap hari kami berjumpa untuk lunch atau lepak lepas waktu kerja. Setiap kali ajakan berjumpa dari Lisa aku pasti menemaninya.

Barulah aku sedar aku bukan tak nak ada bff atau tak suka berkawan. Tapi aku perlukan orang yang selesa untuk berkawan rapat.

Lisa seorang yang baik tidak berkira aku amat bersyukur berkenalan dengannya tika itu. Kami saling menemani lebih-lebih lagi bekerja di Ibu kota jauh dari keluarga.

Setelah aku pindah kerja ke negeriku, kami masih lagi rapat berhubung setiap hari jika bukan aku pasti Lisa akan memulakan call setiap hari bertanya khabar dan berkongsi cerita harian.

Pada tahun lepas aku amat gembira akhirnya sahabatku ini bertemu jodohnya. Dan Lisa juga dapat bertukar tempat kerja berdekatan negerinya. Namun masih PJJ dengan suaminya.

Sejak bertukar tempat kerja Lisa mula jarang menghubungiku.

Sesekali aku menghubungi Lisa namun responnya amat lambat kadang tidak berbalas. Katanya di tempat kerja barunya terlalu sibuk.

Aku merasa kehilangan sahabatku lebih-lebih lagu bila aku melihat IG storynya selalu keluar bersama kawan baru di tempat kerjanya. Aku merasakan dia hanya memberi alasan.

Aku ingin meminta pandangan semua. Setelah masuk tahun ke 4 persahabatan kami, perlu ke aku block Medsos Lisa supaya aku tidak lagi berharap dengan sahabatku yang telah berubah melupakan aku?

Kerana hanya itu yang aku fikirkan terbaik untuk menjaga hatiku sendiri.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *