Perjalanan Hidup Aku

Hi Assalamualaikum, nama aku Fathia. Tujuan aku menulis confession ini hanya ingin berkongsi dan bercerita tentang kehidupan aku. Dan mungkin ingin mendapat sedikit nasihat dari pembaca tegar IIUM Confession.

Cerita ini agak panjang dan penghujungnya ada keajaiban (bagi aku lah).

Setelah tamat praktikal. Aku mula mencari kerja. Kos yang aku belajar di Universiti sebenarnya luas dalam bidang pekerjaan kerana hanya melibatkan teori. Aku tinggal di kawasan para perantau datang untuk bekerja.

Setelah penat meronda mencari dan ditemuduga. Aku dan kawanku telah mendapat tawaran sebagai kerani di sebuah kilang. Kilangnya tidaklah besar tetapi kebanyakkan barang dieksport ke luar negara dan produk-produk mereka memang kita kenal.

Ramai orang disitu berkata kami untung kerana diterima bersama. Disebabkan jarang syarikat nak menerima jika kita datang bersama kawan. Setelah sebulan bekerja, kawanku berhenti. Tidak tahan dengan orang di departmentnya.

Di tempatnya itu memang orang selalu bertukar. Setelah puas memujuk, dia tetap tegas dengan keputusannya. Dan mengajak aku. Tapi aku?

Di tempat aku semuanya okay. Orang di department aku semuanya baik.

Walaupun aku seorang sahaja perempuan mereka melayan aku seperti adik bongsu mereka. Kadang-kadang seperti anak. Aku pilih untuk teruskan bekerja disitu.

Setelah hampir setahun bekerja disitu, aku mula rasa ingin bertukar kerja. Tapi ramai kata aku gila. Yelah. Dapat company, waktu kerja fleksibel. Janji cukup 8.5 jam di office. Datang lambat gaji tidak dipotong. Janji jangan lupa isi borang kedatangan dan alasan yang kukuh.

Actually, aku beruntung disebabkan department aku mempunyai manager yang sporting. Mengambil halfday, EL, AL sangat mudah. Mudah saja beri tandatangan. Walaupun berlainan bangsa ©. Dan majoriti orang di department aku berlainan kaum & mempunyai beberapa foreigner.

Jika dia melihat kami melepak bersembang. Tidak pernah marah. Janji kerja siap dan tidak dilihat oleh bos besar. Dia pernah beritahu pada kami bahawa dia pun mula kerja dari bawah jadi dia faham dengan keadaan kami bila tiada kerja. Kami pun selalunya akan siapkan kerja dahulu.

Tapi hampir setahun aku disitu, manager aku pun berhenti. Akibat pressure dari bos atasan. Walaupun mereka bangsa yang sama. Tiada istilah kita jaga orang kita. Sifat individu sebenarnya.

Sebelum manager aku berhenti, dia memberi aku surat untuk aku sign sebagai pekerja permanent. Dia bertanya okay atau tidak kerja disini. Aku hanya menjawab semua okay. Dia memberitahu aku untuk naikkan gaji aku 100.

Aku hanya berseloroh untuk naikkan lagi 100. Dengan alasan minyak motor ulang alik datang kerja. Dia ketawa kerana dia tahu rumah aku dan tempat kerja hanya 10 minit.

Dia bersetuju dan menambah lagi RM50. Jadi total kenaikkan gaji aku selepas tetap RM250. Waktu itu, aku bersyukur sangat.

Pada 3 bulan pertama bekerja aku seperti ribut taufan. Kesana kesini nak catch up benda baru. Disebabkan aku hanya sempat belajar beberapa hari sahaja dengan staff lama. Dia sudah berhenti untuk bekerja di tempat baharu. Dia juga antara orang lama bekerja disitu hampir 10 tahun.

Rata-rata orang department aku semua mampu bertahan lama kecuali manager. Selepas bulan ke 4, aku mula lesu & lemau. Manakan tidak, masuk kerja pukul 8 pagi, pukul 10 pagi sudah selesai. Aku cuba lambat siapkan kerja. Tetapi hanya bertahan seminggu. Kerana sudah terbiasa buat kerja.

Kawan? Aku seorang introvert, jadi aku tak berminat untuk berkawan dengan perempuan di department lain. Entah, aku cuma fikir tak mahu bercampur.

Malas. Takut ada gosip-gosip yang tak sedap didengar. Aku hanya berkawan dengan lelaki di department aku. Kadang kala mereka suruh juga aku bercampur dengan perempuan di department lain.

Disebabkan skop kerja aku juga perlu mengambil kedatangan pekerja dan meminta untuk membelikan barang (PR), aku juga boleh dikatakan agak NGAM dengan HR & purchaser.

Walaupun berlainan bangsa. Tidak pernah dilayan buruk. Kadangkala dengar perbualan antara mereka, aku hanya berfikiran positif sahaja.

Kalau aku sudah selesai kerja. Aku akan pergi melihat orang department aku buat kerja. Kadang kala melepak sorang-sorang di “sarang ular”. Kadang kala pergi meronda memerhati mereka membaiki mesin. Sedikit sebanyak ada juga ilmu yang aku pelajari.

Hampir setiap hari memikir, jadi aku membuat keputusan untuk berhenti. Ada yang nasihat cari kerja dahulu. Tapi disebabkan aku sudah mendapat jawatan tetap (permanent). Notis berhenti aku selama 6 minggu.

Jadi rata-rata aku pernah pergi temuduga. Tidak mampu untuk tunggu tempoh itu. Tanpa berfikir panjang. Laju sahaja tangan menaip surat berhenti. Tanpa ada sebarang pekerjaaan lain. Kerja gila!

Manusia dekat luar sana berlumba-lumba mencari kerja. Aku sebagai fresh graduated mendapat gaji permulaan disitu agak lumayan. Senang-senang sahaja berhenti.

Tinggal lagi seminggu aku perlu bekerja, aku mula gelabah kerana tidak mempunyai kerja lain, puas aku mencari. Tidak ada yang memanggil. Mungkin mereka melihat di dalam resume aku hanya setahun bekerja dah mula mencari kerja baru.

Syarikat itu juga telah berjaya mencari orang untuk gantikan aku. Sepanjang 6 minggu. Macam-macam aku berfikir. Kadang ada rasa menyesal, kadang rasa sayang untuk tinggalkan orang department aku. Yelah. Mereka jenis tidak berkira. Ada masalah apa apa. Mereka selalu tolong.

Aku juga rapat dengan Uncle-uncle disitu. Setiap pagi tanya aku sudah makan atau belum, jika belum pasti mereka mengajak dan belanja roti atau kuih di kantin kilang. Kerja pun tiada yang pressure.

Semasa berita aku untuk berhenti tersebar, ramai bertanya kenapa mahu berhenti. Tempat akulah paling seronok. Orang dari department lain juga tanya benda yang sama. Jauh sudut hati, aku mula rasa keputusan yang aku buat tak betul.

Macam-macam bermain di fikiran. Tapi aku cuba positifkan diri, aku masih muda. Banyak benda yang aku perlu belajar lagi. Disini pun banyak juga aku sudah belajar tetapi makin lama. Otak aku makin lesu & tepu.

Mungkin setiap orang berbeza pendapat. Ada yang kata gaji okay, orang okay, kerja okay tak banyak. Banyak duduk saja. Setengah orang selesa begitu. Tapi aku? Mudah bosan untuk skop kerja yang tidak berapa luas.

Setelah notis hari terakhir aku, aku masih tidak mendapat kerja. Pelbagai portal kerja kosong aku mengisi. Mungkin aku berhenti bukan waktu yang sesuai untuk pengambilan pekerja baru.

Sebulan telah berlalu, kehidupan aku hanya menolong ibuku dirumah. Memasak, mencuci baju dan lain-lain kerja rumah. Kadang kala malu juga jika ada saudara datang dan melihat aku dirumah pasti ada soalan “tak kerja ke? Bila nak kerja? Dah dapat kerja ke”. Aku hanya mampu tersenyum.

Bukan tidak cuba. Waktu itu, aku hanya positifkan diri isi sahaja semua jawatan yang ada. Guru taska, tadika, operator dan kerani. Semua jawatan itu aku pernah bekerja partime&fulltime.

Kadangkala terdetik dalam hati “itulah tak bersyukur. Dapat kerja okay. Berhenti. Tapi aku tahu mesti ada rezeki aku di tempat lain”.

Tiba bulan kelahiranku, dengan baki gaji yang ada. (Baki gaji selebihnya aku telah menyimpan) Terdetik dalam hati membuat goodies birthday untuk beri pada budak-budak di kawasan perumahanku. Disebabkan waktu kecil aku, tidak pernah merasa untuk membuat seperti itu.

Selalunya hanya sambutan sebiji kek bersama keluarga sahaja. Jadi setelah memborong beberapa jajan/gula-gula. Cukup semuanya ada (24) beg goodies.

Semasa packing goodies tu, tak henti henti dalam hati aku berdetik “besar pahala gembirakan hati budak-budak. Nanti diorang boleh doakan untuk aku” sambil terbayang wajah gelak ketawa mereka. Pada petang hari lahirku, aku beri pada mereka.

Esoknya aku pergi ke temuduga sebuah kilang, dan dia bertanya jika aku boleh terima gaji seperti yang disebut.

Basic tersebut sebenarnya kurang dari gaji aku yang sebelum ni. Aku hanya berkata “kalau boleh saya nak seperti basic lama saya tapi jika tidak boleh. Saya terima sahaja”.

Sebelum mengisi jawatan ini pun, aku sudah baca gaji yang telah di iklan. Dan sebenarnya kurang dengan gaji aku sebelum ini. Dia hanya menjawab okay dan akan berbincang dengan bos atasan.

Setelah beberapa hari tiada khabar berita. Aku menganggap tidak dapat kerana demand pada gaji yang agak tinggi ketika mengisi borang.

Dan sambil aku skrol tiktok. Banyak yang keluar fyp tentang kerja. Tiktokers menceritakan permulaan kerja mereka. Ada yang dari kerja guard, kemudian operator dan akhirnya menjadi polis.

Ada yang kerja fnb kemudian beberapa dugaan dan akhirnya menjadi seorang guru. Jadi terdetik dihati aku, ini semua perjalanan hidup.

Setiap orang akan alami pertukaran kerja. Ada sebab bila Allah sudah letak kita dekat jalan macamni. Jika difikirkan kembali sepanjang aku dirumah, aku dapat menolong ibuku walaupun tidak banyak.

Tapi ada. Bantu memasak. Walaupun kadang kala fikiran kusut setiap malam. Risau jika tidak mendapat kerja. Ada komitmen yang perlu aku bayar dan target 2023 yang perlu dicapai.

Pada suatu petang, aku mendapat satu mesej dari whatsApp. Dia memperkenalkan diri orang yang menemuduga aku pada tempoh hari. Dan dia menyatakan bahawa menawarkan gaji seperti yang aku isi di bahagian “expected salary”.

Sebenarnya aku telah mengisi amaun tinggi sedikit pada gaji sebelum ini. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. Dan aku melihat tarikh pada hari itu merupakan 24hb dan masih dalam bulan kelahiranku.

Skop kerja yang diberitahu juga merupakan kerja yang aku inginkan. Betullah orang cakap, keajaiban bila kita bersedekah dan bersangka baik pada Allah. Allah bayar on the spot.

Bila terfikir tentang 24 diberi 24 ni. Tiba-tiba aku teringat dulu sewaktu zaman belajar. Disebabkan beberapa perkara tak dapat dielak. Aku membayar duit COD sebanyak RM7. Pada ketika itu aku hanya niat untuk menolong.

Dan hari yang sama aku keluar bersama sahabatku. Dia mengajakku untuk membeli air tealive. Tapi disebabkan kekurangan duit kerana membayar cod tadi. Aku hanya menyuruh dia saja membeli. Tiba-tiba dia berkata ingin belanja ku.

Dia bertanya aku ingin memesan air apa. Disebabkan dia yang belanja. Jadi aku hanya menyuruh dia saja memilih. Jadi setelah mendapat air tersebut aku bertanyakan harga, yelah takut mahal pula. Dan dia menunjukkan resit air itu berharga “RM 7”. 7 dibalas 7.

Doakan aku selesa dan dapat bertahan di tempat baru. Setiap hari aku berdoa semoga tempat kerja yang aku dapat baik untuk diri aku, keluarga aku, kehidupan dunia dan akhirat aku.

Aku doakan untuk orang yang tengah struggle cari kerja. Percaya satu jaa. Rezeki kita ada dimana mana. Selalu husnuzon. Selalulah detik dalam hati perkara yang baik-baik. Walaupun kadang susah juga. Teruskan usaha okay.

– Fathia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *