Tentang Hidup

Assalamualaikum wbt.

Sempena hari Jumaat harini, tak taulah kenapa aku terpanggil sangat nak share apa apa yang bermanfaat untuk pembaca semua yang aku harap dapat berikan manfaat untuk aku dan korang dunia akhirat.

Lately ni, macam macam jenis curahan yang aku dah baca. Ada yang sempat aku bagi nasihat dari hati. Ada yang mampu baca sahaja.

Sahabat semua, walau siapa pun kalian aku pasti, mesti ada ujian, cabaran ataupun dugaan samada kecik ataupun besar yang kalian sedang hadapi.

Begitu jugak aku. Selama 30tahun lebih aku diberi hidup dari Allah, baru sekarang aku merasakan hidup sebenar benar hidup.

Apa makna hidup? Kenapa aku hidup? Di mana akhirnya kehidupan ini? Aku hidup untuk dunia atau akhirat? Apa aku perlu buat di dunia ni? Apakah aku bersedia ke alam seterusnya?

Aku selalu membincangkan perkara ni dengan suami aku. Ni topik2 yang kami suka selam dan huraikan supaya kami sentiasa sedar untuk apa kita hidup di dunia ni.

Sahabat semua, tenanglah walau apa ujian pun yang mendatang. Kerana ujian yang datang ni menunjukkan Allah sentiasa letakkan kita dalam perhatian Dia.

Bertuah kan kita?

Hidup ni hanya perlu ada 3 bekalan. Yakin, Sabar dan Lepaskan. Yakin bermakna, dalam apa jua keadaan yakinlah Allah tak pernah tinggalkan kita. Dia sentiasa memegang kataNya bahawa Dia sentiasa ada bersama2 kita.

Masih ingat siapakah yang beri kita makan sewaktu kita di dalam rahim ibu kita? Allah kan.

Masih ingat sewaktu kita dah kehabisan duit, makanan, tapi perut kita masih terisi. Ntah dari mana rezeki tu datang di hadapan kita. Siapa lagi yang kirimkan jika bukan Allah yang menyayangi kita.

Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Semuanya dalam pengetahuan Allah kerana dia yang menciptakan kita. Dia sayangkan kita lebih lagi dari seorang ibu menyayangi anaknya.

Bagaimana pula dengan Sabar? Sabar ini paling unik. Mudah disebut, tapi paling sukar untuk buat. Kerana itu, Sabar ini paling tinggi nilainya.

“Mintalah kepada Allah dengan jalan “Sabar” dan mengerjakan “Solat”.

Nampak tak Allah suruh sabar dulu? Kenapa? Sebab Dia akan selesaikan.

Tapi tak boleh nak sabarlah. Kita ni sebagai hamba nak cepat. Nak cepat selesai masalah kita bagaikan kita ni tuan.

Maka “Hamba”kah kita mengarah Tuhan kita untuk cepat?

Aku pun selalu gagal dalam bersabar. Tapi yang aku dapat hasilnya, bila aku sabar, jalan yang Allah berikan tu pasti tepat dan terbaik.

Tapi bila aku cuba selesaikan sendiri, aku rasa tunggu2 ni lambat. Tindakan aku yang tak reti sabar tu pasti salah. Jadi kacau bilau akhirnya.

Jadi barulah aku faham kenapa sabar tu jalan yang betul. Sebab jawapan pada sabar ni akan berlaku pada waktu yang betul dan cara yang betul dengan kehendak Allah bukan kehendak kita.

Dan yang terakhir, Lepaskan. Seperti yang aku katakan tadi, hidup ini tentang takdir. Adakah kita yang menentukan segalanya dalam hidup kita?

Cuba sahabat semua fikirkan. Hidup ini tiada kebetulan. Semuanya dalam rancangan dan pengetahuan Allah.

Pernah tak dah keluar rumah, tiba2 barang tertinggal? Dalam redo atau marah kena patah balik. Siapa yang merancang takdir ini berlaku?

Pastinya Allah tuhan yang satu. Lepaskan segala masalah, keresahan, buntu pada tangan Allah yang mampu merubah segalanya. Sedangkan kita tak mampu mengubah apa pun.

Tenanglah semua. Hidup ini tentang mati. Hidup ini untuk mati. Kita hanya melalui hidup di fasa dunia ini. Kemudian mati untuk dihidupkan semula di alam seterusnya.

Yakin Allah ada bersama kita. Allah pasti ada. Pasti ada. Dia yang hadirkan ujian sebagai rahmat dan kasih sayangNya, dia juga akan berikan penawarnya.

Bagi setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, pandanglah kasih sayang Allah yang pertama walaupun bukan dalam kegemaran kita.

Tapi yang Allah hadirkan dan takdirkan takkan pernah buruk dan salah untuk kita.

– Abadi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *