Kenapa Dengan Aku?

Assalamualaikum wbt semua.

Panggil aku Cinta. Aku berumur 30-an dan masih bujang. Pernah bercinta, pernah putus, pernah diminati, pernah meminati, tapi end up masih single hingga ke hari ini.

Rupa? Hmm aku rate diri aku 7/10. Haha. Tapi pada pandangan mata orang, aku rasa hanya 5/10. Sebab aku gemuk.

Peribadi? To be honest, I would marry someone like me. At least me, kalau dapat better lagi baguslah.

Bukan narcissistic. Tapi aku rasa semua orang kena ada standard diri sendiri sebagai bare minimum untuk urusan jodoh. So that kita berusaha perbaiki diri, if we want the best. Just my two cents.

Aku bekerja tetap dengan pendapatan yang alhamdulillah, sentiasa cemerlang dalam hidup, countless pencapaian— ringkasnya, if I put my mind to it, insyaAllah I will get it.

Tapi…. hidup ini tak sempurna kan. Ada dua perkara yang aku tak reti nak buat dalam hidup ni. Pertama, berkawan. Kedua, berpasangan. Kedua-dua ni melibatkan hubungan dengan manusia.

Aku ni peramah orangnya. Sangat jarang orang label sombong. Tetapi, hanya setakat itu. Aku tak ada deep relationship dengan sesiapa. Aku tak reti build further communication dengan orang.

Aku tak reti deep talk, tak reti jadi fragile depan orang, tak reti nak tunjuk aku vulnerable, tak pandai tunjuk sisi lemah aku.

Akibatnya, walaupun ramai nak mula berkawan dengan aku, lepas lama-lama aku perasan, mereka seperti berhenti di pertengahan, tak dapat memecahkan tembok yang aku bina di sekelilingku. Lalu mereka pergi.

Contohnya, aku boleh jadi kawan rapat dengan seseorang di tempat A,

Tapi sejurus aku meninggalkan tempat A tak kisah la berubah tempat belajar atau kerja, maka hilanglah segala relationship aku dengan sesiapa yang aku pernah berkawan di tempat tersebut.

Aku tak reti nak maintain relationship dengan someone bila tak bertemu selalu.

I don’t fancy dates, keluar lepak, whatsapp tanya khabar, video call, dengan orang yang bukan berada di tempat sama denganku berada sekarang dah. I think that’s my major problem.

Orang mungkin kata kawan lupa kawan lah. But I just don’t know what’s wrong with me.

Aku selalu ja tengok media sosial mereka, ambil tahu life update mereka, tapi cukup setakat itu. Tapi mereka memang tak tahu apa lah tentang aku sebab aku pun jarang update.

Mungkin puncanya:

1. Social media provided so much information about people to the extent I don’t think I feel the need to communicate anymore.

2. Butir perbualan aku dan kawan2 selalu tentang hal kerja/belajar, never about personal things, jadi bila dah berpisah, what more to talk about?

3. Trust issue.

See. Ada realisation, tahu factors— tapi aku stuck. Aku taktau nak buat macam mana.

Daripada zaman aku sekolah rendah lagi aku berkawan, kemudian habis fasa tu, macam buka buku baru, terus macam tak ada apa pernah terjalin sebelum itu.

Masuk universiti, buka buku baru, terus rasa macam takdak apa jadi dalam fasa sebelumnya. Aku pun tak tahu lah. Aku antisosial ke?

So aku google apa itu antisosial. Tidak suka bergaul, tertutup, tak suka bermasyarakat, bersikap acuh tak acuh dengan orang. Tapi…. tu bukan aku.

Aku suka bila ada event, aku suka libatkan diri jumpa ramai orang, senang cerita aku excited bila ada program yang aku kena join. Itu yang aku pelik.

Antisocial seems to not fit me. Sebab kan aku cakap, aku okay dengan orang di mana aku berada sekarang.

Katakanlah aku pindah nanti, aku rasa aku tak akan contact mereka ini lagi. Jadi… aku rasa satu lagi kot – dwipersonaliti.

So aku google pulak apa itu dwipersonaliti. Pasal dua personaliti di mana personaliti A dan B tidak mengenali satu sama lain tanpa sedar, di dalam satu badan.

Hmm tapi aku yakin aku sedar apa aku buat sepanjang masa. Macam tak kena pulak sebab aku ni masih sama, cuma aku tend to ‘tak nak’ sembang dah dengan sesiapa in my past. So aku rasa… trust issue.

Ok mari google apa itu trust issue. Macam kita faham, kepercayaan kita dihancurkan, hati kita sakit remuk, kita jadi takut pada orang dan kita mulai trauma.

Okay this makes sense. Tapi persoalan kedua, trauma pada siapa dan apa pulak? Apa yang jadi dalam hidup aku sampai takut sangat nak jumpa past people?

Panjang sangat pulak. Nanti aku sambung. Jangan marah. Ada lagi pasal pasangan belum selesai cerita. Ciao.

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya rasa awk spt ‘over-confident’, sbb apa awk nk slalu dpt.. awk perlu ‘rendahkn’ diri ckit, supaya lbh ‘menghayati’ kehidupan org lain juga.. saya dlu pon mcm tu, sehingga lah sst yg agak ‘malang’ berlaku, barulah sya rasa ‘terpukul’, bhwa tidak semua yg kita nk tu dpat, malah ada org yg lbh malang nasibnya dari kita.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *