Assalamualaikum wbt. Aku seorang manusia yang pendiam dan sangat tak suka kepada bunyi bising.
Aku hanya boleh terima melodi, rentak lagu yang tersusun. Aku tak boleh orang pressure marah aku. Aku tak boleh dengar bayi atau budak menangis terjerit melolong. Aku jadi serabut. Aku jadi naik hantu, benci dan marah. Tak boleh fokus buat apa.
Aku tak tahu. Adakah aku sorang yang alami masalah ni atau ada orang yang sama macam aku?
Kalau time study dulu memang aku akan cari port paling senyap dan sunyi. Housemates atau roomates bercakap bergelak tawa pun aku tak boleh fokus. Memang aku kena keluar, cari tempat senyap baru boleh fokus dan tenang fikiran.
Aku tak tahu kenapa aku selalu macam ni. Macam apa yang aku dengar sangat bagi impak pada cara aku fikir dan respon. Aku takut dengan diri aku yang terkawal marah ni. Macam mana ye?
Dulu aku masih ingat waktu kecik, aku selalu menyorok dalam bilik, sorang2, dalam gelap, tutup telinga. Malas. Bosan. Serabut. Nangis.
Pastu tidur. Tak boleh orang bising gaduh. Jadi sakit kepala aku.
Aku je ke macam ni? Korang tahu tak tv lama? Atau komputer? Dia macam ada frekuensi yang bunyi sangat nyaring. Aku tak boleh dengar weh. Sikit pun sakit.
Kalau ada event yang microphone terjatuh bunyi nyaring tu pun aku stress. Memang aku tak boleh tahan. Tutup telinga dan lari keluar.
Apa ye masalah aku? Pendengaran aku rasa ok. Cuma kadang terlalu sensitif. Buat aku stress nak hidup.
Bila anak mengamuk dengan aku sekali mengamuk. Tangisan anak buatkan aku menangis juga. Macam mana nak tenangkan anak kalau diri sendiri tak tenang. Sungguh aku tak tahu macam mana
Tempat orang ramai. Karaoke. Atau pasang muzik rock kapak atau metal ke apa. Memang aku terus balik.
Dan ni yang pelik dan misteri juga. Kadang bila terlalu sunyi. Macam aku dengar benda lain pula yang berbunyi. Macam panggilan atau siulan. Kadang ketukan.
Aku jadi tak keruan. Jadi panik tak tentu pasal. Jadi berdebar menangis dan fikir macam2. Sungguh aku takut. Aku masih trauma mungkin.
Dulu waktu kecik aku selalu kena tinggal sorang2 kat rumah. Pernah satu malam tu ribut, hujan lebat dan rumah tak ada elektrik. Aku hanya menangis je. Aku takut.
Aku bunyi ketukan dekat pintu. Macam orang nak buka pagar gril. Aku menangis sampai orang balik rumah.
Macam mana nak tenang jika fikiran dan jiwa asyik serabut? Aku cuba untuk tahan marah dan tak panik. Aku cuba cara bernafas, aku cuba time out, aku cuba ambil wuduk, duduk, baring semua
Kadang menjadi. Kadang tak. Kenapa ye susah sangat nak kawal diri ni. Memang aku rasa trigger aku adalah bising. Aku okay je kalau situasi tenang senyap diam. Tapi kalau terus bising, memang aku terus menjauh
Anak aku pula satu hal. Aku dah buat dia trauma dengan aku. Tak boleh aku marah sikit, tak boleh lari dari dia sikit, tak boleh jeling mata sikit, tak boleh hempap atau tutup pintu sikit. Mesti dia akan menangis tak berhenti, melalak macam kena dera, sampailah aku pujuk dia.
Stress aku dibuatnya..
Faham tak? Bila kau dah serabut, ditambah lagi serabut tu dengan bising. Lagi laaaaa kusut serabut berkali ganda. Ish, nak jadi apa la aku ni.
Mak jenis apa kan aku ni.
Aku takut anak aku trauma kena marah. Macam aku trauma dengan bising ni. Dalam serabut aku pun memang aku risau dengan perbuatan aku pada anak.
Alhamdulillah. Aku masih waras. Aku tak pukul atau cederakan dia. Cuma tolak2 sikit tu ada la bila dah geram. Aku tak nak jadi abusive mother.
“Tolonglah, bising!”
“Aku serabutlah! Tolonglah diam!”
Dari dia kecik sampai besar. Asyik menangis je. Mungkin sebab aku banyak menangis masa mengandungkan dia.
Aku pun tak tahu. Benda kecik pun nak nangis. Tak boleh buat sikit nangis. Tak dapat itu sikit nangis. Tak boleh tegur sikit nangis. Nak tidur nangis. Nak bangun nangis.
Tolonglah aku yang trauma bising ni. Macam mana nak hadap. Stress! Asyik trigger. Aku ni bukannya reti sangat parenting ni.
Aku baca buku2 dan tips2 parenting semua, tapi susah betul nak apply. Macam tak realistic untuk aku. Kadang nak give up pun ada
Dah banyak kali jadi. Anak aku buat perangai kat public. Nak itu ini cara dia. Tak nak ikut apa aku cakap. Nangis tak henti. Aku tinggal je.
Serabut. Memang orang semua tengok. Aku tinggal jauh. Tapi aku tengok anak aku. Aku bagi dia nampak aku supaya dia mengalah dan ikut aku.
Orang lain pula tanya anak siapa. Rajin betul diorang nak pujuk. Bagi aku, anak aku ni kategori manja level dewa dengan aku. Aku tak tahu bonding aku dengan anak aku ni macam mana.
Dia macam takut aku marah. Tapi bila aku cakap elok bukan dia nak dengar. Lepas tu bila aku marah, mula la dia nak mengamuk. Korang faham tak?
Aku broken. Anak aku broken. Aku nak cuba baiki. Sebelum nasi jadi bubur. Aku tahu salah aku. Aku stress. Aku baby blue. Aku postpartum depression. Aku yang buat dia. Aku yang koyak rabak kain putih yang suci bersih tu. Aku yang kotorkan.
Tapi tak terlambatkan? Untuk aku jahit balik? Untuk aku bersihkan balik? Aku kena belajar kawal diri aku. Aku kena lebih banyak sabar.
Aku dah tak boleh melenting tak tentu pasal. Sungguh, aku hanya, nak tenang sekarang. Aku dah penat hidup dalam keserabutan.
Ada ke yang sedang mujahadah macam aku? Anger issues. Tu masalah yang paling teruk ada dalam diri aku. Tak tenang. Bukan macam lagu tenang ribut jiwa tu. Sungguh aku takut.
Kerana nabi pun pesan ulang banyak kali. Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah
Ishh. Kenapa la aku marah juga? Kenapa terlalu lemah untuk kawal diri ni. Benci dengan diri sendiri kadang2. Aku tak sanggup lagi nak tanggung sesalan. Aku nak berubah. Tolong doakan aku..
– Sakit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit