What Should I Do?

Hi semua, kenalkan diri aku Melinda. Aku baru tahu akan kewujudan page ini. Ye, aku agak ketinggalan zaman sedikit dek kekangan masa yang aku ada.

Aku berusia lewat 20-an. Bekerja di sebuah syarikat IT terkemuka dengan pendapatan yang agak tinggi daripada rakan-rakan seusia aku.

Tujuan aku menulis disini bukanlah untuk bermegah atau riak (aku pasti ada yang merasa begitu, di awal cerita). Aku hanya ingin memohon pendapat, meluah perasaan terbuku.

Di saat Cleo (kekasih) & rakan-rakan aku buntu untuk membantu aku, hanya di sini aku berharap mendapat jalan penyelesaian. Cerita aku mungkin panjang supaya keadaan aku difahami.

Ye, aku seperti gadis lain, ingin sekali berkahwin, mendirikan rumah tangga, mempunyai privasi dan kehidupan sendiri. Aku dan kekasih (aku namakan sebagai Cleo), merancang untuk mendirikan rumah tangga awal 2024.

Lambat lagi bukan? Kami merancang untuk bertunang hujung tahun ini, semuanya mengambil masa kerana Cleo baru sahaja memeluk Islam. Banyak yang perlu beliau belajar sebelum boleh berkahwin.

Permintaan Cleo sendiri untuk Khatam Quran sebelum kami berkahwin sebagai tanda dia bersedia untuk memikul amanah. Aku hormat keputusan dia. Cleo kini sudah memasuki pertengahan 30-an. Kehidupan kami stabil, segalanya dipermudahkan.

Wang bukanlah satu isu besar buat kami. Masing- masing sudah mempunyai harta. Cleo bukanlah orang yang hebat berjawatan besar di kota raya.

Cleo hanya seorang anak kampung, petani moden dan mempunyai beberapa perniagaan sendiri manakala aku tinggal di kota raya seorang diri.

Cleo anak tunggal dan ibu bapa beliau sangat baik serta menyayangi aku seperti anak sendiri. Aku juga selesa dengan mereka walaupun berlainan kefahaman.

Ohh ya, lupa nak cerita, aku juga mempunyai seorang anak angkat. Terkejut kan? ye di usia awal 20 tahun, aku sudah memikul tanggungjawab berat. Aku diberi amanah menjaga seorang anak perempuan.

Kini, anak aku sudah tadika. Sebulan, kurang-kurang RM1500, aku kirim wang belanja hanya untuk anak perempuan aku, tidak termasuk duit ibubapa, yuran taska dan tadika.

Ye, anak aku di kampung atas permintaan ibu bapa aku yang sunyi. Anak yang sah di sisi undang undang (selesai proses angkatan) dan segi islam (ibu susuan).

Walaupun pada awalnya, bukanlah aku yang inginkan anak ini, tapi kuasa Allah, siapa kita untuk menidak kasih dan sayang terbuku di dalam hati.

Alhamdulilah, Cleo dan keluarga sangat menyayangi anak aku, kadang kala hujung minggu, mereka bawa jalan-jalan dsb.

Cerita bermula membuatkan aku stress apabila aku menyuarakan pendapat untuk berkahwin. ye, ibu bapa aku tidak suka aku berkahwin.

Entah di mana silapnya, aku tak pasti. Mereka sayang Cloe, mereka layan dia baik baik. Tapi mereka seolah-olah menolak permintaan aku, walaupun tarikh seperti aku cerita tadi, lambat lagi.

Kalau mengandung, sempat anak tu belajar berjalan dulu. Aku sedih, ye aku sangat sedih. Aku cuba sehabis baik untuk tidak menyusahkan mereka.

Aku rancang sehabis baik. mungkin akan ada yang kata aku membazir, ye biarlah aku membazir. Aku tak suka mereka mengata belakang aku, aku tak suka majlis suci aku, dijadikan bahan umpatan dan cacian dek kerana termakan kudrat tulang temulang mereka.

Ye, aku sangat marah. Rancangannya, aku ingin bertunang di hotel, jemputan lebih kurang 50 orang. Kenapa di hotel? Kerana ada aircond, selesa, bilik yang dekat, kerusi meja dekorasi dan floor manager disediakan. Dan tidak kurang makanan juga sedap, air tangan chef kan?

Cadangan aku dipersetujui Cleo, katanya biasanya keluarga mereka buat begitu. Lebih mudah, selesa, tidak mengotorkan rumah, kawasan kejiranan tidak tergangu dan fasiliti lebih mudah.

Keputusan aku ditentang. Ye ditentang sekeras-kerasnya keluarga 3 keturunan, aku dimaki kononya menunjuk-nunjuk, berlagak, aku sombong kerana tidak mahu menjemput ramai tetamu dan mahal mebazir, kata mereka lebih baik wang tersebut beri mereka masak sendiri.

Aku sedih sangat, aku buat semua sebenarnya untuk keselasaan mereka. Beritahu aku, siapa dalam dunia ini, tidak mahu berjimat?

Bayangkan kos yang biasanya RM3k tapi boleh mencecah sehingga RM10K, banyak kan boleh berjimat? boleh downpayment kereta baru.

Mesti ada yang tertanya, kenapa aku bertindak sehingga demikian? Aku serik, Cleo serik. Kami pernah buat majlis cukur jambul dan aqiqah, anak angkat kami.

Aku excited sangat, anak firstkan, aku belanja semua ahli keluarga baju baru (sedondon), doorgift berasingan (kain songket untuk perempuan dan sampin tenun untuk lelaki) serta angpao RM100 seorang.

Bagi keluarga yang membantu masak dan datang jauh. Ini permintaan nenek aku, mahukan rewang. Aku turuti, aku beri duit secukupnya untuk keperluan dan bahan memasak.

Malah aku sediakan pembantu yang aku minta dari agensi pekerja asing, 2 wanita 2 lelaki untuk membantu jika tenaga kerja tidak cukup dari pihak keluarga.

Tapi sedihnya bukan kepalang, bila akhir malam masak (malam sebelum kenduri), mereka mengeluh penat, letih, menyusahkan, panas dan tidak berbaloi.

Tangan kaki mereka lenguh, tempat sempit. Aku dah beritahu dari awal rancangan aku, aku ingin ambil katering sahaja. Memudahkan semua, boleh bersiap makeup cantik cantik. Tidak perlu comot pagi kenduri. Alasan, katering masak tidak sedap, selalu beri lauk tidak cukup dsb.

Aku akur kerana permintaan nenek aku. Hari selesai kenduri, aku terdengar perbualan mereka, Cleo saksi, mereka mengata kononnya, anak luar nikah itu tidak berbaloi diraikan.

Nanti bila besar, anak luar nikah itu membuat perkara terkutuk sama seperti ibu kandungnya. Dan akhir spekulasi, mereka memfintah kononya itu sebenarnya anak aku, yang aku kandung luar nikah ketika belajar di luar negara dahulu. Sedihnya hati aku, sayu dan pilunya.

Jiwa aku meronta, mahu merobek mulut mereka. Ingin aku bagi pisau pemotong daging, biar mereka bunuh, tikam dan potong sahaja daging aku daripada mereka memfitnah aku, dan menuduh aku berzina.

Sejak kejadian itu, aku banyak membawa diri, aku tahu hasutan keluarga membuatkan ibu bapa aku kurang bersetuju permintaan aku untuk berkahwin. Aku buntu, bagaimana caranya?

Oh ya, duit belanja ibubapa aku berikan setiap bulan, kereta kecil baru aku belikan sebijik cash hasil aku menabung semasa belajar, supaya mudah mereka mengambil hantar anak aku balik tadika.

Rumah mereka dah habis bayar, tapi aku ada sediakan sebiji rumah taman untuk mereka tinggal jika ingin bertukar angin. bil api, air dan wifi, aku selesaikan.

Boleh dikatakan mewah juga kehidupan mereka lagi lagi adik lelaki aku yang dah berkahwin, makan minum segalanya kakak tanggung.

Aku tahu itu bukan tanggungjawab aku, tapi aku PEOPLE PLEASER. Aku tak suka dengar ibu ayah mengeluh susah itu ini.

Anak aku pun aku hantar taska selepas pulang tadika, aku takmahu susahkan ibu ayah. Walaupun mereka masih berkudrat di akhir 40-an, tapi aku takmahu membeban mereka.

Jadi, jika kata aku tidak mampu buat di tempat begitu, mungkin aku terima. Tapi aku mampu. Wang belanja aku melebih, sebab perniagaan fracais kongsi aku dan Cleo semakin maju. Wang belanja harian Cleo beri. Cukup buat aku makan seorang diri di kota raya.

Di mana silapnya sehingga aku tak boleh buat yang aku mahu, bukan untuk nafsu atau perasaan sombong dlm diri, tapi untuk keselesaan mereka. Aku tak mahu mereka berbunyi kemudian hari.

Dan jika buat dirumah, keluarga aku bukan semuanya rajin, tak mahu la aku di pagi pertunangan, aku perlu berlari kehulur kehilir siapkan makanan, sapu laman, hidang lauk dsb. Ini baru pertunangan, belum aku masuk pula bab perkahwinan nanti.

Oh cadangan mereka, supaya aku buat kenduri pertunangan di rumah makcik aku. Kata mereka, rumah makcik aku lebih besar luas dan selesa. Untuk khemah pelamin dan hiasan. Supaya keluarga Cleo tahu, aku bukan dari keluarga sederhana.

Ketawa geli hati aku, keluarga Cleo sudah bertunggu bertangga di rumah kecil kampung itu. Tidak pula mereka mengeluh. Kadangkala mereka datang tinggal sehingga berhari hari. Aku tidak setuju, entah apa pula cerita timbul nanti.

Majlis rumah orang is a big NO. Bersepah kenduri kendara di rumah orang. Andai kata ada yang rosak ketika majlis atau hilang barangan berharga? oh tidak. aku tidak setuju.

Mereka bertukar angin, minta buat pula majlis rumah Pakcik, rumahnya dua tingkat. Jadi isu barang pecah dsb boleh dielakkan. Kerana rumah baru tiada banyak barangan rumah.

Aku tetap tidak setuju. Cleo lagilah, awal-awal membantah kepada aku. Katanya jika teruskan, carilah pengganti dirinya, dia tidak mahu.

Jika terdesak, biarlah rumah yang aku membesar itu menjadi saksi. Biarlah kecil tapi hati senang selepas majlis. Bapa aku pada awal mula sedih, tarik muka dan sedikit kecewa dengan permintaan keluarga, buat di rumah orang.

Bagi beliau, seolah menghina hartanya. Kecil dan sempit. Kasihan juga aku mendengar, tidak pernah aku dengar kecewa itu bapa aku.

Rumah yang aku beli untuk keluarga sebenarnya lebih besar dari semua rumah keluarga lain.

Tetapi bapa aku minta merahsiakan keberadaan rumah tersebut dari semua ahli keluarga lain kerana tidak mahu menjadi “pusat komuniti” katanya. Perhentian dosa, berkumpul dan mengumpat. HAHAHAHA.

Soal kahwin pula, baju dan pelamin aku, semuanya dah ada mulut mulut sumbang, minta aku pakai bekas mereka sahaja. Baju nikah mereka yang zaman awal 2000 dahulu. Cleo dah tentu tidak setuju. Sebab kami perlu juga sepersalinan busana tradisional.

Dan sekali seumur hidup, dan jika mampu, pastilah aku busana rekaan khas untuk diri aku. Aku taktahu kenapa mereka tidak suka aku berkahwin, kenapa bermacam macam perancangan untuk merosakkan majlis aku? adakah aku salah kerana berkahwin?

dari segi hukum. aku rasa, aku layak dan wajib berkahwin. Aku juga mempunyai nafsu. Aku menyuarakan kesedihan aku kepada rakan-rakan, mereka geleng kepala mendengar.

Soal perkahwinan pula, aku minta keluarga terima wang hantaran aku sebulatnya tanpa perlu membuat majlis resepsi. Ikutlah permintaan aku pula.

Bagi aku, enjoylah kalian dengan duit tersebut, pergi holiday ke, renovate rumah ke, umrah ke terpulang. Aku tak mahu majlis resepsi.

Aku tak mahu dengar cacian makian hinaan di majlis aku nanti.

Bayangkan jika mereka perlu bertungkus lumus siapkan makanan untuk 1000 undangan? sedangkan jemputan 200 orang pun sudah bermacam drama sinetron. Sudah pasti mereka takmahu katering atau planner yang sediakan.

Biarlah aku nikah kemudian jamuan kecilan di hotel sudah memadai (jemputan lebih sedikit dari tunang), tidak perlu beritahu seantero dunia. Pedulikan jika ada yang berbunyi, aku nikah seperti tangkap basah.

Aku penat. Kenapa mesti aku? sudahlah aku menafkahi segalanya, aku tidak dapat menjalani hidup normal. Aku manusia biasa, anak gadis biasa. Banyak sebenarnya aku nak cerita tapi tak mampu nak luah semua, air mata juga laju mencurah.

Terlalu banyak fitnah dan setiap kali itu, aku terfikir untuk membunuh diri. Aku stress, buntu dan keliru. Aku cuma nak berkahwin, bukan nak berzina, bukan nak mencuri. Dan aku janji tidak meminta atau menyusahkan sesiapa.

Hanya datang, makan dan doa yang baik baik. Jika ada cadangan atau bantuan untuk aku, aku sudi mendengar dan mempertimbangkan untuk kesihatan mental dan masa depan aku.

Sekian…

– People Pleaser (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *