Hai semua. Aku Jemah. Macam tajuk, aku nak menjemah pasal kakak aku. Kakak aku ni panggil dia, Kak Ros.
Kak Ros ni tahun ni hujung 30-an. Kak Ros ni orangnya baik, penampilan pun bergaya sikit tapi tak over, make up sikit2 je sebab dia pun dah cantik.
(Kawan2 aku pun semua cakap dia cantik, tak macam aku yang biasa je ni). Tapi itulah, orang cantik ni selalunya tak bertuah sangat pun. ~Sobs~
Dia pernah berkahwin lama lebih 10 tahun. Biawak hidup tapi dia sangat sabar dengan husband dia.
Sampai husband dia kahwin lain pun sabar lagi 3-4 tahun. Dia tak ada anak dulu. So begitulah Kak Ros ni punya sabar.
Masa bercerai dulu pun, Kak Ros ni nangis masa ex-abang ipar aku tu lafaz talak.
Maksudnya dia masih sayang husband dia. Tapi sebab tak tahan dengan perangai husband dia yang betul2 pergunakan dia. Sampai Kak Ros tak lepas buat loan dah sebab ex dia dulu.
Ok. Habis history pasal Kak Ros ni. Kak Ros ni dah single semula selama dalam 4 tahun lebih kurang.
Baru2 ni, Kak Ros cakap dia nak kahwin. Mula2, kami happy lah dengar. Yelah, kesian dekat Kak Ros sorang2.
Aku pun dah cakap kat anak2 aku tak lama lagi diorang nak dapat Daddy. Sebab anak2 aku panggil Kak Ros, Mummy.
Tapi yang lagi terkejutnya, Kak Ros cakap lelaki tu dah kahwin & ada anak 5 orang pun. Maksudnya lelaki tu masih suami orang.
Masa dengar ni terus angan2 aku n mak aku yang konon, nak buat kat mana majlis, nak buat bila majlis terus berderai ibarat cawan kristal yang jatuh secara slow-mo.
Lepas tu, adalah sesi slow talk dengan Kak Ros. Kak Ros cite lah dia dah banyak kenal2 dengan orang tapi semuanya tak serius. Lepas 3 bulan, semua ghosting.
Tapi entahlah, setakat ni kalau aku terserempak dengan kawan2 lelaki dia, memang jenis2 yang nampak macam main2. Sebab tu semua tak menjadi.
Lepas tu, Kak Ros cite, dia nak kahwin sebab nak anak. Dia nak ada teman & anak walaupun kahwin tak semestinya dapat anak kan? Dia tak kisah pun kalau suami dia selalu tak ada.
Kak Ros dah pernah contact dengan wife laki tu, wife laki tu bagi green light.
Part ni kitorang pelik, kenapa wife dia bagi green loght walaupun wife dia cakap suami dia ok serba serbi. Tapi itulah.. korang tahu kan jadi yang ke2 ni sebenarnya lebih banyak terkorban.
Konklusinya, dia nak cari lelaki yang bertanggungjawab & boleh bagi dia zuriat.
Aku sedih tengok Kak Ros. Aku tak ada pula kenalan duda yang ada anak (kira macam nak testimoni lah mengikut kata Kak Ros sedangkan kita tahu zuriat ni, kalau dah pernah anak 10 pun belum tentu nikah dengan kita boleh dapat anak).
Sekarang ni Kak Ros tengah fasa dah rasa nak kahwin. Korang tahu kan kalau orang tengah rasa nak kahwin ni, kita cakap apa pun payah sikit nak dengarnya.
Korang doakan lah Kak Ros aku ni dipermudahkan urusan jodoh dengan orang yang baik2 & bukan suami orang. Aku tak nak hidup dia bertambah masalah lagi. Biarlah dia layak bahagia. Aamiin..
– Jemah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit