Dikhianati Setelah 5 Tahun: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Assalamualaikum dan hi. Nama aku Kamalia A. (bukan nama sebenar). Aku ada seorang ‘kawan’ yang aku namakan Iqbal, sejak asasi lagi.

Sekarang masing-masing dah ada hidup dan pekerjaan sendiri. Cuma, aku masih belum boleh maafkan dan melupakan apa yang dia buat dekat aku.

Cerita dia macam ni, kami berkawan semenjak asasi dan sepanjang kehidupan degree kami memang rapat. Boleh katakan kami dalam private relationship tapi tak secret sebab kawan dia tahu pasal aku, kawan-kawan aku pun tahu pasal dia.

Kami selalu borak dekat whatsapp pasal kehidupan masing-masing. Aku tahu semua masalah Iqbal, masalah keluarga dia, masalah pelajaran dia dan lain lain.

Macam mana kami boleh berkawan? Dia yang follow aku dulu dekat Instagram. Biasalah awal-awal masuk asasi, ramai yang nak tambah kenalan dekat social media walaupun course lain-lain.

Dia selalu reply story aku. Mula-mula aku tak syak apa-apa aku Cuma rasa dia memang seorang yang ‘friendly’ dan suka tengok kehidupan aku sebab aku pun banyak share. Daripada dm di Instagram, kami pindah ke whatsapp. Tup tup, kami berkongsi masalah keluarga.

Dia datang dari ‘broken home’ aku pula datang dari keluarga yang bermasalah jugak. Jadi, makin lama kami makin rapat. Sebab tu aku gelarkan dia ‘kawan’ sebab kami memang bermula daripada kawan. Cumanya makin lama, perasaan suka terhadap masing-masing itu ada.

Aku tahu ini salah satu attachment orang putih panggil. Tapi aku pun tahu, perasaan sayang aku dekat dia tu ikhlas. Kami tak pernah declare apa apa pun, masa tu ada fikiran yang “cukup kau tahu aku sayang kau”.

Panggilan ‘kau-aku’ pun memang kitorang tak pernah buang. Sebab tu aku gelarkan dia ‘kawan’.

Dia tak juga hensem. Gelap tapi tak manis. Cuma orang kata elok mata memandang. Semenjak asasi lagi, beberapa perempuan cuba dekati dia dan aku boleh katakan yang dia pun melayan.

Tapi bagi aku, selagi dia masih suka dan sayangkan aku, itu sudah cukup. Tapi, bila aku dah tak tahan dan selalu sedih, aku suruh dia untuk berhenti contact perempuan tu dan dia akur untuk jaga hati aku.

Sepanjang 5 tahun perkenalan, aku boleh kata aku senang dengan dia. Dia banyak tolong aku. Emotionally. Dia selalu ada dengan aku dan aku pun selalu ada untuk dia.

Bagi aku, rasa sayang kami makin bertambah hari ke hari. Dan kitorang pun selalu berjumpa hampir setiap hari sebab aku bawak kereta dekat uni. Bila stress dengan belajar, aku akan ajak dia makan dan jalan-jalan dekat taman dan dia selalu ikut je mana aku nak pergi.

Kata-kata manis jangan cakap la, hampir setiap hari dia kata dia sayangkan aku dan akan kahwin dengan aku.

Tapi aku, aku sayangkan dia cuma aku tak mahu berharap dengan benda yang belum pasti. Boleh kata kan dalam hubungan ni, dia lebih sayangkan aku dari aku sayangkan dia.

Sepanjang 5 tahun tu jugak, kami bahagia dengan cara kami tersendiri. Bukan hari-hari indah, ada naik dan turun jugak. Sampai lah tiba di semester akhir untuk degree, aku diuji dengan adik aku yang sakit.

Aku terpaksa tangguh semester untuk fokus jaga adik aku. Mental aku sangat-sangat terganggu sebab adik aku menghidap kanser. Sepanjang adik aku sakit, hari-hari aku solat dan doa mohon dekat Allah supaya Allah berikan kesembuhan untuk adik aku.

Masa adik aku sakit jugak, sebelum aku pergi hospital melawat adik aku, aku selalu keluar dengan kawan-kawan sebab ye la kan dah semester akhir sebelum semua berpisah. Dan aku jugak ada keluar dengan Iqbal.

Ada satu hari aku keluar dengan Iqbal, ada sikit masalah masa tu dan aku badmood.

Aku cakap dekat Iqbal “aku keluar dengan kawan aku tak pernah badmood tapi kalau keluar dengan kau je aku cepat badmood” dan Iqbal terus menangis kat situ sebab dia tak sangka aku akan cakap macam tu dekat dia.

Aku mengaku, salah aku sebab cakap macam tu dekat dia. Aku pujuk dia, aku cakap aku minta maaf dan kitorang teruskan je keluar macam biasa. Mungkin perkataan aku dekat dia tu sangat-sangat lah sensitif.

Macam yang aku cakap, mental aku sangat-sangat terganggu sepanjang adik aku sakit.

Kadang-kadang aku main lepas je cakap sebab aku memang tak boleh kawal apa yang aku rasa. Aku serabut sangat-sangat. Setiap hari aku nangis dan sedih sebab kesihatan adik aku makin merosot.

Tapi, aku dekatkan diri aku dengan tuhan dan keluarga aku sebab aku tahu family aku need me the most so hubungan aku dengan Iqbal semakin renggang.

Dia ada datang whatsapp aku untuk berjumpa tapi selalunya aku sibuk menguruskan hal keluarga dan adik aku yang sakit.

Kalau kami berjumpa pun, memang akan bergaduh. Boleh katakan, hubungan kami dah tak macam dulu. Bagi aku, fokus aku adalah adik dan keluarga aku, kalau dia nak pergi dan dia bukan jodoh aku, aku redha.

Selepas beberapa bulan adik aku terlantar di hospital dan aku pun berulang-alik ke hospital dengan berbekalkan air mata, Allah takdirkan untuk ambik adik aku. Adik aku yang aku sayang. Semoga Allah tempatkan dia di syurga Aamiin.

Aku sedih sangat sangat. Aku rasa hidup aku kosong. Lama juga untuk aku betul-betul terima semua ketentuan Allah. Tapi, aku kuatkan hubungan aku dengan Allah sebab bagi aku, tiada penawar dan penyembuh selain Allah SWT.

Aku dah makin boleh terima dengan apa yang Allah takdirkan. Aku mula berkawan dengan kawan-kawan aku balik untuk distract aku dari jadi sedih. Iqbal masih lagi berkawan dengan aku tapi dah tak serapat dulu sebab dia dah ada kerja.

Tapi kitorang selalu berkomunikasi di social media twitter tiktok dan Instagram. Ada masa, aku cerita dekat dia pasal kawan-kawan aku dan dia pun akan cerita tentang tempat kerja dia.

Sampai lah waktu dia nak konvo, dia datang KL dan dia whatsapp aku ajak jumpa dan lunch sekali. Aku sibuk dengan kelas jadi aku tolak permintaan dia.

Esoknya, aku datang konvo dia dan aku bagi dia bunga sebagai simbol yang aku hargai dia ada dengan aku selama 5 tahun.

Aku tak sangka yang dia akan bagitau mak dia yang bunga tu daripada kekasih dia. Kawan-kawan ada tanya dia pun, dia kata aku ni kekasih dia.

Dia post gambar bunga dekat Instagram dia dengan caption “kekasih bagi bunga”. Aku rasa berbunga. Aku fikir hubungan kitorang hanyalah sebagai kawan tapi bila dia bagitau mak dia, kawan-kawan dia dan semua orang, aku rasa bahagia.

2 minggu selepas konvo dia, dia whatsapp aku untuk ajak aku keluar dinner. Aku setuju sebab aku rasa aku masih ada perasaan sayang dekat dia dan aku rasa aku dah bersedia untuk teruskan hubungan dengan dia.

Kami dinner macam biasa, borak-borak dan lain-lain. Sampai rumah, dia whatsapp aku dan bagitau aku dia tak boleh nak teruskan hubungan ni sebab dia rasa hubungan ni dah tak boleh nak diselamatkan lagi.

Aku sedih tapi aku akur. Aku mula salahkan diri aku. Aku rasa kalau la aku tak cakap benda tu.. kalau la aku tak buat dia macam ni etc… Tapi aku terima semuanya.

Bagi aku mungkin kitorang perlukan ruang untuk memperbaiki diri masing-masing lepas apa yang kitorang dah lalui. Aku fikir, walaupun dia dah tak nak aku, aku nak tunggu dia jugak.

Seminggu lepas kitorang dah betul-betul break, dia ada datang kolej untuk ambik barang. Dia Tanya aku “nak join aku makan tak?” dan sebab aku masih suka dia, aku setuju untuk makan dengan dia berdua.

Kitorang makan macam biasa dan borak-borak. Lepas dia hantar aku balik rumah, aku ada benda lagi nak cerita dekat dia dan dia cakap “call la, kita borak sambil aku drive” so kitorang borak dalam call selama sejam. Aku happy gila time tu sebab aku rasa, dia masih suka kat aku.

Dalam seminggu dia tak whatsapp aku, aku pun malas nak ganggu sebab aku tahu dia kerja tapi dia selalu reply story Instagram aku macam biasa tapi selalu berakhir sebab dia kata dia busy ada kerja.

Makin aku fikir, makin aku rasa tak logic kenapa dia tak nak teruskan hubungan ni. Kenapa dia buat aku rasa special dan tiba-tiba dalam sekelip mata dia dah tak nak aku? Aku rasa aku mungkin tak akan sesedih ini kalau dia tak datang balik dan memberi aku seribu harapan lagi.

Jadi, aku tanya dia, dia jawab “aku ingat aku boleh fix this relationship, tapi bila aku tengok kau, aku rasa kosong”. Aku cuba untuk negotiate dengan dia untuk tak pergi tinggalkan aku.

Tapi dia tetap berkeras dengan keputusan dia. Sampailah aku tanya dia, dia dah ada orang lain ke dan dia cakap ya dia dah ada orang lain.

Dia bagitau aku dia dah contact dengan perempuan tu dalam 2-3 bulan.

Hati aku hancur. Aku tak boleh terima. Aku rasa aku kena tipu dengan dia. Macam mana dia boleh berkenalan dengan perempuan lain dalam masa yang sama dia datang dekat aku dan mainkan perasaan aku?

Aku tak boleh terima dengan apa yang dia buat. Aku rasa sangat-sangat sakit. Dia Cuma cakap ‘sorry’ dan aku tak rasa benda tu cukup untuk aku maafkan dengan apa yang dia buat dekat aku.

Aku baru kehilangan adik aku, dan dia buat keputusan untuk tinggalkan aku? Dia tahu aku di tahap terendah dalam hidup aku dan dia decide untuk lukakan hati aku.

Aku sedih. Hari-hari aku berdoa untuk Allah ‘sembuhkan’ aku dengan apa cara sekalipun. Hampir setiap hari aku bangun tahajud dan aku solat taubat, istikharah dan solat hajat.

Aku masih sebut nama dia dalam setiap doa aku. Walaupun aku tahu, kalau betul dia sayangkan aku, dia tak akan buat aku macam ni?

Kalau betul dia lah orang yang betul untuk aku, dia tak akan pergi tinggalkan aku walaupun dia tahu aku masih belum sepenuhnya sembuh daripada kehilangan adik aku.

Bagi aku, sangat lah tidak adil untuk dia ada dengan aku dalam situasi yang bahagia dan gembira je dan bila aku di situasi yang teruk, dia pergi tinggalkan aku.

Sejujurnya aku masih belajar cara untuk melepaskan, mengikhlaskan dan redha dengan semua yang berlaku. Dalam waktu yang sama, aku harap Allah berikan dia balasan dekat apa yang dia buat dekat aku sebab aku tahu, kifarah Allah itu pasti.

Aku bersyukur, ujian ni buat aku makin dekat dengan Allah dan family. Aku bersyukur hubungan aku dengan family makin baik dan aku bersyukur aku ada kawan-kawan yang supportive dan sentiasa ada dengan aku.

Mungkin, bukan takdir aku untuk memiliki pasangan kat dunia ni, rezeki aku dekat benda lain.

Aku cuma nak tahu. Apa yang dia buat dekat aku ni salah kan? Dia mainkan perasaan aku dan terus dia ubah fikiran. Jahat ke kalau aku doakan dia dengan orang baru tu tak akan kekal lama? Dan jahat ke aku kalau aku masih minta dekat Allah untuk aku berjodoh dengan dia?

Orang kata, kalau kita sayangkan dia, kita boleh tengok dia bahagia dengan orang lain kan? Aku Cuma mampu doa, aku tahu Allah akan hadirkan yang lebih baik untuk aku. Aku masih berusaha untuk cari apa hikmah yang Allah nak tunjuk kat aku.

Mesti ramai yang akan cakap, “move on je la kalau orang dah tak nak”. Ya betul, hari-hari aku doa dekat Allah supaya hilangkan rasa sayang aku dekat dia.

Only if it was that easy untuk betul-betul move on, aku dah lama buat. 5 tahun aku sayang dia dan semudah itu dia gantikan aku?

Walaupun benda ni dah lama berlalu, aku masih teringat dekat dia. Sekarang semua social media kitorang dah tak friend.

Aku mungkin akan buat Part 2 untuk cerita ni tapi buat masa sekarang, tolong doakan aku supaya diberikan kekuatan untuk hadapi hari-hari yang mencabar.

Sekian,

Salam sayang.

– Kamalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *