Assalamualaikum, terima kasih admin sudi siarkan cerita aku..
Aku Farah, aku dah berkahwin, punyai suami yang sangat baik dan penyayang.
Apa yang aku nak luahkan ni adalah berkenaan dengan cahaya mata.
Aku berkahwin pada tahun 2020 waktu tu masih diawal PKP di Malaysia, dan usaha kami sangat struggle untuk bina perkahwinan, dari segi keadaan ketika itu dan juga kewangan.
Aku bersyukur berkahwin waktu PKP dan mungkin aku ‘bernasib baik’ kerana terlalu jimat majlis pernikahan yang berlangsung.
Apa yang aku nak sampaikan disini, aku dari awal sama-sama berbincang dengan suami yang kami mahu merancang keluarga. Contohnya, seperti ‘ANAK’.
Aku ada dengar orang cakap ‘jangan merancang anak, nanti bila kita dah bersedia Allah taknak bagi rezeki anak’,
Aku jadi takut dengan kenyataan tu tapi kadang aku ingatkan semula diri tentang tujuan aku.
Let me explain kenapa kami merancang, aku merancang kerana aku nak stabil kan kewangan kami suami isteri, kami nak capai impian kami supaya dapat berikan keselesaan buat anak kami.
Sewaktu aku kecil, aku tahu betapa susah payahnya ibu bapa aku besarkan kami adik beradik, bukan semua permintaan anak-anak dapat mak ayah aku tunaikan.
Aku pun faham keadaan keluarga aku, jadi aku bukan lah seorang anak yang meminta.
Dan aku berterima kasih pada Ibu Ayah aku kerana besarkan kami adik beradik menjadi insan yang berguna.
Aku nak anak, aku bukan tak nak anak. Cuma aku belum ready nak lalui fasa itu, aku takut aku gagal jadi seorang ibu.
Mungkin apa yang aku alami dari kecil sampai aku dewasa, buat aku rasa nak ada anak nie perlukan aku betul-betul ready, ITU UNTUK AKU. Aku cakap kat diri aku, aku kena betul-betul ready.
Ada cakap ‘kenapa nak tunggu ready, kalau nak tunggu ready kau tak akan ready’. Bukan pasal benda tu sebenarnya. Ini apa yang aku alami semasa zaman aku membesar..
Kalau boleh bila aku ada anak, aku nak bagi yang terbaik untuk dia, aku nak ada masa untuk dia, aku nak cukup everything walaupun bila ada anak nanti aku nak didik dia jadi berdikari.
Bukan lah 100% disuap, aku nak anak aku berusaha.
Dalam masa yang sama aku mampu untuk dorong dan tolong anak aku waktu dia perlukan aku, aku support dia dari belakang.
Bagi aku anak ni satu tanggungjawab, amanah dan anugerah dari Allah yang perlu aku jaga dan didik dengan baik, bukan mudah jadi seorang ibu. untuk itu aku belum bersedia lagi.
Aku pernah bagitahu suami, jika Allah tak izinkan kita dikurniakan zuriat hingga tua, aku akan hantar sendiri kami berdua ke pusat rumah orang tua-tua. Hahahahah (gurauan suami isteri)
Untuk bakal ibubapa diluar sana, tahniah buat kalian. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan buat kalian dan diberikan keharmonian rumah tangga.
Doakan juga urusan aku dipermudahkan dan aku berjaya capai impian aku.
Jangan kecam aku, aku hanya sampaikan dari sudut hati aku yang kecil.
In real life aku terlalu ramai yang kecam apa aku sampaikan. Jika ada yang sama pemikiran macam aku, anda tidak berkeseorangan.
Jaga diri kalian semua yaa. Semoga Allah pelihara kita semua. Assalamualaikum..
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit