Aku dan Bekas Su4mi Yang Narsistik

Untuk permulaan biarlah saya kenalkan diri saya sebagai Y, dan bekas suami saya sebagai A. Kisah bermula 5 tahun lepas dimana di situlah bermulanya titik permulaan proses pengenalan saya dan A.

Dimana diwaktu tersebut saya sedang dalam proses penyembuhan daripada kisah luka di masa lalu, dan A hadir tatkala saya sedang buntu dalam masalah pembelian semula aset saya.

Pada permulaannya saya terang-terangan reject terus A daripada terus berharap kepada saya untuk ke peringkat seterusnya. Kerana sikap dia yang sedikit meninggi diri dan kekwat membuat saya terus rasa turn off.

Rupanya itulah tanda² awal seorang narsistik untuk mendapat perhatian dan kekaguman daripada seseorang, tetapi saya tidak pernah terfikir kerana bagi saya mungkin diwaktu itu sahaja dia berkelakuan sedemikian.

Dan saya mula terbuka hati sedikit demi sedikit kerana sudah selesa dengan A. Proses perhubungan berjalan dengan lancar dan saya bertahan melalui ikatan perkahwinan selama 5 tahun.

Dan syukurlah saya berjaya melepaskan diri daripada genggaman seorang yang narsistik dan apa yang saya boleh huraikan disini ialah ciri² seorang narsistik dimana saya melaluinya sendiri.

1. A seorang yang gemar bercakap besar, terutama jika bersembang sesama rakan² dan jika ada isu yang dibangkitkan itu A sudah mengetahui, A akan menelefon pihak yang terbabit sambil membuat pembesar suara, kononnya A lagi mengetahui sesuatu daripada orang lain.

Saya berulang kali menegur A jangan berkelakuan sedemikian kerana tak elok, A berdalih dengan alasan yang tidak logik.

2. A juga seorang yang suka berbohong, A selalu mengatakan ada kawan merata² tempat. Sedangkan diwaktu A susah dan perlukan modal untuk berniaga, tiada langsung kawannya datang menghulurkan bantuan.

Dan hanya saya sahaja sebagai isteri yang sudi membantu menggadaikan barang kemas untuk A.

Acap kali sewaktu saya bertikam lidah dengan A saya mengatakan dimana kawan A diwaktu susah? kawan dia hanya wujud diwaktu senang A sahaja. Dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa jawapan.

3. A seorang yang panas baran dan tidak mudah mengalah. Jika saya bergaduh tentang sesuatu jika itu adalah salah A, A akan seboleh-bolehnya menafikan itu adalah salahnya.

Dan setiap kali pergaduhan tercetus A akan meninggikan suara dan meninggalkan saya bersendirian dalam keadaan terpinga² tanpa penjelasan. Dan ini membuatkan saya geram.

Dan menghairankan keluarga A menyuruh saya bersabar kerana itu adalah perangai A dari dulu lagi.

4. A suka merendahkan seseorang terutamanya dari pekerjaan, kerana bagi A walaupun dia seorang bekerja sendiri tetapi pendapatan hariannya melebihi gaji sebulan seseorang itu.

Dan saya adalah yang selalu A perlekehkan, dimana saya bekerja di sektor kesihatan dan dimana bidang kerja saya perlu memungut sisa klinikal,

A selalu mengatakan pekerjaan saya umpama seorang cleaner sahaja. Saya hanya mendiamkan diri kerana malas berhujah panjang dengan A.

5. Sukar meminta maaf dan mengaku kesalahan. A pernah ada rekod curang dengan saya sepanjang perkahwinan ini sebanyak 3 kali dengan 4 orang wanita berlainan.

Dan sepanjang terbongkar kelakuan tersebut A tidak pernah menunjukkan kekesalannya, dan menafikan kecurangannya dengan mengatakan itu ada customer perniagaannya sahaja.

Sedangkan terang-terangan bukti yang saya nampak dari telefon A sendiri menunjukkan sebaliknya. Dan saya memberi peluang kepada A kerana emaknya merayu untuk memberi peluang kepada A. Saya maafkan dan menerimanya kembali.

6. A seorang yang kuat cemburu dan insecure. A selalu menakutkan saya jika saya berlaku curang kepadanya, dia akan menghukum dan mempermalukan saya dan pasangan saya.

Dan itulah yang berulang² kali A ucapkan kepada saya. Dan saya hanyalah gelak dan berkata kepada A saya tahu nilai diri saya dan saya bukan seorang yang sedemikian walaupun A yang seringkali membuat onar.

A juga selalu cemburu jika saya kerap keluar kerja pada hujung minggu dan membuat over time pada waktu malam. Dan A akan mencari salah saya dengan mengaitkan dengan kawan² lelaki sekerja saya tanpa sebab.

7. A juga mengawal bilangan kawan saya, A sebolehnya tidak ingin saya berkawan dengan sesiapa jika saya sudah habis waktu bekerja, saya hanya perlu dduk dirumah dan layan A sahaja.

Dan jika saya ada sesuatu isu mengenai rakan sekerja, A akan mengatakan kepada saya jangan berkawan rapat dengan si polan dan si polan itu. A seolah² gembira jika saya mengatakan saya sudah tidak rapat dengan seseorang itu. Bagi A dunia saya hanyalah dia.

8. A akan membuat hidup saya bergantung sepenuhnya kepada dia kerana setiap bulan segala bayaran ultiliti dan barangan rumah, A akan memperuntukkan sejumlah wang kepada saya untuk selesaikan segala bil dan barangan dapur.

Jika saya berselisihan faham dan ingin bercerai, saya tidak boleh pergi kemana² kerana segala apa bil dan komitmen bulanan rumah adalah atas nama saya.

Dan jika saya ingin bercerai, saya perlu berfikir panjang kerana selepas itu saya perlu mencari wang tambahan untuk selesaikan komitmen bulanan sendiri.

Tambahan lagi A menggunakan nama saya untuk membuat loan peribadi untuk kegunaan bisnesnya. Dan itu membuatkan saya lagi tersepit.

Kemuncaknya, baru² ini A dimasukkan ke dalam wad kerana denggi, dan saya sedang mengemas beg silang dada A dan terjumpa keratan kotak kek yang bertulis ‘happy birthday I love You’.

Saya ada bertanya kepada A siapa yang menghantar kek tersebut dan A hanya gelak kepada saya dan mengatakan itu kek staffnya. Dan saya hairan jika kek itu dihantar kepada staffnya kenapa A perlu menyimpan keratan tersebut.

Saya mengambil langkah tidak memanjangkan isu tersebut mengenangkan A terlantar di wad kerana denggi.

Dan saya hanya berpesan kepada A jangan uji kesabaran saya berulang kali kerana kesabaran saya umpama gunung berapi, tinggal untuk meletus sahaja. Dan A hanya gelak kerana mengganggap saya tidak serius diatas perkataan tersebut.

Dan hari itu kemuncak dimana A ada meninggikan suara di dalam wad kepada saya kerana ada sedikit isu yang dia bangkitkan.

Dan saya terlalu geram dengan perbuatannya kerana bagi saya A tidak menghargai jasa dan pengorbanan saya berulang alik setiap hari ke wad untuk menjaga A sepanjang malam.

Saya membuat keputusan untuk mengambil kesemua barangan saya di dalam wad tersebut dan terus pulang pulang rumah dan mengemas kesemua baju dan barangan A. Saya mengatakan kepada A untuk datang memungut jika sudah keluar dari wad kelak.

Dan saya juga mengatakan kepadanya akan melanjutkan proses tuntutan penceraian kepada A di mahkamah esok, kerana saya tidak tahan dengan perlakuan A dan keluarganya terhadap saya.

Saya juga berkata kepada A jika ingin melanjutkan proses penceraian ini segala hal rumah tangga akan saya bentangkan di dalam mahkamah. Kerana kesemua bukti kecurangan A kepada saya, saya masih lagi menyimpan.

Dan A bersetuju dengan keputusan saya walaupun A masih lagi menafikan apa salahnya dia kepada saya. Bagi saya dapat melepaskan diri daripada genggaman orang yang narsistik umpama pembebasan yang tiada dapat digambarkan dengan kata².

Syukurlah semuanya sudah selesai dan sekarang saya masih trauma untuk mengenal orang baru kerana takut mempunyai perangai yang sama dengan A.

Hidup saya selama 5 tahun dengan A membuat saya serik untuk memulakan sesuatu hubungan dengan orang lain.

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *