Hi Assalamualaikum semua. Aku Aida. Berumur 31. Sudah berkahwin.
Aku nak share pengalaman aku terlibat dalam perkahwinan yang pada aku tidak sekufu. Mungkin maksud sekufu untuk setiap individu adalah berbeza. Ini cerita aku.
Kedua ibu bapa aku bekas pesara guru dan kami ada perniagaan keluarga. Hidup sederhana mewah, alhamdulillah. Ibu aku adalah satu satunya isteri ayah aku.
Cuma kami sekeluarga tidaklah alim warak. Biasa sahaja. Kami solat, puasa, zakat, menderma, dan alhamdulillah diberi peluang kerap menjadi ‘upper hand’ untuk memberi kerana kelapangan rezeki.
Ayah lebih menekankan kami untuk menjadi manusia yang baik, berbakti kepada keluarga dan manusia lain, tidak berkata buruk atau menjadi judgemental.
Aku membesar begitu. Orang alim warak lalu, aku beri salam. Orang sexy lalu, aku haiiii! Betapa periangnya aku.
Aku berkahwin dengan suami, yang aku sayang. Sayang kerana baik dia, diam dia, tidak judgemental dia, dan beberapa perkara lain.
Keluarga mertua aku berbeza sedikit. Mak isteri ke empat kerana ayah mertua aku berpoligami. Mak membesarkan suami dan adik beradik dalam keadaan serba kekurangan.
Mak cikgu agama jadi ramai anak murid. Bil eletrik, air kebanyakkan anak murid yang volunteer nak bayar, alhamdulillah.
Mak didik anak anak beliau supaya menjadi alim warak, tegur dan tegas jika salah, tak boleh salah, no is no.
Aku kerap dengar mereka berkata “Macam mana kita nak jawab dengan Allah, jiran kita nii takpergi masjid”.
Aku terdiam. Sebab aku terpernah tahu jiran aku pergi masjid atau tidak. Tapi aku rasa pergi sebab dia selalu pakai kopiah dan kain pelekat sambil siram pokok petang petang. Jiran depan aku pulak Indian.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku jadi seorang yang makan hati. Aku pakai itu salah. Aku makan begitu salah. Aku pegang phone salah.
Solat tanpa solat sunat aku ditegur didepan semua. Aku pernah disuruh iqamat ketika solat jemaah keluarga, tercengang aku.
Aku bisik ke adik ipar “eh bukan laki ke kena iqamat” lol.
Aku cakap je aku taktahu sebab tak confident. Tapi aku segan. Sebab aku sering ditegur di depan semua orang. Aku jadi malu, bila masuk waktu aku solat sorang laju laju, aku taknak solat ramai ramai.
Aku tak nak ngaji ramai ramai sebab selalu kena pekik salah. Aku trauma & malu. Aku cakap suami tak nak ngaji family lagi, nak cari ustazah ajar sorang je.
Aku pernah adukan ke suami. Aku kata, family aku jenis yang tegur one by one di dalam bilik. Jika nak marah mak aku takkan update di group whatsapp.
Ayah aku jenis yang sambil tegur sambil usap kata jangan buat macamtu…salah.
Tak kesian ke dekat ayah? Begitulah cara aku dibesarkan. Aku kata, baru beberapa bulan kahwin, terlalu banyak perubahan dalam hidup dan terlalu banyak orang nak ubah rentak hidup aku, aku jadi pening.
Aku berniaga. Berniaga perlu rajin dan work hard. Dan penat lelah berniaga aku selalu reward something walaupun air Boost. Aku pernah beli air Boost, dan ditanya halal ke? Tersembur aku nak minum masa tu.
Aku haritu nak beli sofa, mak mertua aku kata utamakan yang wajib dahulu. Sampai sekarang tak ada sofa sebab aku badmood nak beli. Lol.
Oh by the way aku menyewa rumah lain negeri lain. Nasib baik suami aku takbawa aku duduk sekali.
Sekarang, aku jadi seorang yang penyedih, judgemental (sedikit). Untuk mengekalkan apa yang diajar & didik oleh orang tua aku sangat susah dah penat. Kerana kami tidak sekufu dan tidak sama.
– Aida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit