Untuk part I, (https://iiumc.com/kurus/).
Hai semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession saya.
Daripada confession saya yang lepas, sebenarnya saya nak bagitahu awak semua bahawa sekiranya awak tidak ada peluang untuk berpantang atau merawat diri selepas bersalin, tidak dapat kembalikan berat badan ideal selepas bersalin, janganlah risau.
Saya faham bahawa tak semua orang bernasib baik untuk mendapatkan penjagaan yang elok selepas bersalin.
Berita baiknya disini adalah awak boleh lakukan berdiet untuk dapatkan berat badan ideal pada bila- bila masa sekiranya awak dah bersedia.
Yang penting kena ada kesungguhan. Kena ada target. Kita letak target berapa banyak yang kita nak turunkan. Dan yang penting ubah cara permakanan.
Kalau dulu saya diet dan tak makan. Banyak makan benda merapu. Asal perut kenyang je sudah. Tak makan sayur. Lepastu badan mula rasa letih. Asyik rasa mengantuk.
Sekarang bila dah faham maksud pengambilan nutrisi yang lengkap untuk badan, saya dah ubah. Apabila masak saya akan pastikan ada sayur.
Kalau dulu saya selalu abaikan makan sayur. Sekarang, dalam menu sayur mesti ada. Paling mudah sediakan ulam-ulaman.
Untuk protein paling senang saya buat telur rebus. Letak black and white pepper je. Saya rasa dah sedap sangat dah. Saya ni bukan lah seorang yang rajin masak. Untuk anak-anak pun saya masak yang simple je.
Awak semua jangan la ikut menu macam saya tu ye. Saya memang malas nak masak. Kalau ada orang tolong masakkan seronoklah kan.
Kalau awak tak tahu nak mula dari mana, Saya suggest cuba dulu masak dan makan macam menu orang berpantang tu. Tak perlu rushing untuk turunkan berat badan.
Kita enjoy je setiap perjalanan tu. Biar perlahan-lahan tak pe. Janji ada action. Dan setiap apa yang kita usahakan pasti ada result. Dengan izin Allah.
Kena minum banyak air masak. Air masak ni penting. Saya dah rasa perubahan. Bila minum banyak air masak ni, saya rasa segar. Rasa fresh. Senang membuang.
Kenapa kena air masak? Air masak ni zero kalori. Lagipun kalau banyak minum coffee saya rasa kulit akan kering. Saya juga penggemar coffee dan teh tarik. Cuma segalanya dah terkawal sekarang.
Saya kongsikan semua ni bukan apa. Saya perhatikan ramai yang fikir, bila nak kurus, nak cantik ni mesti kena ada duit. Selalu saya nampak orang komen “dia tak pe lah. Dia banyak duit”. “Orang banyak duit ni buat apa pun boleh”.
Bukan macam tu. Orang kaya berduit ni betul lah. Mereka boleh buat apa sahaja. Tapi kita yang biasa-biasa ni, kita juga boleh. Kita jangan tengok pada orang yang berduit ni sebab dah tentu tak terkejar.
Kita fokus kemampuan diri kita sendiri. Kalau kita tak mampu untuk selalu makan daging atau ayam, kita boleh tukar dengan telur,tauhu, dan juga tempe. Untuk sayur, boleh je tanam sendiri.
Contoh: kang kung, bayam brazil,selom. Sayur yang mudah nak dapat, sawi,kobis,tomato,bendi,
Excercise pulak, saya ikut je dalam video-video yang saya jumpa di reels atau tik tok. Saya akan lebih fokuskan bahagian mana yang saya ingin kecikkan. Kena perhatikan betul-betul caranya.
Walaupun nampak senang tapi bila buat dengan betul, akan dapat rasa lenguh-lenguh bahagian tu.
Bila dah rasa lenguh-lenguh tu, waktu malam sebelum tidor saya akan sapu minyak je. Hehe.
Lagi satu, bila dah mula excercise ni, boleh perasan perubahan pada bentuk muka. Muka juga akan jadi lebih kurus dan runcing. Yang pasti tak pucat.
Jadi, begini sahaja cara saya sebagai ibu yang ada anak kecik ni dan juga sebagai rakyat marhaen untuk turunkan berat badan. Buat sahaja ikut yang termampu.
Dan tak perlu lagi persoalkan sekiranya ada orang yang tak dapat nak berpantang selepas bersalin. Berpantang ni tak ada salah dan betul. Cuma kaedah sahaja. Ada ibu yang tak mampu dan tak bernasib baik.
Ada jugak ibu yang mengalami kenaikkan berat badan yang mendadak selepas bersalin. Mungkin disebabkan mengambil perancang. Tak apa. Kita tak perlu nak menghina dan nak downkan perasaan ibu-ibu ni.
Sebab gemuk kurus ni boleh adjust. Pada bila-bila masa je yang kita nak. Dan juga kurus tu tak semestinya sihat. Kalau permakanan tak jaga mungkin kolestrol tinggi. Boleh jadi kan.
Kadang-kadang saya juga sedih bila tengok ibu-ibu ni teruk dikecam,disindir,dihina kerana physical. Tambah lagi ada suami yang tak pandai nak support atau backup bila tau isteri dibuat macam tu.
Jadi, ibu-ibu jangan cepat putus asa. Cari masa,cari peluang untuk upgrade diri. Ubah penampilan. Tak perlu nampak kurus macam model pun. Asalkan diri rasa selesa, rasa mudah nak bergerak, nak menguruskan anak-anak.
Untuk cantik tak semestinya kena kurus macam model. Penggayaan juga penting dan tak perlu pun kos yang mahal. Betul tak? Sekarang dah banyak fesyen dan design baju yang simple dan cantik yang mudah diperolehi.
Untuk kita yang muslim, banyak dah fesyen yang islamic, yang cutting loose dan cantik-cantik mudah untuk dibeli.
Tipsnya adalah kenal pasti dahulu bentuk badan anda. Pilih cutting yang sesuai. Corak dan warna jugak memainkan peranan.
Kalau baju dah bercorak, matchingkan lah dengan tudung yang plain. Untuk corak pulak, cari la corak-corak yang bunganya kecil.
Kalau kita berisi, corak macam ni akan buat kita nampak lebih kurus. Warna pula pilihlah yang soft/pastel. Akan nampak kita lebih muda remaja giteww.
Hati-hati dengan warna belacan. Tak semua orang sesuai dengan warna ni walaupun warna ni sendiri nampak cantik.
Baiklah. Saya rasa sampai sini sahaja dulu perkongsian saya kalini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Saya harap ibu-ibu semua akan terus bersemangat melalui kehidupan dan segala pengorbanan ibu-ibu akan mendapat balasan di syurga nanti.
– Wanita Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit