Hi, Liana here (bukan nama sebenar) btw nak cerita perubahan fizikal diri aku yang aku rasa pencapaian yang baik dan ada buruknya.
First, masa kolej aku seorang yang chubby and rasanya tak pernah kurus dari sekolah then habis kolej aku mula kerja tapi aku tak pernah kerja dimana ada lebih 500 orang satu syarikat. Jadi time tu rasa nervous sangat.
Bermulaaa..
Sepanjang aku bekerja di sana, aku kenal ramai orang that time lah aku kenal namanya lelaki dan hinaan.
Berat aku masa bekerja di sana 90kg dan semua lelaki kat sana terang terangan mengutuk bentuk badan aku dan muka aku yang breakout. Yes!! breakout yang sangat teruk!!
Sampai one time, ada yang datang ke depan aku hanya untuk mengutuk wajah aku masa tu memang down teruk!
Plus aku suka tidur dan bila tidur aku berdengkur yang sangat kuat dan kasar!! Sampai ada yang rakam video dan masukkan ke dalam grup.
Dalam beberapa bulan kerja, aku tiba tiba rasa tak nak makan dan keep rasa takde rasa nak makan.
Aku mula minum air suam sahaja setiap hari dan kalau balik rumah hanya makan nasi sesudu sekadar makan.
Beberapa hari kemudian aku rasa, baiklah diet jela kan alang alang dah rasa macam ni.
Setiap hari aku akan jogging dan makan sesudu nasi atau lauk sehingga la berat aku turun sehingga 55kg sangat kurus dan aku sangat gembira!!
Aku perasan aku dah kurus bila ramai tegur kenapa makin kurus dan makin pandai bergaya. Sehinggakan lelaki yang menghina aku dulu ajak aku untuk pergi tengok wayang!!
Aku mengambil masa hanya dalam 6-8 bulan untuk bebetul kurus time tu!
Awalnya memang gembira sebab dah cantik and ramai pandang bila kita dah mula bergaya dan cantikk.. Tapi rasa tu tak lama..
Beberapa bulan kedepan aku mula rasa takut utk lalu di kawasan yang dipenuhi pekerja situ sebab kebanyakkan lelaki.
Tangan aku akan mengeletar dengan tiba tiba, kaki jadi salah langkah, hati berdebar dengan sangat laju sampai sukar aku nak kawal pernafasanku sendiri and aku rasa terseksa kiri kanan memandang aku.
Bila satu saat, bila orang ajak aku untuk berjalan di kawasan pekerja aku jadi sangat takut..
Aku lebih rela duduk di satu tempat dan buat kerja sendiri bila selesai boleh balik.
Makin lama makin teruk gangguan aku dapat seperti orang tibe tibe minta nombor dan luahkan perasaan sampai ada yang menghantar gambar privasi utk menarik perhatian aku di wasap!!
Aku jadi semakin takut dan semakin takut. Jadi aku bertindak utk menyepikan diri buat beberapa waktu dan aku pon berkenalan dengan seorang lelaki.
Aku berhenti di tempat kerja itu dan mula bekerja di tempat lain. Setelah kerja di tempat lain aku mula gembira tapi kesudahan nya sama sahaja. Masih ada yang menganggu aku di tempat kerja.
Jadi aku pindah kerja lagi, sehingga kan aku mula makan balik benda tidak sihat dan tidak mahu bersenam.
Aku mula naik berat dan dalam masa 5 bulan aku mula mendapat berat 90kg ku balik tapi kalini berat 90kg ku tak seperti dulu bulat dan buruk lebih kepada chubby dan bergaya.
Dan aku merasakan orang dah tak melihatku sekarang.
Aku mula rasa aku dah buruk ke??
Aku nak kurus balik untuk cantik macam dulu dan lelaki yang aku berkenalan dulu sudah berkahwin dengan aku dan menerima aku walaupun aku sudah berisi semula.
Tapi aku mula merasakan nak kurus balik dan mencari keyakinan diri.
Patutkah aku diet balik tapi aku takut hadap benda lama. Tapi aku teringin pakai pakaianku yang lama bagi aku sangat kemas dan profesional.
– Liana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit