Nafkah 1steri Yang Terabai

Assalamualaikum semua.

Semoga dengan penulisan saya di sini sedikit sebanyak dapat meluahkan dan melepaskan bebanan terbuku di hati.

Kisah saya hampir sama dengan kisah puan, (https://iiumc.com/dilema-seorang-ist3ri-2/).

Al-kisah suamiku, ku Namakan Mr A

Seorang yang baik, agak ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, bertanggungjawab terhadap saya dan anak.

Malah ramai antara kenalan sering berkata saya seorang yang beruntung mempunyai suami sebegitu.

Malangnya saya sering diuji dengan perlakuan curang suami berkali-kali.

Pernah juga tertangkap kantoi dengan wanita one night stand.

Cuma 2 tahun kebelakangan ini rekod dia masih

“Clean”.

Kami pernah berpisah tetapi saya tewas dengan pujuk raya dan kasihan kan anak. Kini usia perkahwinan kami sudah 16 tahun.

Umur saya 40 dan suami 42.

Sesungguhnya saya amat tertekan dengan keadaan rumahtangga saya.

Jika saya meluahkan kepada orang lain pasti aib rumahtangga saya tersingkap.

Keadaan saya bertambah tertekan dengan perlakuan suami yang langsung tidak mengendahkan keperluan batin saya.

Sepanjang perkahwinan (sehingga tahun 2018) in average dia hanya menjalankan tanggungjawab nya sebulan sekali sahaja.

Sebagai wanita yang masih mempunyai keinginan

Saya amat tertekan dengan keadaan ini.

Pelbagai usaha saya lakukan dia masih dengan alasan penat kerja, not in the mood dan macam-macam alasan lain.

Suami bekerja office bukan buruh binaan hinggakan begitu penat untuk menjalankan tanggungjawab nya.

Kini sudah hampir 3 tahun suami langsung tidak menyentuh saya.

Hari-hari masih tidur sekatil tetapi apabila diminta akan ada pelbagai alasan dan end up kami akan bergaduh.

Usaha? Apa sahaja usaha hanya saya seorang sahaja yang berusaha. Hinggakan terlihat seolah-olah saya seorang isteri yang gila S*X.

Malu tapi itu hak dan keperluan saya.

Saya buntu, Untuk saya memohon cerai rasanya bukanlah satu jalan terbaik banyak hati dan perasaan lain yang saya perlu fikirkan.

Anak saya, menginjak remaja (hanya mempunyai seorang sahaja anak).

Risau akan terganggu emosinya jika kami berpisah.

Kadang-kadang saya sendiri tewas dengan nafsu saya sendiri hinggakan saya memilih untuk memuaskan nya sendiri.

Tetapi selepas itu saya rasa menyesal dan bertaubat tapi saya tetap tewas.

Saya sering memohon dan berdoa agar tuhan tunjuk jalan keluar untuk saya.

Sampai satu tahap saya seolah-oleh tidak mempunya perasaan.

Saya masih menjalankan tanggungjawab saya terhadap keluarga dengan baik.

Masih menjaga tatasusila dan batas-batas seorang isteri.

Hinggakan orang luar dan keluarga langsung tidak dapat meneka dan menghidu kepincangan rumahtangga saya.

Tapi hakikat saya benar-benar tertekan.

Tiada jalan keluar yang saya nampak

Mungkin saya hanya perlu bertahan hingga ke akhirnya.

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *