Kehendak Su4mi Yang Dituruti, Penyeksaan Jiwa Yang Menanti

Assalamualaikum.. tak tahu la cerita ni sesuai atau tidak dengan tajuk.. sekadar ingin berkongsi dan melihat pendapat semua.

Saya dan suami baru je berkahwin.. tak sampai 3 bulan. Awal perkenalan Dari FB Dating then dalam masa 4 bulan terus bernikah…

Kenal tak kenal mana, bila orang sekeliling yang kenal saya tanya betul ke keputusan saya nak bernikah dan apa yang mendorong saya buat tindakan drastik ni, jawapan saya cuma satu, suami seorang yang penyabar dan berusaha keras untuk memiliki saya.

Mesti pelik kan kenapa orang yang kenal saya tanya macam tu. Sedangkan diorang selalu nasihatkan saya untuk kawin cepat. Tapi bila saya kata nak kawin semua risau.

Betulkan seketul Zia ni nak kawin dengan orang yang dia baru kenal?? Semua risau kalau saya ni diguna-gunakan oleh suami..

Alhamdulillah suami tak buat semua tu. Saya ceritakan pada mereka beberapa situasi yang saya alami bila bersama encik suami.. effort dan tindakan dia yang buat saya yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan..

Sebulan sebelum berkahwin, saya nampak suami saya sedikit cemburu bila saya berborak santai dengan kawan saya.. dia ada bagitahu yang dia tak berapa suka saya berborak macam tu.

Saya hormat perasaan dia dan cuba ubah gaya saya. Saya ni memang jenis peramah. Dengan sapa pon saya boleh masuk.

Panjang pulak mukadimah. Bulan ni, minggu pertama bulan kedua kami sebagai suami isteri, dari hari pertama kawin, saya tak pernah keluar sendiri. Untuk makluman saya ni sejenis lone ranger masa zaman bujang. Pergi wayang pon sorang-sorang.

Macam tu la hidup saya dulu. Saya bebas kemana sahaja.. Bila dah kawin faham kene minta izin. Tapi minta pon tak lepas. Semua kene keluar dengan suami.. Nak lepak dengan kakak sepupu pon tak boleh.

Untuk masa ni saya masih bercuti panjang dari bekerja. Saya jadi bosan sangat duduk rumah tak tahu nak buat apa.. Hal ni buat saya cepat marah untuk bende kecik.

Contoh kalau rumah nampak bersepah, angin saya naik laju.. Then saya akan mengemas sambil menangis. Ok tak pelah pasal tu. Saya cuba sesuai diri dengan keadaan sebagai isteri yang kene duduk rumah..

Banyak bende yang saya masih belajar untuk sesuaikan diri. Saya akui kadang-kadang saya ni cepat merajuk @ marah untuk hal2 kecik dlm hubungan suami isteri.. Saya mencuba sebaik mungkin untuk kurangkan situasi macam tu terjadi..

Tapi malam ni saya sedih sangat. Suami saya ni dah dekat seminggu dia cerita yang kawan2 dia nak outing sama2. Dia ada beritahu yang membe dia ada yang datang bujang. Ada yang bawak anak bini.

Sampai la hari yang ditentukan. Saya saja la bergurau kata berkeras nak ikut. Actually previously bila dia cerita plan tu lagi, saya ada tanya boleh follow sekali tak.. Tapi dia asyik mengelak macam tak bagi ikut.

Semalam bila tanya sekali lagi dia cakap tak payah la.. Dan harini saya tanya kenapa saya tak boleh ikut.

Saya tanya dalam nada yang sangat lembut, main+main, dia kata “semua bujang”. Sekali tu sebelum dia pergi, saya ada tak budak2 tu send video sebab diorang dah sampai dulu. Then suami sendiri yang tunjuk.

Kantoi bukannya semua kawan datang bujang. Ada je datang sekali dengan anak bini. Kenapa dia tak nak bawa saya? Hodoh ke saya ni? Sebab tu ke. Saya ni bukan jenis tak reti bergaul, bukan jenis tak keluar kerja ke apa. Saya lagi peramah dari dia. Kenapa ye?

Bila dia nampak saya dah tertengok video tu, dia acah2 nak bawa pulak. Saya cakaplah, “eh nak pergi mana, saya nak balik. Nak pergi toilet sakit perut” masa tu kami on the way nak balik rumah. Saya tak nak la buat nampak sangat merajuk terasa hati tu.

Salah ke saya buat macam tu. Tapi saya betul2 sedih.. Sejak kawin dia tak pernah bagi saya keluar sendiri. Sedangkan zaman single saya, saya pergi mana pon sorang diri. Tengok wayang pon saya jenis loan ranger. Itu jugalah punca awal saya asyik nak marah.

Tertekan sebab nak pergi mana pon tak boleh. Nak keluar dengan kak sepupu pon dia tak kasi.. Dia kene ada. Dia kongkong saya macam tu. Saya cuba sedaya upaya sesuaikan diri dengan situasi tu. Tapi bila dia buat macam ni. Saya jadi betul2 tertekan.

2 hari lepas dia keluar malam balik pagi. Tu saya tak isukan pon sebab tau memang dia keluar semua dengan orang bujang. Saya kenal je kawan2 bujang dia.. Tapi kenapa.

Saya kawin dengan dia 90% duit saya. Duit hantaran yang dia bagi pon kami guna untuk kenduri kami yang kami buat sekali.. Duit hantaran tu pon hanya cover 45% dari keseluruhan majlis.Dia cakap nanti dia ganti sikit2..

Awal2 semua ni bukan isu untuk saya.. Saya ikhlas je sebab macam saya cakap, saya sendiri banyak kekurangan dan kelemahan yang dia masih bersabar.. Tapi tak juga nak cakap dia sentiasa sempurna..

Saya tak tahu saya nak teruskan perkahwinan ni ke tak. Saya stress..

– Zai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *