Datang Rasa Hina

Assalamualaikum & hi semua pembaca. Terima kasih pada yang sudi membaca.

Aku tinggal di tengah pekan di selangor. Dari keluarga yang sangat2 biasa, masa kecil memang kurang berkemampuan keluarga aku, bukan orang2 yang pandai dalam pendidikan.

Mak ayah orang kampung. Ada adik beradik yang problem. Dan hidup tidak banyak perkara indah yang terjadi.

Ok aku mula…

Sebenarnya saja nak bercerita soal diriku yang semakin hari semakin rasa hina dan seperti tiada guna. Kenapa? Sebab aku ni pendidikan hanya setakat SPM saja.

Kerja pula tak menentu, ada pernah tolong orang niaga tepi jalan, pernah kerja kedai makan & sekarang alhamdulillah aku harap tetap lah walau kerja kedai biasa dengan basic RM1k lebih.

Aku ni bila duduk sorang2 mesti menitik airmata terkenangkan kenapalah aku ni tidak cerdik & pintar macam orang lain supaya boleh sambung belajar masa lepas SPM 7 tahun lepas.

Tengok orang upload gambar video konvo aku jadi wahhh seronoknya tapi dalam masa yang sama aku cemburu dan marah akan diri aku yang tidak berpeluang sambung belajar.

Jauh disudut hati ni teringin sangat nak sambung belajar tapi apakan daya itu cerita 7 tahun lepas.

Result SPM pun tiada A hanya banyak B dan ada 1 E. Ada peluang ke untuk aku teringin nak sambung belajar diusia pertengah 20 an ini?

Para pembaca boleh nasihatkan atau bagi sikit kata2 untuk aku.

Kadang bila dapat gaji aku pandang gaji aku tu sambil berangan haa sikit ni aku nak simpanlah nak sambung belajar boleh dapat kerja elok manalah tahu (angan2 yang entah boleh ku gapai atau pun tidak).

Zaman ni nak berkawan nak bercinta kebanyakkan keluarga diorang mesti tanya *kerja apa*? Ohh tak sambung study ke dulu?

Aduhai dalam dada sebak yang amat rasa hina nya aku ni. Bodohnya aku ni.

Dalam nak berkenalan dengan seseorang pun boleh buat aku down, yang cuba merapat pun paling2 ada diploma, adik beradiknya pulak sampai degree, kerja bagus, ibu ayah orang bijak kerja pun boleh tahan.

Rasa rendah diri tu sampai kadang buat aku persoal dekat Allah kenapa aku hidup macam ni, kenapa aku lahir dalam keluarga ni, kenapa dan kenapa sampai satu tahap aku seakan anxiety. Astaghfirullahalazim.

Bila baca pulak confession dalam ni soal perempuan yang selalu highlight pasal sekufu pendidikan dan pemikiran pasal suami diorang pun aku jadi trigger sebab rasa macam aku yang ada dalam diri suami diorang. Hmm..

Boleh ke anda semua bagi semangat, cadangan tentang aku yang sudah lambat nak sambung belajar ni.

Adakah aku patut teruskan je hidup ni atau masihkah aku ada peluang untuk bergelar seorang pelajar. Aku teringin sangat.

Jangan kecam saya please, mahu menitik nitik airmata baca komen nanti. Sekian..

– Si kopimilo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *