Tunggu Dengan Sabar, atau Lepaskan?

Assalamualaikum dan hai. I nak minta pendapat dari netizen. Harap yang positif ye..

Pada tahun 2021, i diperkenalkan dengan seorang lelaki. Abang ipar i yang kenalkan. Katanya seorang duda, kerja goverment dan lain-lain.

I cakap dengan abang ipar i, i okey sahaja janji bukan suami orang dan dia terima i seadanya.

I pujuk hati i untuk terima siapa pun yang akan di jodoh kan dengan i. Sebelum i tengok gambar dia, i bayangkan yang dia gelap, pendek dan buncit.

Tapi lepas i tengok gambar dia, i macam tak percaya yang dia tiada special one. Sebab dia cerah dan good looking. Jauh dari apa yang i bayangkan maaf awak. I namakan dia Joe.

Kami start berkenalan April 2022. Masa puasa. Raya kami jumpa. Masa tu abang ipar i ada sekali. Lepas raya pun kami contact macam biasa.

Lepas tu, kali kedua jumpa i ajak-ajak ayam je cakap nak jumpa dia. Bila i cakap, i dah sampai mall, dia cakap dia solat sekejap nanti dia datang. Then, kami jalan2 dalam mall je.

Lepas tu kami jumpa sebulan sekali. Tu pun keluar makan-makan je. I pernah tanya dia kenapa bercerai dulu, dia hanya cakap tak sehaluan.

Kadang-kadang i nak tahu kenapa dia bercerai tapi bukan sebab busybody tapi sebab i nak ubah benda tu. I tak nak dia buat kesilapan lalu.

Tapi dia macam tak nak bercerita dengan i. Then, i dah tak tanya apa-apa.

Sepanjang kami kenal, i rasa dia banyak tahu hal i je sebab i banyak cakap.

Dengan dia, i selesa. Dia adalah lelaki pertama yang i keluar berdua. Yang i boleh bercakap pandang muka. I cuba untuk atasi malu i apabila dengan dia.

Sebelum ni, i pemalu dengan lelaki. Semua lelaki yang i jumpa tak ada satu pun i tengok mata diorang bila bercakap Sebab i memang segan gila.

Setahun lepas tu, i pernah tanya dia kita macam mana tapi dia cakap kita berkawan. Dalam setahun tu i tak tahu apa perasaan i pada dia. I rasa macam i suka dia, tapi tak tahu suka macam mana.

Sehingga lah tahun 2022, i decide untuk pindah balik kg for good. I cakap dengan dia, kalau i umur 30 tak kahwin lagi, dia kena kahwin dengan i.

Suka hati i je ajak anak orang orang kahwin dia tanya berapa tahun lagi tu. I cakap 2 tahun lagi dan dia angguk je. Sebab 2022 tu i 28 tahun. Dia 37 tahun.

Dua bulan i balik kg, i tengok dia post gambar dengan seorang perempuan ni. Zapp. Time ni i rasa hati i sakit. Sakit sangat. I tanya dia siapa perempuan tu tapi dia jawab biar lah rahsia.

Then i macam okey. Bila i bagitahu kawan i, dia cakap i dah sayang pada Joe. Sebab tu i rasa sakit cemburu.

Seriously, i tak tahu macam mana rasa sayang cinta tu sebab i tak pernah bercinta sebelum ni. Joe adalah lelaki pertama.

Lepas tu i macam dah kurang kan balas mesej dia. Tapi tak lama pun sebab hati i dah sejuk, i kembali cari dia. I macam tak kisah lah siapa perempuan tu. Janji bukan isteri dia. Sebab i percaya pada Allah.

Kenapa i kembali sejuk sebab dia layan i baik, baik sangat. Kalau i ada masalah i mengadu dengan dia. Dia dengar je i merapu. Kadang-kadang dia bagi nasihat kepada i.

Sebelum ni pun dia post gambar i dulu di fb. Last dia post gambar dengan i masa i celebrate birthday dia. Staff dia ucap tahniah pada dia dah kahwin pun dia balas thanks je tapi tak nafikan plak i ni bukan isteri dia.

I pernah ajak dia kahwin walaupun i tak tahu apa yang i rasa ketika itu (tapi i bagitahu je i sayang dia).

Tapi dia cakap dengan i dia tak sedia untuk kahwin lagi. Dia cakap ini bukan sebab suka ke tak suka tapi dia tak bersedia nak kahwin lagi. Maksud nya dia pun suka i lah kan

(Time ni perempuan yang dia post dekat fb tu macam bukan special one dia. Sebab dia macam hilang dari radar gitu)

Lepas tu bila i naik kl i ajak dia jumpa pun dia okey je. Sampai ada satu hari tu dia sanggup amik cuti untuk temankan i. Lagi lah i rasa macam berbunga time ni i tanya dia ex dia dah kahwin ke?

Dia cakap belum. Dia cakap maybe ex dia trauma. Lepas je dia cakap macam ni sampai hari ni i jadi nak tahu apa yang pernah terjadi pada perkahwinan dia dulu. Tapi dia masih tak cerita.

2022 Nov i pergi kl lagi. Time ni i nak pergi Paris. Esok nak fly, malam ni kita orang keluar dinner. Masa i dekat Paris kami video call, kadang Call.

Yang i pelik waktu kerja pun dia jawab dan layan je i, tapi tu dalam 30 minit sebelum dia habis kerja la.

Kadang-kadang i terfikir dia ni kenapa? Suka ke tak dekat i? Sebab depan staff dia pn dia bercakap dengan i, masa tu hampir sebulan i duduk paris sebulan juga lah kami video call hari-hari.

Setahu i lah, lelaki ni kalau tak suka dia terus tak layan kan. Ada yang blok terus. Tapi dia, i tak tahu lah. Tak pernah pulak block i. Tak pernah pulak dia diam yang berterusan.

I boleh je tunggu dia. I sanggup tunggu dia bersedia tapi dengan jaminan. Jaminan seperti bertunang. Andai kata dalam bertunang tu dia tak ada rasa dah i juga okey untuk lepaskan. Kenapa dia tak nak cuba?

2023 i rasa i dah mula sayang dia lebih dari seorang kawan. I dah jatuh cinta dengan dia. I tertarik dengan dia sebab dia jaga solat.

Pada umur dia 37 tahun tu i rasa proud sangat sebab dia jaga solat. Walhal dia duduk sorang. Boleh je kalau tak solat ke tak puasa tapi bukan dia.

Masa kita orang keluar dari KL pun masuk je waktu terus cari masjid. I percaya dia.

Dia pernah cakap dengan i, jangan berharap pada dia. Dia bukan lelaki yang baik.

Kenapa hati i kuat mengatakan dia jodoh i? Dia tak sweet pun. Tapi hati i dah tersuka dia. Kalau kita sabar pasti ada hasilkan? Masih ada peluang untuk i ke?

I ada juga kenal dengan lelaki lain sebab i tak nak berharap pada dia. Tapi i tak boleh. Hati i masih nakkan Joe. Tapi bila fikir balik i sayangkan dia jadi i nak dia bahagia.

Sayang dan cinta kadang kadang tidak harus memiliki kan. Jadi, perlu ke i lepas dan lupakan dia? Biarkan takdir menentukan semuanya?

Baru i tahu macam ni rupanya jatuh cinta, dah tua tua baru nak fikir semua ni.

Thank you pada yang sudi baca dan komen. Maaf kalau panjang. I tak pandai nak susun.

Keliru,

– Fes (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *