Confession An4k Bekas Penagih Dad4h II

Untuk part I, (https://iiumc.com/confession-an4k-bekas-penagih-dad4h/).

Melihat maklumbalas pada cerita ku pada kali pertama, aku ingin menyambung kisahnya untuk pedoman yang membaca..

Ayah ku dari keluarga yang agak ‘mampu’ kerana ayahnya bekerja kerajaan dan ibu nya suri rumah sepenuh masa.

Tiada istilah broken family, tiada istilah tidak cukup keperluan bahkan mereka keluarga pertama memiliki television di kampung mereka. Ibu nya sentiasa ada di rumah dan rapat dengan nya.

Apa yang menyebabkan ayah ku terlibat najis dadah?

Aku tiada jawapan dan tiada kekuatan bertanya soalan. Tapi najis dadah ini seburuk buruk najis yang boleh meruntuhkan semuanya.

Ibu ku pula datang dari broken family. Anak non muslim yang diserahkan kepada keluarga angkat muslim kerana lahirnya sebagai perempuan.

Kemudian keluarga angkat bercerai berai meninggalkan ibu ku berusaha sendirian.Dan digaghi juga hingga berjaya menjadi guru.

Apa yang menjadi kekuatan ibu ku untuk bertahan?

Mungkin kasihan kan kami adik beradik (kerana ibu ku sudah melalui hidup tanpa bapa)

Mungkin kerana bercerai, akan memutuskan hubungannya dengan keluarga besar ayah ku yang sangat baik (adik beradik ayah dan datuk ku)

(Ibu ku tidak ramai adik beradik angkat dan hubungan kekeluargaan tidak sekuat keluarga ayahku)

Kerana sepanjang ketiadaan ayah, datuk ku yang membantu dalam urusan serba sedikit semampunya.

Dia juga sentiasa memberi wang kepada ibu ku walaupun pencennya tidak sebesar mana.

Kami sentiasa melawat ayah. Ketika cuti sekolah, ketika raya, dengan datuk ku sebagai pemandu utama.

Jarak bukan nya dekat.. hampir 3-4 jam perjalanan bagi satu trip untuk melawat ayah di penjara.

Tapi kami sentiasa nantikannya. Terutama aku kerana aku tidak sabar memberitahu keputusan peperiksaan ku yang sentiasa membanggakan.

Aku akui mungkin banyak mata mata memandang rendah ayahku terutama dari adik beradik sendiri.

Tapi aku juga pasti ayahku sangat berbangga dengan anak dan isteri kerana kami antara paling berjaya di kalngan sanak saudara dari segi pelajaran.

Tapi satu sahaja yang aku pasti, ayahku memang tidak pernah memukul ibu ku, tidak buat perkara yang terkutuk di belakangnya. Duit pula pastilah di minta dari isteri dan bapa ketika ketagihan memuncak.

Ayahku punya adik yang sama keadaan dengannya. Tapi adiknya tidak berjaya melepasi ujian

Pada usia 60an, dia masih terlibat dengan najis dadah

Isteri nya telah lama menceraikannya

Tiada anak anak hasil bersama. dan setelah pemergian datuk ku, pakcik ku semakin susah di bantu.

Ayahku dan adik beradik lain cuba membantu tapi sememamgnya sejauh mana hubungan itu dapat membantu jika tiada kekuatan setiap hari dalam menjauhi najis dadah itu sendiri?

Jadi kepada pembaca budiman terutama anak muda, yang membuang keluarga, tidak mahu berkahwin dsbg.

Ketahuilah berkeluarga dan bertggjwb itu berat.amat berat

Tapi keberatan itulah kekuatan. Menongkah setiap hari dengan ujian memahami manusia

Bertolak ansur dengan keluarga, cuba menyayangi seadanya

Akhirnya Allah hadirkan pelangi di hujung usia buat ibu ku.
dan aku bersyukur, anak anak ku dapat merasai kewujudan datuk.

Dan datuk mereka sangat rapat dengan mereka.

Semoga isteri isteri yang menghadapi ujian seperti ibu ku diberi kekuatan bersabar

Biarlah jika ramai manusia berkata “sayangi diri terlebih dahulu”, tapi anda memilih untuk berkorban diri, ketahuilah Allah melihat pengorbanan tu, susah payah mu dan Allah akan memudahkan urusan mu.

Persetankan manusia. Pilihlah yang terbaik pada akal fikiran mu dengan sujud istikharah meminta petunjuk Allah swt.

– CUDIPT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *