M4ma Risau Keselamatan K4kak

Assalamualaikum. Saya perkenalkan diri saya sebagai Mama Fisah. Saya ada 5 orang anak, 3 perempuan 2 lelaki.

Baru-baru ini saya berkesempatan melawat anak sulung saya yang saya panggil Kakak yang belajar di Kuala Lumpur.

Masa mula hantar Kakak belajar di Kuala Lumpur, saya tidak berkesempatan melawat persekitaran tempat belajar dan tempat tinggal Kakak.

Hari daftar dan hari yang sama juga pulang ke kampung kerana anak-anak yang lain bersekolah.

Bila berkesempatan melawat Kakak, saya ambil peluang melawat persekitaran dan sambil makan angin di Kuala Lumpur.

Bila melihat suasana kehidupan di Kuala Lumpur, hati seorang mama terdetik, betul ke tindakan aku melepaskan Kakak belajar di KL ini?

Kakak baru umur 18 tahun. Risau sungguh dengan keselamatan Kakak. Saya takut tengok ramainya warga asing di sini.

Bila lihat dengan mata kepala sendiri, jujur saya cakap sebagai seorang mama, saya takut dan sangat berharap Kakak pandai jaga diri.

Mungkin sebab tinggal di kampung dan tak biasa dengan kehidupan bandar, saya jadi pelik dan serba tak kena.

Warga asing di tempat belajar Kakak bukan warga asing mat saleh atau orang-orang pandai terpelajar. Bukan golongan itu.

Ini golongan yang nak cakap PATI mungkin mereka masuk secara sah. Para pembaca faham-faham sendirilah golongan warga asing yang macam mana.

Bukanlah saya pandang rendah kat mereka. Tapi bila melihat perangai mereka, saya sendiri tak rasa seperti berada di negara sendiri. Rasa tak selamat.

Sebagai seorang mama, tak putus-putus saya berpesan kepada Kakak, nak kemana wajib berteman.

Jangan jalan di tempat gelap dan jangan balik lambat. Jangan jalan sorang. Nak keluarkan duit, keluarkan di dalam kawasan Universiti kalau tidak pun guna jela online banking. Belajar bayar barang guna online.

Berbincang dengan suami, perlu atau tidak belikan kereta untuk kemudahan Kakak. Senang untuk Kakak bergerak tak perlu jalan kaki ke LRT untuk kemana-mana. Memikirkan laluan ke LRT dengan warga asing kiri kanan.

Suami tidak setuju. Katanya tunggu Kakak praktikal barulah kita bagi drive. Drive dalam KL kena belajar biasakan jalan-jalan KL. Sini KL bukan kampung.

Bagi guna kereta, banyak benda kena fikirkan. Salah satunya, masalah parking di tempat tinggal Kakak.

Kita tengoklah nanti dalam setahun ini, kalau Kakak banyak assignment di luar, kita pertimbangkan balik.

Masa melawat Kakak, saya jalan-jalan satu family naik public transport. Saja bagi anak-anak yang lain merasa naik kereta api dan bas.

Naik public transport dengan warga asing ini bukanlah idea yang bernas untuk happykan anak-anak. Anak-anak jadi takut dengan warga asing.

Bukanlah nak burukkan mereka. Badan bau busuk dan tak reti beratur. Dalam bas, cakap bahasa mereka dengan kuat. Driver bas marah dengan mereka yang tak faham bahasa.

Halang laluan naik dan turun bas. Turun dari bas, mereka meludah. Kakak cakap yang meludah itu bangsa R.

Pensyarah Kakak ada berpesan dekat pelajar, kalau tidak ada urusan, jangan pergi ke Selayang, Chow Kit dan Kotaraya. Situ tempat melepak warga asing. Mungkin pembaca yang lain boleh share tempat hotspot warga asing yang patut elak.

Luahan seorang mama ini bukan sekadar luahan rasa bimbang tapi dalam masa yang sama mengharapkan nasihat daripada pembaca yang pernah tinggal dan belajar di KL untuk kurangkan rasa bimbang mama dengan keselamatan anak perempuan mama yang umur 18 tahun ini.

Saya nak dedahkan Kakak dengan dunia luar tapi dalam masa yang sama saya risau dengan keselamatan Kakak yang jauh dengan family.

Saya pernah terbaca luahan seorang mak. Dia tulis lebih kurang gini, nak hantar anak belajar di oversea pun tak bimbang sangat berbanding anak belajar di KL, kota penuh pancaroba.

– Mama Fisah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *