Mula Rasa Hilang Arah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/mula-rasa-hilang-arah/).

Mungkin penulisan ini agak bercelaru sama dengan dalam fikiran aku sekarang ni.

Sedikit perkenalkan diri, aku ni anak kedua. Seorang yang ambivert dan INTJ. Dari segi sosial aku memang boleh dikatakan mudah bergaul tapi jenis memilih berkawan.

Berdasarkan personaliti test yang aku buat dari sekolah menengah sampai la ke alam pekerjaan menunjukkan aku ni tak berubah. Memang dari dulu aku ni jenis boleh dikatakan pemikiran 90% Negative.

Sampai pening kaunselor yang handle baca test tersebut, sepatutnya ujian personaliti tunjukkan hasil yang berbeza. Tapi setiap tahun aku buat tetap sama.

Memang aku ni mudah judgemental dan mudah rasa ragu-ragu dengan orang, mungkin disebabkan trauma masa sekolah dulu disebabkan asyik kena select je.

Aku turun naik kelas masa sekolah pon banyak kali juga. Tapi kelas pertama dan kedua jelah. Setiap kali aku turun naik kelas aku hadap kawan dan cikgu select. Menyebabkan aku mudah ada trust isu dengan sesiapa nak rapat ni.

Tu termasuk pernah kena dump dengan first gf masa zaman bodoh2 cinta monyet, lagi la ada trauma dalam alam percintaan. Dahlah memang aku jenis tak peduli pasal penampilan kadang-kadang, masa dekat Universiti dulu.

Aku adalah satu2 nya pelajar yang ikat rambut ala genji sampai 3 tahun. Memang komunikasi sosial aku masa di Uni dulu kebanyakkan adalah lelaki, yang perempuan tu sekadar chat untuk kerja macam tu je.

Masuk uni dulu dengan cara terpaksa oleh ibu bapa menyebabkan aku depress dekat 1 sem, sem ke 2 baru aku bermotivasi dengan aktiviti fizikal sampai la habis belajar.

Orang lain bersosial bergembira, aku dengan hidup diri sendiri dengan hanya pergi GYM-Stadium-Bilik.

Ada la juga join aktiviti sosial dengan kelab sukarelawan ni. Tapi aku masih dengan diri aku yang jenis self-centered ni.

Boleh nak kata ramai juga perempuan yang konon buat gatal tiap kali sem, lepas habis tu jadi stranger dekat kampus. Huhuhu..

Selama 3 tahun belajar memang fokus aku habis tu terus kerja dan ada planning sekian-sekian macam orang lain, boleh dikatakan aku jenis pentingkan misi yang aku nak buat berbanding hidup bersosial dan percintaan ni.

Apa yang penting dalam hidup aku masa tu “planning” jer.

Cukup intro, yang menjadi masalah bila aku habis study ni adalah semuanya adalah perancangan fantasi semata-mata.

Masa tu aku berkenalan dengan seorang gadis yang chat sebab bosan dan kawan jer kan, aku pun tak minat berhubungan sampai bulan dan bintang tapi aku ni sebatang kara cukup-cukup hidup.

Dahlah masa aku habis belajar tu zaman PKP, masa tu agak kental juga nak cari kerja di Pantai Timur ni. Tapi aku masih bersemangat lagi tak fikir sangat lagi jodoh ke apa. Memang dalam hidup aku ni jenis “mastermind” kononnya.

Setiap benda ada solusi, strategi dan akan aku misi. Memang aku ni dulu setiap sem aku menjadi leader group atau orang yang akan ke depan kalau nak idea ke apa.

Tapi sebenarnya fikiran dan personaliti aku semuanya ni buatkan aku mudah tak bersyukur, sentiasa nak lebih dan agak mengganggu jiwa aku.

Selama ini aku fikir boleh hidup sorang2, tak perlukan sesiapa sebab semuanya aku survived dan fikir sendiri. Sepanjang aku hidup tiada life support pun biarpun aku paling lowest point.

Sampai la aku buat keputusan bodoh ajak perempuan yang anggap kawan tu kahwin sebab kan aku rasa mampu pada mulanya, dah kira planning bajet akan cukup ikut tarikh.

Tapi sayang, aku merantau di KL berseorangan ni tak semudah yang disangka. Aku tarik diri dari bertunang dan berkahwin disebabkan aku tak rasa mampu nak kahwin ikut tarikh, dan berjanji kalau tiada sesiapa kalau 2-3 tahun nanti.

Aku cari dia balik.

Halangan lain yang aku fikir masa nak bertunang masa tu adalah, kesian dengan ayat mak dia “kalau kahwin nanti, tak kerja ke”.

Dengan ayat macam tu buat aku sentap sebab masa tu dia baru sambung belajar degree, dengan harapan mak dia sebagai sulong buat aku teringat dengan pakcik2 masa aku kerja buruh dulu.

Keluarga dia pun bukannya kaya sangat, aku pulak jenis kalau boleh fikir apa yang mak nak dulu.

Jadi, aku lepaskan dia macam tu jer sebab kan aku fikir elok dia habis belajar dan kerja dahulu.

Balas budi mak bapak dulu kalau boleh. Satu lagi, memang dari dulu aku tetapkan diri sendiri kalau nak kahwin sekurangnya ada kereta, wang 10k dan ada mampu ada tempat berteduh tanpa tumpang mertua.

Terlalu banyak berfikir dan karakter aku ni menyebabkan aku banyak rugi benda dalam hidup. Dari segi hidup, kerjaya dan percintaan ini. Terlalu berkeras yang kononnya hidup ini kena berprinsip.

Dari segi kerjaya dulu yang menyebabkan aku rugi adalah kejar syarikat besar, last-last kena tipu dan tak berbaloi lompat tempat kerja. Struggle aku buat part-time grab, tapi masih tak berbaloi juga.

Namun aku tak reti nak berputus asa, sampai benda ni buat aku hilang arah dan makan diri.

Akhirnya aku kemalangan pada bulan 10 tahun lepas, masa aku sedar bahawa karakter aku yang mastermind sangat ni dah melampaui batas perancangan tuhan. Aku terpaksa resign dan balik kampung.

Awal bulan Januari baru aku teringat sepatutnya kami kahwin, aku check balik saving yang lebih kurang setahun lebih aku kerja di KL.

Rupanya mampu jer aku nak kahwin dengan dia, dah hidup biasa2 macam orang lain. Susah senang bersama masa di bawah, tapi aku masa tu sangsi dengan dia sebab aku fikir tak mampu bahagiakan dan fikirkan keberkatan dia.

Aku ada terbuka Instagram dia dan tertengok dia dah bahagia siap panggil “biy” dengan pasangan baru lepas 3 bulan aku minta putus tu.

Cepat sungguh manusia ni berubah sedangkan dengan aku siap nangis2 lagi taknak aku tinggalkan dia, panggil pun sekadar nama jer. Dahlah couple dengan sama-sama student juga. Aku jer bodoh fikirkan sangat ayat mak dia.

“Kalau-lah…. kalaulah”

Ayat yang sentiasa dalam fikiran aku, sekarang ni kalau boleh aku nak hidup sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tanpa fikirkan nak lebih2 dan ikut ego aku nak berjaya serta banggakan ibubapa aku dengan status berjawatan tinggi.

Apa yang aku usahakan sia-sia, berakhir dengan patah tangan. Alhamdulillah, dapat kerja di kampung halaman dengan gaji yang okay jer.

Namun..aku dah tiada perancangan hidup lagi dah.

Setiap hari selepas kemalangan aku sentiasa nak ada perasaan redha tu, namun otak aku sentiasa bising kena buat itu, buat ini. Alangkah indahnya kalau aku ada karakter, personaliti dan pemikiran seperti ini.

Baru aku faham, betapa ramai nya yang mati untuk bercita-cita dan lupakan cinta bila hidup ini berdasarkan “luck” bukan atas usaha.

Confessor sama, ada yang diolah untuk elakkan orang kenal.

Rai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *