Cerita Seram Dari Aku

Assalamualaikum guys. Hi semua! Nama aku Momo. Harini aku rasa macam nak cerita kat kome tentang kisah seram aku. Ada 3 cerita, kalau korang suka, aku akan tambah lagi di kendian confessionnn~

Cerita Pertama.

Cerita ni masa aku kecil dulu, abah aku ni seorang polis, kalo mengkome anak polis mungkin mengkome tau le kalo polis ni suka bebeno berpindah randah macam orang nomad. Iskk..

Okaayy ~ masa aku kecil dulu dalam 7 tahun aku ni kena demam panas. Masa tu aku berkampunglah dekat hospital beberapa bulan sebabkan demam panas ni. Aku hanya sekolah 3 bulan je darjah satu, selebihnya aku telantar dikatil hospital.

Mak abah aku macam ta sanggup tengok aku yang macam tu ikhtiar aku berubat cara kampung, kebetulan kawan ayah aku tu kenal orang untuk ubatkan aku.

Lepas dari perubatan kampung tu alhamdulillah aku dah sembuh cuma masa tu berat badan aku memang teruk tambah pula rambut aku gugur macam orang kena kanser tu ha.

Dan juga pada ketika itu abah aku dapat posting jadi polis balai kat sebuah kampung, so kitorang berpindah ke sana.

Masa aku sampai ke balai tu, aku nampak suasana dia macam seram jugak sebab belakang balai tu pokok kelapa sawit, balai tu dia macam 3 rumah, tengah balai, kiri kanan rumah polis.

So sebelah lagi rumah tu kosong sebab takde sapa yang ikut posting. So hanya kami je lah yang berpindah situ. Depan rumah aku tu ade pokok sawit besor, seketuii je kat situ,betui² depan parit kecil kat dpn rumah.

First bermalam situ, aku ada dengar bunyi tapak kaki berjalan, sebab kan rumah tu rumah kayu memang kuatlah bunyi dia, aku bangun tengok sapa yang berjalan, aku nampak satu bayang hitam,

Dalam hati aku husnuzon kot abah aku pergi kencing ke apa, tapi aku tengok abah aku elok je tido sebelah mak aku. Pucat lesi muka aku terus aku berselubung dengan selimut.

Lepas dari tu, macam² aku nampak dekat rumah tu, pukul 5 pagi aku dengar orang mandi, bukak pintu lah, memasak lah macam². Yang peliknya aku sorang je dengar/nampak. Orang lain tak.. Iskkkkkkk~~

Dekat kampung tu ada tempat mengaji, jalan nak pi ke rumah makcik mengaji tu ada pokok besor tau. Waktu mengaji tu lepas maghrib.

So lepas sembahyang maghrib tu aku pergi lah mengaji. Masa balik mengaji tu aku lalu dekat pokok tu tapi mata aku ni macam tertangkap satu benda dekat tepi pokok tu, elok jee dia dok tengok aku.

Aku pon tengok lah balik rupa²nya cik gegula dahhh ~ aku apaa lagi terus cabut lari dengan rehal² aku tinggal kat situ (mukadam memang kena letak kat rumah ustazah, bawak balik rehal je). Kalau aku masuk lumba lari confirm aku no 1 !!

Sampai je depan rumah, aku dah tak nampak dah cik gegula tu, aku pon melangkah masuk ke rumah, aku tengok mak abah aku takda, dan masa tu aku rasa letih sangat mungkin sebab aku lari laju gila kot, so aku terlelap dekat kerusi.

Dalam lelap tu aku dengar orang panggil nama aku, sayup sayup je..mata aku pon perlahan² terbuka dan aku nampak satu sosok badan yang berkain lusuh, rambutnya panjang dan tengok ke arah aku. Rapat weh.. Baunya ya Allah, busuk sangat.

Aku tutup mata aku dan aku dengar dia panggil nama aku, terus aku bukak mata aku nampak dia lagi, kalini memang bertatap mata, hidung pon nak bertemu dah,

Aku apa lagi bangun lari keluar dari rumah cari mak dengan abah aku, dengan tak pakai kasutnya aku lari sampai mana aku ta pasti, sedar² aku dekat rumah pakcik tua, mak abah aku pon ada kat sebelah aku.

Pakcik tua tu cakap aku kena rasuk, marah bebenor kabornya. Lepas tu pakcik tu kabo, mata kamu ni hijab terbuka, pakcik tutup ye..

Aku mengangguk pelahan sebab aku rasa takda tenaga nak cakap macam letih terlampau, pakcik tu potong limau nipis lepas tu dia letak dalam air, aku dengar mulut dia kumat kamit baca surah dan air tu disapu ke muka aku.

Lepas tu aku macam ada tenaga sikit.balik tuu, abah aku cerita yang aku lari macam orang gila sampai ke surau, pastu orang surau tanya aku aku dok jerit² cakap ada hantu kejor pastu terus aku maki² bahasa pelik.

Dann selepas dari tu, aku da tak nampak apa² dan dengar apa² kat rumah tu dan abah aku dapat posting ke tempat lain~

Cerita Kedua,

Kisah ni berlaku masa aku belajar kat sebuah kolej kat kl ni, hostel yang dibagi teramatlahh dekat dengan kolej tu tapi masa hari pertama lagi ada ura² mengatakan hostel kitorang duduk tu angkerr gituuu~

Aku pulak malas na layan sebab hostel tu cantik (sebab dia apartment) n ada swimmingpool. Aku suka berenang² neh walaupon pandai terapung badan je.. hahaha.. kitorang dapat ni tingkat agak tinggi lah iaitu tingkat 15 dan stay dengan senior.

Pada mulanya semua okay je, aku pulak suka lepak kat beranda, sebab beranda aku menghadap swimming poool, hehe.. Syok punya syok layan lagu mase tu sedar² dah 3 pagi.

Masa na tutup laptop n nak kemas² aku pon tengok lah ke bawah dan aku ternampak budak kecil tengah jalan² tepi swimming pool..

Aku pelik lah takkan mak bapak dia bagi dia main kat situ dah la situ kolamnya dalam, pastu aku tengok jam kat lappy dah 3 pagi dah ni, hati aku dah ta sedap terus aku lari tarik lappy masuk bilik. Dalam hati aku, mata aku da tebukak balik ke?

Ada satu hari tu biasalah student lepas tension kat karaoke balik pukul 1 pagi, so aku dengan kawan aku dua orang ni naik la lift ke rumah, sampai ja tingkat 13 tetiba pintu lift aku tu terbukak, yang pelik kitorang ta tekan pon button 13.

Tapi pintu terbukak kat situ.lepas tu aku cepat² lah tutup pintu lift tu dan masa tulaaahhh lift tu cakap full tak boleh tutup pintu padahal kami bertiga je dalam lift tu.

Tekan punya tekan sampai membe siap baca ayat qursi, lidah aku ngan otak aku jem sekejap dan aku hanya laung allahuakbar kuat² last² boleh tutup dan naik ke tingkat kitorang. Cepat² kitorang keluar and korang tau apa jadi.

Kat pintu lift tu ~ dia bunyi full ! Full! Tak tutup wehh pintu lift tuu, kelam kabut kawan aku cari kunci bukak pintu rumah dan kitorang msuk rumah. Lepas tu serik nak kluar balik pagi.Klo keluar pon kitorang akan balik lepas subuh. Hahaha.

Dan ada satu hari tu lah, ada senior kitorang ni demam tau, so kitorang ni gilir² lah jaga dia, sebab dia senior yang baik sangat, sampai lah aku yang jaga tetiba senior aku tu tiba² ketawa,aku tanya lah kenapa ketawa kak?

Kak okay ke? Pastu dia turun dari katil jalan pergi ke ruang tamu, oh lupa masa tu lepas maghrib. Dia jalan ke ruang tamu lepastu dia cakap aku nak menari! Terus dia menari tarian orang lama, meliuk² badan dia menari, dah menari satu hal pastu ketawa mengilai weh.

Aku ni pucatt gilaaaa sampai tegamam tatau nak buat apa sebab masa tu aku dengan kawan aku ja kat rumah, yang kawan aku tengah oncall ngan bopreng dia kat bilik. Aku ni last option lari ke bilik kunci pintuu.

Kak senior tu nampak aku lari, dia kejor aku smpai ke pintu nasib sempat aku tutup pintu. Kawan aku pulak tepinga² kenapa aku tutup pintu. Aku cakap kak senior kena rasuk oii. Call warden!! Kawan aku call warden suruh mai bawak sekali kunci sebab kitorang takut na bukak pintu.

Yang kak senior tu ketuk pintu bilik kitorang cakap bukak lah pintuu ~.. Akak nak sembang! Tapi kitorang diam je.Terus dia ketuk pintu kuat². Bangg ! Bang! Bang!..

Oohh tak nak bukak yea. Jangan sampai akak masuk kot tingkapp! Naya korang nanti! Hahahahahaha.. Kawan aku terus tutup tingkap bilik siap langsir sekali. Hahaha..

Hahahaha ketawa tu makin kuat kitorang dengar. Dalam 20 minit macam tu warden mai skli dengan ustaz mana tah.

Aku dengar warden panggil nama kitorang tapi kitorang diam je. Aku suh kawan aku call warden n warden aku cakap aku panggil apesal korang ta jawab. Terus kawan aku cakap ingat hantu tu tipu kitorang.

Pastu aku dengar ustaz baca surah baru aku bukak pintu pelahan² tengok keadaan akak tu. Muka akak tu lain weh, dia tu putih melepak tapi masa aku tengok tu muka dia macam gelap pastu mata dia besar gila, ketawa² dengar ustaz baca surah pastu dia terus menari sambil cakap bahasa apa tah.

Lepas tu, ustaz tu baca satu ayat tu terus akak tu terduduk.ustaz tu suruh kitorang pegang, ya Allah kuat betui akak tu melawan, lenguh tangan kitorang ni,

Pastu ustaz tu tanya pasaipa dia dok kacau akak tu, lepas tu kome tau apa setan dlm badan akak tu cakap, dia cakap sebab diorang ni pengotorr !

Noohh~ Dia cakap pad tak basuh, singki kotor. Aku suka. Sebab tu aku dok sini, pompan ni period kan. Aku nak darahh diaa!! Sedap.. Sedaaappp.. hahahahahaha, dia ketawa.

Ustaz tengok kitorang, aku wat tatau je sebab bukan aku buat semua tu. Memang aku akui senior aku ni baik tapi pengotor. Bengang jugak kekadang aku kena kemas dapur semua tu.

Tapi tulaahh.. Ustaz tu cakap suruh setan tu keluar. Dan baca surah dan ustaz tu keluarkan botol mineral kosong dan tarik setan tu keluar dari badan akak tu. Alhamdulillah lepas tu akak tu sedar pastu dia macam blur je..

Banyak lagi aku na cerita tapi kisah panjang sangat pulak. Takpa lah kisah ketiga aku akan cite dikendian hari.. Mekasih sudi baca. Hee..

– Momo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *