Perkahwinan Kali Pertama

Hi, Salam semua….

Fitrah semua orang dewasa akan memikirkan tentang kehidupan berumah tangga… Berkahwin dan ada anak… Bahagia dan kekal hingga Jannah…

Malah sedari awal remaja, keinginan untuk dapat pasangan kekasih itu telah hadir.. mula berangan mendapat pasangan yang bagai sempurna dan cocok.

Aku dari sekolah rendah pernah terjatuh cinta dengan cikgu sekolah… Dia segak, kacak dan sering beri perhatian padaku.

Sedia betul darjah empat dah jatuh cinta dengan cikgu, tapi tepuk sebelah tanganlah sebab mana ada cikgu nak cinta budak kecil, akhirnya cikgu tu kahwin dengan cikgu praktikal yang cantik.. huhu.

Aku ni jenis mudah tersuka dan terjatuh cinta dalam diam. Asal lelaki tu kacak, bergaya, kemas, bijak, pandai, alim… Cair. Ni masa sekolah menengah, sakit la asyik angau je.

Sedih kan aku ni jenis pendiam tak pandai bergaul maka bertepuk sebelah tangan syok sendiri… Tapi angau tu boleh berdegup kencang berpeluh bila dekat dengan yang dipuja atau ditegur olehnya…

Nyata itu hanya perasaan sendiri… Beberapa orang yang pernah menjadi pujaan hati tu dah berkahwin…

Aku pun akhirnya kahwin tapi bukan dengan pujaan hati. Kahwin sebab terdesak… Jangan marah. Terdesak sebab nak sangat berlaki bila dah masuk 30an.

Jadi bila kawan kenalkan kawan kepada kawan dia… Cepat je setuju sebab anggap kawan ni mesti cuba carikan kita seseorang yang baik… Sebab dia macam ikhlas sangat kata nak tolong carikan sebab aku tak pandai cari sendiri.

Pernah la aku pergi satu majlis ni dengan harapan adalah jodoh di situ… Pakai cantik, wangi, berseri… Nyata tiada yang ngorat… Maka, aku rasa aku tiada aura…

Dalam usaha ke arah tu, aku mandi bunga, mandi sabun, mandi limau, mandi bidara, mandi sungai, mandi kolam, mandi pagi…

Aku berdoa ditemui dengan jodoh yang sesuai. Sampai aku pasrah kalau jadi isteri ke dua dan aku akan reda jarang bersama janji ada lelaki yang akan sayang dan ada untuk aku.. huh.

Jadi akhirnya… Aku pun berkahwin dengan lelaki ni… Muda setahun. Baru lepas putus tunang… Boleh agak tak. Banyak kisah sedih dan sakit hati dan kecewa…

Sebab dia bandingkan aku dengan bekas tunangnya… Bekas tunang lagi cantik, lagi pandai… Putus sebab orang ketiga. Orang ketiga tu dia. Dia kaki perempuan..

Aku ada tersalah doa ke. Nak suami yang biasa biasa je janji ada… Makan hati dengan kata kata dia. Kata aku tua tapi suka merajuk.

Pernah jumpa mesej dia ucap hari kekasih kepada kekasih lama… Dia bermesej romantik dengan perempuan lain tapi denganku buat tak tahu… Nyata ini bukan kekasih awal dan akhir. Aku undur diri..

Dengan segala kebencian akan sikapnya aku mampu bercerai dengan bahagia. Punya seorang puteri.. yang dahagakan kasih seorang bapa..

Aku sejenis yang tak pandai bersosial ini sering rasa rendah diri… Sukar untuk cipta kejayaan dan kenangan hebat…

Namun aku ada rezeki seorang puteri yang cantik.. Hadiah dari Tuhan. Jadi aku ini ibu tunggal yang sering ke mana mana dengan anak tunggal ini…

Aku tekad dah tak mahu berlaki lagi. Cukuplah perkahwinan pertama itu. Dah merasa. Aku ada ayah dan abang untuk anak ini merasa kehadiran lelaki yang melindungi menyayangi..

Masalah sekarang… Aku jatuh cinta la pula.. dengan jiran sebelah… Tapi aku ingatkan diri jangan main perasaan sebab dari muda dah banyak kali terjatuh suka cinta dan angau sendirian namun bertepuk sebelah tangan…

Yelah dah aku sering nampak jiran ni jemur kain basuh moto besar pergi kerja… Dia pun suka tegur dan main dengan anak aku… Ada sekali tu bagi makanan yang dia masak… Aku pun terperasan dia suka aku ke.

Masakan. Dia sepuluh tahun muda, bujang, rajin pengemas, pandai masak bertukang…. Siapa je tak suka. Tapi aku perasan dia ni bukan kaki masjid. Solat Jumaat ada je di rumah…

Tapi, aku macam tersuka je dia ni… Macam bagus je jika ada lelaki bagus macam ni dalam hidup aku, ada papa baru yang baik untuk anakku…

Tapi, mustahil kan dia suka aku. Lagipun aku banyak fikir negatif juga jika kahwin dengan dia kena kahwin dengan keluarga dia. Aku dah la tak pandai masuk dengan ramai orang..

Jadi, kenapa perasaan angau ni wujud. Kacau betul sebab bila kacau air ternampak dia…

Aku cuba fokus banyak membaca layan kisah alam maya agar hati ni tak layan sangat perasaan yang bukan bukan. Cukuplah perkahwinan pertama. Aku trauma.

Sekian, terima kasih. Maaf kisahku tak menarik…

– Bunga X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *