Assalamualaikum kepada admin dan peminat tegar forum ini. Terima kasih sebab sudi siarkan luahan hati aku.
Secara ringkas, aku anak kedua dari 5 orang adik beradik. Berumur 31 tahun dan baru mendirikan rumah tangga.
Kami semua dah kerja tinggal adik aku yang last tu je masih bersekolah. Aku datang dari keluarga yang bagi aku biasa biasa je.
Aku just nak luah aku rindu ayah aku sebenarnya.
Dia masih hidup tapi sayang kami tidak lagi bertegur dan tidak lagi berjumpa, Ayah aku ni seorang yang baran, sikit-sikit nak marah, salah sikit kena maki hamun.
Masa aku kecil aku ingat lagi, adik tiri aku terjatuh semasa bermain, aku kena tengking dengan ayah aku.
Oh yaa lupa nak cakap, ayah aku kahwin dua sejak aku kecil lagi. Ibu ku isteri pertama.
Dari kecil kami adik beradik kandung selalu kena maki hamun dengan ayah aku,
Senang cerita sampai aku dah sekolah menengah pun ayah aku masih lagi dengan perangai baran dia. Malas nak kerja. Sampaikan ibu aku yang kena tanggung aku adik beradik.
Aku ingat lagi masa tu aku form 4, adik aku yang kecil lahir, lepas balik sekolah aku amik dia dari pengasuh jaga dia lepas balik sekolah, Ayah aku? tidur, tak buat apa.
Kadang dia balik rumah mak tiri aku! Lepas ibu balik kerja, baru lah ibu ambil tanggungjawab kerja kat rumah, kami adik beradik yang lain akan buat kerja sekolah lepas ibu balik kerja.
Ibu aku dulu kerja hotel, jadi shift dia memang tak menentu,
Nak dijadikan cerita, result spm aku agak cemerlang masa tu 7A 1B, tapi aku buang harapan aku masuk uni, aku masuk form 6,
Sebabkan gaji ibu aku tak berapa nak besar, setiap kali balik sekolah, aku akan buat part time sebab nak biayai yuran sekolah dan sebagainyaaa.
Rezeki aku murah, aku dapat tawaran sambung degree dekat utara tanah air, seperti yang aku jangka, duit masuk UNI, duit aku sendiri. Tapi aku tak pernah mengeluh.
Ayah aku ni dia tak kerja sangat. Kerja sikit berhenti. So ibu yang sara keluarga sebenarnya, ayah mula tak balik rumah sejak kami ada gaduh besar masa tu. Dia suka cakap kami adik beradik bukan anak dia.
Aku ni kadang darah muda memang cepat panas. Sejak kejadian itu, dia dah tak balik rumah, tak bagi ibu nafkah, tak jenguk adik aku yang pada ketika itu darjah 10 dah, aku masa tu 26 tahun.
Baru baru ni aku nak nikah, ayah aku besar kepala taknak jadi wali. Pujuk punya pujuk, dia sign jadi wali, tapi masa aku nikah, kejap je lepas tu dia balik.
Sumpah dari sudut hati aku, aku rindu nak ada keluarga yang boleh makan sama-sama satu meja. Aku nak ayah macam orang lain.
Ayah yang tak buang anak anak dia, Ayah yang bertanggungjawab, Ayah yang akan sentiasa anak untuk anak anak dia. Aku kesian adik aku yang kecik tu, aku tahu dia pun nak ada belaian seorang ayah.
Aku harap ayah happy dengan keluarga sana. Walaupun ayah dah tak balik rumah, dah tak jenguk kami, aku sentiasa doakan dia. Moga Ayah sentiasa sihat, Angah rindu ayah..
Anak mu,
– Angah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit