Kes Bawah Umur

Assalamualaikum, admin.. Diharap posting saya ini akan disiarkan..

Saya terbaca kes pada harini berkenaan abang berumur 15 tahun r*gol adik kandung sehingga melahirkan bayi. Astaghfirullah Al Azim..

Sedih baca kisah macam ini.

Saya ingin menulis post ini kerana kes tersebut seakan cerita yang hampir berlaku kepada diri saya sendiri.

Maaf kalau tulisan saya ini agak memeningkan sebab dah lama tidak menulis karangan.

Kisah pertama saya berlaku pada musim menyambut hari raya aidilfitri. Ketika saya berumur 6 tahun, saya dan sepupu-sepupu lelaki bermain-main di dalam bilik.

Saya tidak pasti punca kenapa, tetapi tiba-tiba saudara lelaki saya seramai 3 orang memegang kaki dan tangan saya ingin melondehkan seluar niat untuk bergurau.

Ketika itu pon saya masih berfikiran kanak-kanak, jadi memang menganggap hanya bergurau sebab mandi pon sekali.

Pada hari raya tahun seterusnya, kejadian lain pula berlaku. Pada suatu siang, di tingkat atas rumah nenek, ada satu full set TV & alat video sewaktu dengannya.

Jadi kami sering bermain di tingkat tersebut sehinggalah keletihan dan tertido.

Tiba-tiba saya rasa ada seseorang yang datang melondehkan seluar dan bermain kemaluan saya.

Saya membuka mata dan melihat sekeliling, hanya ada saya dan abang sepupu sahaja (umurnya dalam lingkungan 16 tahun) cuba mengapa-apakan saya.

Saya cepat-cepat berlari turun ke bawah dan dia cuba mengejar saya. Tetapi alhamdulillah tiada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku.

Rupa-rupanya, abang sepupu saya ini, sudah seringkali buat onar pada sepupu perempuan yang lain juga selain mengendap orang tengah mandi.

Setelah itu saya sudah menjarakkan diri dari saudara/sepupu lelaki.

Kami pon sudah pernah bagitahu dekat mak njang (mak abang sepupu) kelakuan anak bujangnya tetapi dia tidak percaya. Kes closed!

Beberapa tahun kemudian ketika saya berumur lebih kurang 11 tahun, adik lelaki saya pula cuba meraba saya ketika tido. Jadi saya terus menegur yang perbuatannya itu salah (maklumlah dah bijak sikit).

Semua memori ini masih saya ingat sehingga hari ini dan membuatkan saya overthinking pasal lelaki.

Saya ceritakan 3 kisah sahaja, sebab banyak kejadian yang berlaku situasinya sama (tidak sampai tahap r*gol). Alhamdulillah Allah pelihara.

Moral of the story, parents please pantau anak-anak ye. Zaman dulu tanpa gadget pon kanak-kanak/remaja boleh buat perkara tidak elok.

Sekarang dunia hujung jari, tengok-tengokkanlah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sekian dahulu luahan saya. Maaf salah silap.

– Melissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *